Wednesday, September 26, 2007

Letih sangat

25 September 2007,satu hari penuh kesibukan kerja yang entah dari mana datangnya. Beginilah keletihan daripada kesibukan yang wujud setiap kali selepas program.

Bermula dengan kelas Pengurusan Insitusi Keluarga selama dua jam bercakap, bergelak ketawa dan bergurau senda serta sedikit kemarahan kepada pelajar. Ini semua adalah ujian di dalam bulan Ramadhan ini. Selepas mengajar bersiap pulak untuk menghadiri majlis berbuka puasa, jika tidak hadir atau lewat tidak boleh kerana Timbalan Pengarah dan boleh mengcewakan para pelaja persatuan. Saya gagahkan diri juga untuk memenuhi jemputan tersebut dan memberi tazkitrah pendek.

Seterusnya majlis khatam al-Quran bermula dengan solat Isyak, Tarawikh, dan akhir sekali khatam al-Quran juga. Tekak ini bagaikan terluka sering sakit dan pedih-pedih. Namun gagahkan juga buat yan terbaik. Cukup meletihkan.

Apabila hati merasa letih dan malas teringat satu hadis yang ingin dihayati diamalkan, gunakanlah masa muda mu sebelum masa tua mu. Hadis yang telah memeberi kesan dan merupakan motvasi terbaik untuk diri saya.

Tidak lupa juga petang ini majlis pra graduan di Hotel Perdana, terlibat juga sebagai ajk jemputan, harap segala amal perbuatan diterima oleh Allah s..w.t.

"Sesungguhnya Allah dan Para Malaikat berdoa ke atas orang yang bersahur"

Semoga kita tergolong daripada golongan ini. Ameen.

No comments: