Wednesday, July 2, 2008

Oh Dunia...

Oh dunia,
cantik..indah..
berapa lama boleh kutatapi..
bolehkah aku biarkan..
seperti tiupan angin..

Oh Dunia..
Aku merasainya..
dalam jiwa..
jejaknya melakar dalam hati..
peritnya..ah dunia..

Oh Dunia
Bila ku cuba lupakan..
kau datang...kenapa..
indah sangatkah..
cantik sangatkah..
biarkan aku...

Oh Dunia
aku tahu...
di mana aku..
aku...?
aku cuba jejaknya lagi..
biarkan aku...
aku tak mahu lemas..
benarkah apa yang aku lakukan..


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, July 1, 2008

Filem Jodha Akbar



Filem ini baru sahaja saya menontonnya hari ahad yang lepas. Apa yang hendak saya kongsikan bersama mengenai filem ini ialah wujud konsep kefahaman Islam Liberal dalam penyampaian ceritanya.


Saya bukan anti filem hindustan tetapi saya di antara penggemar filem bollywood sejak dari kecil mengikuti perkembangan bollywood, tetapi kali ini sukar saya nak menghadam filem sebegini.


Saya sebutkan di sini beberapa perkara yang dirasakan sebagai pelik iaitu:



  1. Seorang Muslim boleh berkahwin dengan seorang wanita beragama hindu.

  2. Rumah seorang Muslim boleh menyimpan berhala isterinya yang beragama hindu.

Adakah filem ini, heronya Akbar (Hitrik Roshan) sanggup menggadaikan Islam kerana seorang wanita?


Adakah pengarah filem ini nak menyatakan bahawa semua agama itu sama sahaja?


Jika ini yangmenjadi matlamatnya, cukup bahaya bagi penggemar filem Hindustan yang tidak mempunyai asas Islam yang kukuh. Harap lembaga fatwa kebangsaan dapat membuat keputusan mengenai filem ini.



Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Kuliah Subuh

Alhamdulillah, pada pagi tadi sempat saya sampaikan kuliah subuh kepada para pelajar baru sempena minggu mesra siswaperingkat UiTM Kelantan.

Apa yang disampaikan kepada adik-adik tadi saya cuba mengaitkan matlamat hidup dengan sejarah umat Islam daripada zaman awal Islam hingga khalifah yang terakhir Uthmaniyah. Intipati yang dihuraikan lebih kepada kenapa tamadun Islam runtuh sebelum digantikan dengan tamadun Islam yang baru dan akhirnya tumbang juga pada khalifah Uthmaniyah.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Hari kegembiraan


Pada hari ini, satu peristiwa yang boleh dianggap sebagai satu bersejarah pada Pusat Islam UiTM Kelantan iaitu majlis perkahwinan seorang anak pensyarah di sini.


Ini kerana satu kisah cinta dari zaman kanak-kanak telah bersatu juga akhirnya. Pasangan yang berjaya diijabkabulkan padapagi tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Walaupun pengantin lelaki ada sedikit kegugupan.


Saya faham, detik inilah yang paling manis jika seseorang ingin ingatkan. Detik ketika melafazkan ijab qabul. Sebab saya juga pernah melaluinya pada hujung tahun lalu.


Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus dan Balqis


Semoga pasangan ini bahagia kita doakan bersama.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, June 30, 2008

La Viva Espana



Sudah terjawab malam tadi, siapakah yang terunggul. German tunduk di tangan Sepanyol dengan jaringan 1-0.


Apapun tahniah buat Sepanyol yang sudah lama tidak memenangi kejuaraan ini, hampir 40 tahun.


p/s, Malaysia ku bila lagi nak mengamuk.

Sunday, June 29, 2008

EURO 2008 - FINAL MILIK SIAPA?






Pada malam ini, perlawanan akhir EURO 08 akan menjadi milik siapa sebenarnya, mampukah German mengekang asakan Sepanyol? kita tunggu dan lihat pada malam ini.

Pasukan pilihan saya pada malam ini ialah Sepanyol. walaupun pasukan kesukaan saya ialah Turkiye.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.