Wednesday, July 11, 2007

Perjumpaan

Hari ini rasa sungguh letih dan mengantuk disebabkan semalaman tidur lewat. Sudah hampir tiga hari tidur lewat dari waktu biasa. Pasa masa yang sama telinga berdengung sebelah dan doktor memberikan ubat. Alhamdulillah sudah sembuh.

Pada malam ini selepas maghrib satu perjumpaan dengan kelab Hadhari telah dijadualkan selepas maghrib.

Saya perlu bercakap dihadapan hampir 40 orang ahli, ini merupakan kali pertama memberi ucapan dihadapan audien seramai itu.

Semoga perjumpaan kali ini mendapat manfaat.

Tuesday, July 10, 2007

Adakah Menjadi Satu Kesalahan

Menjadi kesalahankan membaca tulisan-tulisan insan yang membenci kita, persoalan ini saya selalu lontarkan kepada diri saya sendiri. Saya mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap bacaan namun apabila melihat judul buku sudah tertatik minat saya, namun begitu apabila melihat siapa penulisnya hati ini sedikit terguris dengan kata-katanya dua bulan yang lalu.

Salahkah aku membacanya! kenapa perlu menghadkan tahap bacaan, perdulikan sikapnya terhadap diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan dosa yang lalu dan yang akan datang.

Monday, July 9, 2007

Tugasan Pertama

Sebagai staff atau pekerja baru di Uitm Kelantan ini, saya pada hari pertama telah diugaskan dengan amanah untuk menjalankan program. Satu program yang dirasakan mencabar kemampuan saya ialah membuat lawatan sambil belajar ke Mekkah, Madinah, dan Mesir.

Program ini telah dimanahkan kepada saya bagi merialisasikan hasrat para pelajar untuk menjalinkan kerjasama di antara para pelajar Uitm dan pelajar luar negara. Saya menerima tanggungjawab ini sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi tanpa memikirkan keburukan yang lalu.

Saya berasa semakin selesa berada di sini kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan sekerja dan para pelajar berjalan denganlancar. Saya mengharapkan kerjasama ini terus berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah.

"Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman" "Selalu Berpindah Banyak Kenangan"

Friday, July 6, 2007

Sebuah Pengembaraan

Pengembaraan adalah satu pengalaman yang boleh memberi pengajaran kepada kita, pengembaraan adalah satu proses perjalanan yang dilalui oleh seseorang ke satu tempat yang lain yang mengambil masa yang lama atau tidak.

Saya menceritakan satu pengembaraan pada hari Jumaat sebelum saya berpindah ke Kelantan iaitu perjalanan menggunakan Tren KTM dari Batu 3 Shah Alam pada waktu petang selepas Asar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir dua jam dari Shah Alam ke Rawang dan tukar tren ke Rasa merupakan pengalaman pertama menaiki trem KTM ke Rasa. Dalam tren ini juga saya bertemu dengan seorang sahabat yang baru dikenli iaitu warga KKB.

Setelah sampai di stesen rasa saya telah dismabut oleh sahabat baik saya di selangor iaitu Ustaz Syukri Mat, beliau membawa saya bermalam di rumahnya. Di atas kesempatan ini saya telah mempelajari selok belok perniagaan yang beliau jalankan. Alhamdulillah semuanya telah mencapai persetujuan.

Pada besk hari saya telah dihantar ke Selayang dan berjumpa dengan Abg Zul sekarang ini masih menjadi imam di Masjid berhampiran rumahnya. Di situ juga saya berteu dengan kenalan lama iaitu Abu dan Ariff Sarawak.

setelah itu saya pergi ke rumah Bapa saudar di Mindev DTHO iaitu jalan Setiawangsa. alhamdulillah semuanya selamat sampai ke Shah Alam dengan teksi dari Batu 3.

Selesai sebuah pengembaraan pendek.

Thursday, July 5, 2007

Uitm Kelantan

Alhamdulillah, sekarang ini sudah selesai urusan perpindahan yang merupakan satu isu yang hangat diperkatakan apabila saya mendapat surat daripada pihak CITU yang meminta saya ditukarkan ke Kelantan.

Saya mendaftar diri pada 1 Julai 2007 di depan Encik Matnor Senik saya melaporkan diri pada jam 8 pagi. Pada kali ini, perpindahan ini ditemani oleh famili yang dirindui sepanjang hari lebih-lebih lagi kepada ibu saya. Memang besar harapan dan jasa kepada anak.

Tugas pertama lakukan di sini ialah menghantar jenazah pelajar sini ke Padang Rengas Perak. Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan dalam sejarah pekerjaan saya di sini. Pengalaman yang cukup bermakna.