Monday, April 20, 2009

Di Luar Lingkaran RTM 1

Sebentar tadi baru sahaja rancangan yang menarik ditonton, sebenarnya sudah agak lama tidak menonton tv pada waktu malam tapi malam ni kerana hendak mendengar ide-ide Puan Sifu, maka tunggu juga seperti yang dijanjikan.

Aku merujuk dengan persoalan seorang pemanggil yang bergelar "", tapi sudah kurasakan beliau tidak memahami pokok persoalan sebenarnya. Beliau masih lagi dalam golongan minda tertawan seperti dikatakan oleh Puan Sifu.

Ya, aku amat-amat bersetuju dengan pandangan ahli-ahli panel pada malam ini dan tidak lupa menyatakan moderator Tuan Sayed Munawar berjaya dengan jayanya. Memang betul-betul di luar lingkaran.

Saranan daripada ahli panel perlu perbanyakkan terjemahan ilmu luar dan jadikan ia hak milik kita.

Sudah lama kumerindui wacana sebegini, masyarakat bebas menyatakan pandangan, walaupun pandangan itu kadang kala tidak tepat, jadi jika salahnya betulkan dalam wacana tersebut, baru boleh dikatakan minda kelas pertama.

Ps: Seseorang datang solat berjemaah, minda kelas berapakah dia?

No comments: