Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Hari Ini, Kelmarin dan Semalam


Bila membaca majalah kurier pada Disember 1980, majalah pada bulan ini hanya membicarakan mengenai kenangan terhadap kesarjanaan Ibnu Sina. Majalah pada Disember 1980 ini dikeluarkan khusus untuk membicarakan mengenai sambutan kelahiran Ibnu Sina yang ke-1000. Hebat insan yang telah tiada seribu tahun dahulu masih lagi dikenang sehingga ke hari ini.

Bila mana mana membaca perihal Ibnu Sina yang hebat dalam pelbagai disiplin ilmu, kadangkala mengingatkan kita mengapa kita hari ini tidak dapat menjadi seperti beliau. Walaupun terdapat pandangan daripada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali yang menjawab segala persoalan falsafah dalam karyanya mengenai Ibnu Sina. Namun tokoh ini tetap disanjung kerana kepakaran, keilmuan dan ketokohan beliau dalam menjana perkembangan ilmu pada zaman tersebut. Saya pertama kali membaca mengenai Ibnu Sina. