Sunday, November 30, 2008

Karimun, Riau Indonesia

Pada malam ini aku akan bertolak ke Pulau Karimun bersama-sama dengan pensyarah yang lain. Kali ini pertama kali aku ke tempat ini untuk mencari sesuatu yang aku rasakan akan berjumpa di sana.

Beberapa perkara aku telah senaraikan untuk mencari bahan di sana antaranya ialah:

1) Sudah semestinya membeli beberapa jenis buku di toko yang terkenal di sana kerana untuk mencari bahan bagi kajian sarjana proses pembikinan.

2) Mencari jejak-jejak sejarah mungkin barangkali wujud hubungkait antara Tanah Melayu dengan Karimun. Jikalau Riau memang sudah biasa kita kedenganran.

3) Mencari sesuatu yang telah hilang, nanti akan aku ceritakan lebih lanjut mungkin pada masa ini tidak sesuai.

4) Bila mana para pelajar Indonesia bangun berucap dan berhujah cukup menakjubkan, dari mana mereka mengasahkan bakat seperti itu. Ya aku pernah sekali di Jambi. Terkedu dan terkebil aku dibuatnya.

5) Ini untuk ibu bapa aku iaitu kitab Raja Haji.

6) Kain batik dan jaket kulit.

Thursday, November 27, 2008

Ibu Dan Bapa

Aku tak sabar sebenarnya hendak menanti besok hari, ada dua perkara iaitu:

1) Besok mak nak datang ke Kelantan katanya rindu pada cucu. hmm...memang ada tandanya bila mana call anaknya soalan pertama mesti tanya 'Aish sihat ka? Kalau dulu Abg Miq sihat ka? apa pun aku rindu sangat dengan mak aku.

2) Besok cuti minggu, aku dah bosan ni. Dalak kepala aku nak kemas rumah jer sebabnya rumah aku kotor dengan najis burung. Ada satu kontraktor membersih rumah tanpa memberi maklumat tersu sembur najis burung masuk dalam rumah aku. Satu lagi kerja yang tidak perlu dicari. Aku risau sebabnya ada anak kecil dalam rumah. Kurang cerdik punya kontraktor.

3) Aku akan bertolak ke Pulau Karimun, Riau Indonesia pada 30 November 2008, 9 malam. Ada perbentangan kertas kerja di sana.

Lawatan Ke Riau

Semalam sudah mesyuarat dengan para delegasi memandangkan sambutan yang akan diberikan oleh pihak Universiti Karimun melibatkan ketua pemerintah Karimun. Maksudnya sambutan tidak boleh dipandang ringan.

Hasil keputusan mesyuarat semalam semua bersetuju. Alhamdulillah. Tetapi saya masih ralat dengan tidak ada penyertaan daripada para pelajar. Program sebegini penting bagi mempertingkatkan daya keyakinan kepada pelajar.

Insyaallah, kita akan usahakan program sebegini pada tahun hadapan.

Tuesday, November 25, 2008

Bunga

Apabila melawat Prof Kamil di blog nya, yang menceritakan kisah bunga, Aku juga pernah memberi bunga kepada isteri. Masa bila? seingat aku dua kali. sebelum kahwin du UPM dan selepas kahwin di Penang. (sebab merajuk)

Biasalah menghadiahkan bungan kepada insan tersayang adalah untuk menyatakan cinta kepadanya.

Oh rindunya kepada bunga
bunga merah mekar
dibawa berhari-hari
rindu tidak kurang cinta yang bertambah

Kenduri


Ha, dua minggu lepas aku buat kenduri kesyukuran. Kenduri hanya kecil-kecilan saja. Aku menjemput my student dan jiran fellow. Saja jer nak umum kat student isteri ustaz ada di UiTM. haha.


Jadi alasan untuk tidak keluar malam.
'Aish bersama makcik-makciknya.

Ada ke patut

Aku bosan campur geram dengan keadaan semasa. Bila mana melihat gejala-gejala makin hari makin jadi. Bila melihat penganut Hindu mencampuri urusan agama Islam. Kalau tak faham tanya, jangan dok bangkang.

Aku juga rasa perlu provokosi kepada puak agama lain di Malaysia ni, boleh juga aku persoalkan kenapa puak ini ikut suka jer bina rumah ibadat. Begitu juga dengan rumah ibadat yang lain yang di bina di gua dan tempat lain ikut mimpi jer.

Jangan mencabar. Apa hal korang ?

Buntu


Aku buntu, pemikiran menjdi tepu. Banyak perkara yang aku tulis untuk aku keluarkan pandangan pada isu-isu semasa tetapi aku tetap buntu. Sudah tulis tetapi delete entah kenapa dengan diri aku pada masa kini. Buntu menguasai diri aku.

Monday, November 24, 2008

Kematian Satu Kemestian

Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Mati? Siapa yang tidak akan mati? Setiap yang hidup pasti mati. Ini merupakan satu kemestian yang hari ini sering dilupakan.

