Alhamdulillah, pada pagi tadi sempat saya sampaikan kuliah subuh kepada para pelajar baru sempena minggu mesra siswaperingkat UiTM Kelantan.
Apa yang disampaikan kepada adik-adik tadi saya cuba mengaitkan matlamat hidup dengan sejarah umat Islam daripada zaman awal Islam hingga khalifah yang terakhir Uthmaniyah. Intipati yang dihuraikan lebih kepada kenapa tamadun Islam runtuh sebelum digantikan dengan tamadun Islam yang baru dan akhirnya tumbang juga pada khalifah Uthmaniyah.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Tuesday, July 1, 2008
Hari kegembiraan
Pada hari ini, satu peristiwa yang boleh dianggap sebagai satu bersejarah pada Pusat Islam UiTM Kelantan iaitu majlis perkahwinan seorang anak pensyarah di sini.
Ini kerana satu kisah cinta dari zaman kanak-kanak telah bersatu juga akhirnya. Pasangan yang berjaya diijabkabulkan padapagi tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Walaupun pengantin lelaki ada sedikit kegugupan.
Saya faham, detik inilah yang paling manis jika seseorang ingin ingatkan. Detik ketika melafazkan ijab qabul. Sebab saya juga pernah melaluinya pada hujung tahun lalu.
Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus dan Balqis
Semoga pasangan ini bahagia kita doakan bersama.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Monday, June 30, 2008
La Viva Espana

Sudah terjawab malam tadi, siapakah yang terunggul. German tunduk di tangan Sepanyol dengan jaringan 1-0.
Apapun tahniah buat Sepanyol yang sudah lama tidak memenangi kejuaraan ini, hampir 40 tahun.
p/s, Malaysia ku bila lagi nak mengamuk.
Sunday, June 29, 2008
EURO 2008 - FINAL MILIK SIAPA?

Pada malam ini, perlawanan akhir EURO 08 akan menjadi milik siapa sebenarnya, mampukah German mengekang asakan Sepanyol? kita tunggu dan lihat pada malam ini.
Pasukan pilihan saya pada malam ini ialah Sepanyol. walaupun pasukan kesukaan saya ialah Turkiye.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Saturday, June 28, 2008
Selamat Datang Ke UiTM Kelantan
Saya ucapkan selamat datang ke UiTM Kelantan semoga dengan kehadiran para pelajar ini dapat memeriahkan lagi Pusat Islam.
Satu pesanan terhadap kamu semua, jangan lupa niat dan matlamat pertama kita ke IPTA mana sekalipun. Mencari redha Rabbal Jalil adalah seutama-utama matlamat.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Satu pesanan terhadap kamu semua, jangan lupa niat dan matlamat pertama kita ke IPTA mana sekalipun. Mencari redha Rabbal Jalil adalah seutama-utama matlamat.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Istanbul 2

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Istanbul, Turkey lebih kurang tiga hari yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana kasih sayangnya program ini dapat dijalankan.
Program ini terlaksana hasil daripada sokongan kuat Dato' Pengarah kampus UiTM Kelantan, Timbalan Pengarah UiTM Kelantan Tuan haji Syukri yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar, seterusnya PM Ustaz Zulkarnain yang memberi penerangan suasana di Istanbul, selain itu Ustazah Rokiah banyak membantu permudahkan urusan perhubungan dan juga kepada para pensyarah CITU serta Teacher Ishah, Puan Wan Norliza dan Hajah Aminah.
Saya tidak juga melupakan pasukan saya yang mempunya semangat yang cukup tinggi untuk melaksanakan program ini, pertamanya saudara Krol, Mat, Hisyam, Fatimah, Ira, Mun, Faten, Fad dan Nisa'. Kesemua ini pelajar yang perlu diberi penghormatan. Semua kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.
Apakah perasaan saya sekarang ini? inilah persoalan yang bermain difikiran lebih kurang tiga hari ini. Sebenarnya perasaan ini bercampur baur antara kegembiraan dan kesedihan. Gembira kerana hasil daripada program ini dapat beberapa perkara iaitu:
- Memperkukuhkan tali silaturrahim di antara pensyarah dan pelajar.
- Memperkenalkan kepada para pelajar mengenai sejarah Turkey khususnya mengenai Uthmaniyah.
- Bagi diri sendiri menambahkan rasa bertanggungjawab terhadap khalifah.
- Kebanyakan pelajar yang terlibat adalah Diploma semester enam, jadi saya sudah tidak dapat berjumpa lagi dengan mereka.
- Sedih sebab terpakasa berpisah dengan para pelajar yang sekian lama mendampingi.
- sedih disebabkan berpisah dengan suasana yang harmoni di Istanbul, pandangan yang cantik dan rakyatnya yang mesra.
- sedih disebabkan mengenang mengapa khalifah Uthmaniyah tumbang.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Subscribe to:
Posts (Atom)