Thursday, May 17, 2007

Imam UiTM Kelantan

Pada hari ini, Khamis. Bermula dari pagi melakukan beberapa kerja yang perlu diselesaikan, antaranya potongan gaji ke Tabung Haji yang tertangguh hampir tiga bulan tetapi alangkah sedihnya (kena buat lagi) apabila no akaun lama sudah tidak boleh. Selepas ini perlu update buku akaun yang berada di kampung.

Seterusnya saya dikejutkan dengan kehadiran sahabat Imam iaitu Ustaz Nizam daripada UiTM Machang, Kelantan pada jam 12 tgh hari di ofis. Kebetulan beliau menghadiri satu kursus rakan sebaya di UiTM induk. Setelah bersembang, berjalan sekeliling Puncak Perdana, melihat rumah yang akan beliau tinggal nanti. Selepas itu, kami terus ke Meru untuk menjamu selera.

Beliau akan pulang ke UiTM Machang pada malam ini.

No comments: