Thursday, May 31, 2007

Kenduri

2 Jun 2007 akan datang kenduri yang dijemput ada lebih kurang 4 buah rumah, yang saya dapat pergi mungkin dalam dua rumah sahaja iaitu di Penang kenduri rumah bakal Abang Ipar dan kawan satu induksi.

Bagaimana mereka merasai alam perkahwinan.

Keletihan

Sukan, adakah anda termasuk golongan yang suka bersukan. Bilakah masa anda memilih untuk bersukan, malam atau siang hari, petang atau pagi. Sesiapa yang memilih petang untuk beriadhah kesannya malam akan jadi segar, seperti saya sentiasa beriadhah petang malam mengulang al-Quran masyaallah sedap betul. Rasa bersemamangat, tetati jika tidak beriadhah badan rasa malas dibantu dengan akal yang tidak cerdas lalu jadi malas.
Pada malam tadi, saya telah bermain badminton bersama staff dan RS Puncak Perdana, kami bermain di dewan HEP. Cantik gelanggangnya tetapi letihnya membawa hingga ke pagi ini. Menulis blog rasa layu jer tetapi rasa ada kekuatan dalaman.
Saya merasakan riadhah perlu diteruskan di sebelah petang.

Wednesday, May 30, 2007

Surau

Surau Puncak Perdana berada di atas Puncak bukit, berhampiran jalan menuju ke Puncak Alam. Baru-baru ini surau telah berlaku beberapa kerosakan seperti kipas, lampu, dan paling terbaru ialah kerosakan PA system.


PA system merupakan satu alat yang terpenting bagi sebuah surau yang besar tetapi jika diisi dengan jemaah yangsedikit. Kerosakan terjadi apbila pihak bertangjuawab mengatakan speaker di luar rosak disebabkan kilat menyambar pada atas bumbung surau. Bila hendak dibaiki ?

Muhasabah jalan terbaik motivasi diri

Alhamdulillah, segala puji kepada Tuhan Yang Maha Esa yang menciptakan makhluk terbaik di alam ini. Perkara yang berlaku memang tidak disangka oleh sesiapa tetapi Maha Pencipta tahu apa yang akan terjadi kepada hambanya.
Saya berasa perkara yang perlu dimanfaatkan oleh manusia ialah isikan masa dengan perkara yang berfaedah, bukan saya ingin menegur kepada sesiapa tetapi menegur kepada diri sendiri. Akhir-akhir ini selalu cuti kerana menguruskan beberapa perkara sebelum berpindah ke Kelantan namun terdetk dalam hati kenapa solat saya sejak akhir-akhir ini kurang khusyuk. Saya cuba mencari semula amalan yang telah saya tinggalkan, memang banyak amalan yang dulunya istiqomah melakukannya tetapi sejak akhir-akhir ini hati menjadi gundah gelana.
Amalan yang ditinggalkan dan kadang-kadang sahaja mempraktikkanya ialah:
  1. Baca Yassin setiap pagi, saya tidak meninggalkannya tetapi selalu sahaja terlupa kerana sikap suka menangguhnya.
  2. Bacaan mathurat tidak konsisten, adakalanya baca pagi petang tidak membaca,adakalnya terlupa terus pada hari tertentu.
  3. Bacaan Surah Kahfi juga tidak konsisten setiap minggu ada saja Kahfi di qadhakkan. Bacaan kahfi tidak pernah saya tinggal semenjak belajar di Darul Quran, sebab itu saya mempastikan track record harus dijaga.
  4. Mengulang al-Quran ini adalah perkara paling berat dari segala ujian. Dahulu boleh khatam satu bulan dua kali, selepas itu berkurang sebulan sekali. sekarang ini empat bulan belum tentu khatam lagi. Aduh ujian paling berat. Al-Quran akan meninggalkan kita jika kita meninggalkannya.

Selain itu dulu boleh menghabiskan membaca buku seminggu dua atau tiga buah buku tetapi ketika ini sebulan belum tentu. Banyak perkara telah terjadi. Kenapa jadi begini, saya harus bangun kembali mulai hari ini.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat. Terimalah taubat hamba-Mu ini Ya Allah, Berilah Rahmat yang telah Engkau berikan dahulu kepada hamba-Mu ini. Rahmat berupa kelapangan masa untuk beribadat kepada Mu. Amin..

Tuesday, May 29, 2007

Sudah Kawin

Perkahwinan merupakan satu ikatan. Pelbagai definisi para sarjana dan intelektual memberi maksud ikatan dalam perkahwinan. Akan tetapi pada pandangan saya sebagai seorang yang masih belum berkahwin dan akan menamatkan zaman bujang insyaallah hujung tahun ini berpendapat bahawa perkahwinan merupakan satu ikatan zahir dan batin. Satu ikatan yang diikat berasaskan ikatan yang suci. Ikatan pada zahir ialah ikatan perjanjian dengan lidah ketika dementraikan semasa melafazkan aqad kawin dan ikatan batin merupakan ikatan dua hati yang telah dipertemukan oleh Allah melalui cinta yang lahir daripada hati. Begitulah hebatnya manusia kerana Allah memberi akal untuk berfikir. Manusia dicipta berpasangan.
Berpasangan, merupakan satu hubungan yang lahir daripada hati iaitu cinta. Mengapa hari ini remaja atau manusia yang belum berkahwin melakukan perkara terkutuk atau maksiat sebelum ada perhubungan yang sah? itulah manusia yang hebat telah diberikan akal tetapi tidak berfikir baik buruk tindakan mereka sendiri. Bila bercinta sudah serah segalanya sebagai syarat untuk dicintai oleh lelaki kenapa perkara ini terjadi. Inilah masalah didikan agama yang dititik beratkan. Ada juga persoalan yang wujud pelajar aliran agamajuga membuat perkara yang sama. Itu lah maksiat tidak kenal siapa, sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.
Didikan agama bagaimana perlu diberi, saya katakan di sini didikan sekolah sahaja tidak cukup untuk anak-anak, adik-adik dan saudara-saudara kita untuk mengelak daripada maksiat ini. Pendidikan seharusnya bermula daripada rumah. Ibu bapa perlu menyatakan TIDAK pada Anak perempuannya apabila ingn keluar dengan lelaki. Banyak hadis menyatakan wanita dan lelaki berdua-dua dan yang ketiga itu adalah syaitan. So apa yang saya ingin tegaskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian bahawa ibu bapa hari ini sukar untuk mengawal anak-anak apabila berada di luar kawasan sperti di IPTA yang mempunyai kebebasan. Para pelajar telah salah menggunakan kebebasan yang telah diberikan. Nau' Zubillahi minzalik.
Ahad 27 Mei lepas, saya telah menghadiri majlis perkahwinan rumah kawan karib saya dari zaman sekolah. Apabila memikirkan detik pertemuan pertama kali dahulu walaupun tidak pernah bertemu pada zaman persekolahan, hanya mengenali suaranya sahaja. dia telah selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka dari Negeri Sembilan. Alhamdulillah semoga rumah tangganya dicucuri rahmat dan bahagia ke anak cucu.
Jarak perjalanan ke rumah Ya lebih kurang 160 km mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. satu perjalan yang jauh meletihkan badan dan minda memikirkan pasangan yang berkahwin tadi. Sudahlah saya tidak inign memanjangkan lagi tulisan menegenai kenduri ini.

Monday, May 28, 2007

Ujian Komprehensif

Pada Hari Sabtu, 26 Mei 2007 saya telah menghadiri ujian oral untuk meluluskan kursus Ijazah saya dengan IAIN sulthan Thaha Syarafuddin Jambi. Alhamdulillah ujian dijalankan dengan pelbagai soalan dilontarkan kepada saya. Apa yang menariknya soalan itu diberikan dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Apa yang merungsingkan saya kepenggunaan Bahasa Inggeris saya kurang tepat apabila menjawab soalan. Walauapapun saya ada cerita lebih mengecewakan.
Pada hari yang sama, saya telah dipanggil untuk ujian MTEST J-Qaf saya tidak sempat balik. Harapan untuk pindah kerja pada tahun hadapan tertangguh lagi. Bukan saya mengejar gaji yang tinggi, ramai kawan-kawan bertanya kenapa harus mencari kerja lain, kerja sekarang sudah cukup untuk kamu. Saya menjawab tidak puas membuat kerja harian yang sama, kurangnya cabaran, saya perlu manambah ilmu. Bileh saya katakan diri ini tidak sesuai berada di dalam pejabat membuat kerja pentadbiran. Saya minat belajar dan mengajar itu menyebabkan saya berasa gelisah tidak banyak belajar. Oleh kerana saya sudah terlepas dengan ujian tersebut ada hikmah di sebalik itu.
Sedih tetapi ceria, dapat surat jemputan kawin dari Bilal Ismail Hashim untuk menamatkan zaman bujangnya. Semoga berbahagia...amin