Pagi ini telah pergi menziarahi seorang sahabat yang kematian ayahnya. Marilah kita menginsafi bahawa kematian merupakan sebaik-baik peringatan.

Sunday, November 23, 2008

Bersukan Yang Melalaikan

Bersukan merupakan satu cara untuk menyihatkan tubuh badan. Pada kali ini bukan hendak menceritakan khusus mengenai sukan tetapi ingin melihat manusia yang melibatkan diri dengan sukan yang boleh melalaikan diri dan orang lain bermula dari jurulatih sehingga para pemainnya.

Saya juga pernah terlibat dengan sukan dari peringkat sekolah sehinnga kebangsaan dengan kejayaan dan kedukaan dari sudut pencapaiannya. Namun saya cuba buktikan ahli sukan juga boleh menjadi lebih daripada yang kita lihat pada hari ini.

Saya ingin membawa beberapa contoh yang terdapat berhampiran dengan keadaan saya di sini. Apa yang sedihnya apabila azan berkumandang, kita dapat melihat kebanyakkan ahli sukan lenggang lenggok, lepak atas tangga dan perhentian bas serta yang lebih hebatnya depan Pusat Islam. Tidak ada rasa malukah mereka ini?

Hebat sangatkah mereka ini? Berasa angkuh dengan panggilan Allah untuk menunaikan solat tetapi lebih teruknya tidak menghormati azan.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan kawan sekalian. Saya juga seorang ahli sukan, dua tahun mewakili pasukan bola sepak Perlis bawah 18 tahun untuk sekolah agama. Bila mana mmasa latihan tiba saja waktu solat kami terus solat di atas padang bola. Kenapa mereka tidak buat begitu? Tidak tahu agama ke?

Saya juga bermain sukan yang lain, hari ini juga turut bermain tetapi masih lagi mampu untuk menjadi imam.

Adakah mereka ini sehebat ahli sukan lain seperti Anelka, Ribery dan pemain Muslim yang lain. Baru saja dipilih untuk bermain diperingkat ini sudah sombong. piraah!

Thursday, November 20, 2008

All About Love


"When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew "
Shakespeare

Marilah kita berdoa bersama-sama

Pada awalnya saya hanya sekadar mencari gambar Novel Manikam Kalbu kerana saya baru bermula hendak membacanya tetapi secara tidak sengaja telah membaca satu kisah yang memberi pengajran kepada saya yang juga mempunyai seorang anak kecil. Saya mengajak pembaca blok ini untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan adik Amir Yusuf dan para sahabat boleh juga melawat blog ini. http://www.fajaril.net/blog/

Wednesday, November 19, 2008

Monday, November 17, 2008

Apa Hal ?


Aku bercadang dalam hujung bulan ada lawatan akademik ke Riau Indonesia. Ini adalah hasil kertas kerja aku yang diluluskan bagi membawa para pelajar tetapi wujud beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


Aku teruskan juga idea ini untuk ke Riau tapi akhir-akhirnya aku ambil keputusan tarik diri. Puas hati aku. Sebab aku sudah tawar hati untuk menolong meneruskan program ini kerana jelas benefit untuk aku kurang sama sekali. Untungnya siapa? Biarkan mereka.


Aku hanya menolong bukan part daripada ajk, kenapa aku yang perlu lakukan semuanya? sekarang biarkan aku sudah malas. Menyampah "eh ustaz tolong bagitau yer", "ustaz nanti jumpa dan uruskan borang yer", "ustaz dah contact ker Universiti Karimun?", eh mana ajk korang ni, kenapa aku jer kena belasah ni.?


P/S: layan Tom & Jerry lagi best.

Sunday, November 16, 2008

Tom & Jerry


Semalam sambil menunggu anak di klinik untuk mengambil suntikan imunisasi ke dua sempat juga berjalan-jalan dalam bandar Machang. Ada satu sudut dekat pasar basah Machang terdapat penjual VCD. Ini peluang yang dinanti-nantikan beli lah 2 VCD satu hindustan dan satu lagi Tom & Jerry, bukan apa sekadar untuk mengingat zaman kanak-kanak. Layan!!

Thursday, November 13, 2008

Membeli belah di Istanbul

Kedai dalam Grand Bazaar
Bazaar berhampiran Grand Bazaar
Istanbul Grand Bazaar

Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang berhajat ke Istanbul. Pada pengalaman saya.
  1. Selalunya apabila kita mengikut mana-mana trip mereka akan membawa kita shopping di Grand Bazaar yang menjadi tempat pusat membeli belah utama. Grand Bazaar mempunyai lebih kurang 5000 kedai. Pelbagai barang ada dijual di sini. Memang menarik tetapi harganya agak mahal. Saya pernah mencuba untuk mendapatkan harga yang murah dengan tawar menawar yang mengambil masa terlalu lama lebih kurang 2 jam dengan menggunakan skill. Setelah saya tawaf hampir sebahagian dalam kedai tersebut dapati bahawa kedai-kedai yang berada lebih jauh dari pintu masuk adalahj lagi murah.


