Tuesday, November 27, 2007

Hanya Cinta Menuju Rindu I

Love, like a river, will cut a new pathwhenever it meets an obstacle.- Crystal Middlemas -


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, November 19, 2007

Persedian Perkahwinan

Hari perkahwinan sudah makin hampir, pejam celik-pejam celik sudah tinggal beberapa hari lagi, Tidur tak lena, mandi tak basah, makan makin lalu.

Pagi tadi baru teringant bunga telur tak beli lagi, sampin yang ditempah ala-ala Engku Imran belum siap lagi, baju Melayu ditempah belum juga siap seperti yang dijanjikan. Harap-harap ini bukan tradisi peniaga Melayu.

Ada kawan-kawan, sahabat karib bertanya, macam mana dengan persiapan kahwin?

Saya jawab, "Hampir siap, rumah sedang dicat, baju-baju pengantin tidak disewa tatapi tempah sendiri sebab tu lambat sikit".

Sekarang ini bermain dalam fikiran nak pakai tengkolok ke songkok hitam? nak pakai baju songket ke tak nak pakai, nak pakai songket kena sewa pulak, sedangkan baju pengantin dah ada empat persalinan semuanya reka sendiri. Pikir balik tak jadi sewa, malah rantai pun tak pakai entahlah rasanya bukan dari budaya Islam memakainya.

Begitulah proses jika nak uruskan majlis perjahwinan kita.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Lain Gelanggang Lain Permainannya

Berdasarkan apa yang hendak saya perkatakan pada kali ini ialah berdasarkan apa yang saya sampaikan pada tazkirah pagi semalam. Sebenarnya jadual saya bagi sesi tazkirah pagi Ahad lambat lagi malah masuk tahun baru kena giliran saya. Tapi tak mengapa atas dasar tolong-menolong ini aya sudi menggantikan pentazkirah yang telah ditetapkan.


Apabila saya mengutarakan beberapa hukum hakam yang masih menjadi kabur, ada dikalangan mereka ini berasa tidak puas hati, namun tidak mengapa kita masih lagi diberi masa dan waktu untuk memulakan perbincangan.

Wallahua'lam.

Wednesday, November 14, 2007

Positif bila kita to be positif

Sebagai satu permulaan untuk menulis satu tajuk sudah lama hendak menulis. Tajuk ini sebenarnya berkaitan rapat dengan pengalaman peribadi. Bermula bertugas sebagai seorang imam ini memeang banyak cabaran daripada dalam dan luar.

Saya inigin berkongsi satu pengalaman yang mana mungkin rasanya setiapa orang sudah mengalami dan mempunyai pemahaman masing-masing. Apa kaitan tajuk ini dengan pengalaman hidup saya?

Hanya sedikit untuk dikongsikan bersama saudara sekalian. Untuk menjadi seorang yang positif dalam hidup, kita perlu mempunyai beberapa faktor untu kita berindak, berfikir, dan memahami secara positif. Berdasarkan kajian, pertamanya perlu banyak membaca bahan-bahan bacaan yang beroriantasikan positif maksudnya di sini jangan membaca bahan bacaan yang tidak mempunyai faedah seperti bahan bacaan lucah. Ini faktor yang perlu diberi perhatian.

Faktor yang ke dua ialah persekitaran. Jika seorang pelajar perlu mencari persekitaran yang boleh membentuk jiwa dan rohaninya kepada ketenangan supaya mudah belajar dan memahami sesuatu apa yang kita pelajari. Jika persekitaran tidak membantu seperti tidak ada ketenangan untuk belajar, contohnya belajar di tempat yang bising dan tidak sesuai dengan pelajar.

Faktor yang ke tiga, kawan mempunyai peranan penting dalam memposotifkan kita. Kawan juga akan membaiki kefahaman kita terhadap sesuatu isu. Kawan juga perlu untuk menegur jika kesalahan apa yang kita lakukan. Ini pengalaman yang saya dapati di UiTM Kelantan bertemu dengan kawan -kawan yang sentiasa proaktif dan bos-bos yang sentiasa memberi galakan dan peluang untuk mencuba. Inilah faktor yang boleh mengekalkan saya di UiTM Kelantan ini.

Oleh itu kita perlu bijak untuk mencari kawan yang sesuai dengan diri dan kehendak kita. Jangan mencari kawan yang boleh menjerumuskan kita ke arah lembah kerosakan. Ini perlu dielakkan.

Wallahua'lam.

Lambat ke Cepat?

Hari ni sudah masuk hari ke tiga puluh tempoh menunngu untuk diijabkabulkan. Rasa debar hati makin terasa, tidor malam sering terjaga, bila bekerja berfikir macam-macam ada.

Beginikah perasaan kita semasa menunngu saat hendak berkahwin? Bila bertemu kawan yang sudah berkahwin rasa ok plak. Biala memikirkan tantang diri sendiri lain macam plak rasanya.

Nafsu menulis blog pun dah makin terhapus. Macam mana nak buat ni.. pikir seorang diri.

Wednesday, November 7, 2007

Satu Penantian

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. limpah kurniai-Nya dapat menulis kembali setelah ampir satu bulan tidak menulis, walaupun tulisan ini adalah untuk tatapan peribadi dan keluarga.

Satu saat, satu minit, satu satu jam, satu hari akan ku nantikan saat indah ini, saat-saat yang dinantikan oleh semua insan di muka bumi ini. Saat ini adalah tarikh perkahwinan yang dilangsungkan lebih kurang 36 hari dari hari ini.

Rasa badan sejuk panas, pemikiran kadang kala sesak dengan trafik-trafik mengundang kelemahan akal. Namun akan ku tunggu jua saat ini. Walaupun sekarang ini hanyalah merenung masa, bertanya sendiri, bertanya kawan, dan semua yang hampir dengan diri ini.

Beginikah sikap dan akal kita terjadi ketika saat dan waktunya hampir tiba? Aduh kepada siapa harus aku bertanya, kepada siapa aku harus bersoal jawab, kepada siapa harus aku menerima nasihat. Pening kepala.

Ya Allah Berkatilah Hamba Mu ini,