  2. Cara kedua saya tidak membeli di Grand Bazaar tetapi ada satu tempat berhampiran dengan Grand Bazaar terdapat satu lagi bazaar tidak silap saya ialah Mahmud Pasha Bazaar. Harganya jauh lebih murah dari Grand Bazaar. Saya berbelanja di situ habis lebih kurang 600 Lira kebanyakannya membeli pakain fesyen Turkey.


  3. Selain itu boleh berjalan kaki ke kedai yang berhampiran sepanjang landasan trem, banyak kedai di situ juga boleh membeli belah batu permata ukiran dan stail memang menarik hati. Boleh beli untuk orang tersayang.

Wednesday, November 12, 2008

Meteor Garden

Tiba-tiba dan ketika ini teringat kenangan zaman persekolahan. Drama ini bisa dotonton ketika form 4. Mungkin masa itu ada gelodak jiwa menggangu ketentaram hati. Dengar lagu ni, hmm ingatla masa sekolah.

Kelam Kelibut

Bermula minggu ini berada dalam keadaan yang amat sibuk.

10 Nov 08
Menghantar isteri ke Kota Bharu di Hotel Sutera Inn kerana ada taklimat penempatan guru. Awal pagi menghantar rumah pengasuh. Alhamdulillah ada keluarga En. Pani iaitu rakan sekerja UiTM. al- Maklumlah aku bukan berasal Kelantan jadi tiada saudara mara di sini.


11 Nov 08
Keputusan semalam ialah isteri ditempatkan di sekolah Ayer Lanas Jeli 52 km dari Machang. Jauh? memang jauh. Hari ini juga perlu daftarkan diri. Keluar awal pagi jam 6.30 hantar anak kepada pengasuh. Janji dahulu hanya sehari tetapi akhirnya sebulan. Aku banyak-banyak bersyukur kepada Allah kerana ada rakan yang sudi membantu ketika dalam keadaan terdesak sebegini.

12 Nov 08
Hari ini hari ke dua isteri mengajar, syukur lagi kerana ada guru-guru dari Machang yang dapat pergi bersama ke sekolah yang sama. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala perancangan yang tidak dijangka.

Aku pulak perlu selesaikan bab yang pertama untuk tesis master. Bila membaca buku? sambil-sambil ayunkan buai anak.

Bila bangun pagi tengok muka anak, alahai kesiannya pagi-pagi dah bangun ikut ibu pergi kerja.

Ya Allah permudahkan segala urusan hamba-Mu ini.

Thursday, November 6, 2008

Sakit Sungguh !








ULCER MULUT (ULSER AFTA)


Saya sudah hampir dua minggu dapat penyakit ulser mulut. Dalam masa hampir dua minggu tak dapat bercakap dengan sempurna. Kepala sakit. Makan pun susah.


Di sini saya berkongsi sedikit maklumat.


Boleh rujuk di bawah. Saya link dengan http://www.myhealth.gov.my/

Antara Obama Dan Hamilton



  1. Ke dua-duanya mempunyai persamaan iaitu dari golongan negro.
  2. Ke dua-duanya memenangi perlumbaan menuju kejayaan dalam perlumbaam permotoran dan pilihanraya presiden.
  3. Ke dua-duanya menghadapi halangan dan cemuhan racis daripada pihak berlawanan.
  4. Tetapi kedua-duanya tidak patah semangat untuk membuktikan warna kulit bukan penghalang terbesar dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Wednesday, November 5, 2008

Congratulation Obama And Biden

Tahniah Obama kerana mendapat kemenangan ini. Diharapkan beliau dapat meneruskan dasar-dasar yang diperjuangkan sebelum ini.

Tuesday, November 4, 2008

Keajaiban Azan

Ada beberapa perkongsian di sini mengenai azan dan bukan berhajat untuk menghuraikan video di atas hanya sebagai renungan untuk kita berkongsi hasil kajian sarjana muslim.

  1. Dalam pengamalan agama ramai dikalangan kita yang berebut-rebut untuk menjadi muazzin tatapi tidak berebut untuk menjadi imam barangkali memikirkan tanggungjawab yang berat.
  2. Pengalaman saya saat menghadapi peperiksaan selalu saya lepak di masjid Darul Quran kerana menanti untuk melaungkan. Kesannya ialah dapat menghilangkan tekanan peperiksaan.
  3. Begitu juga saya berpesan di sini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk melaungkan azan di Pusat Islam.
  4. Azan sememangnya dapat memberi ketenangan. Apabila bayi dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mengazan dan mengiqamahkan ke telingan anaknya.
  5. Bila-bila stress boleh cuba azan dengan pelbagai lagu yang kita tahu. Insyaallah tenanglah hati kita.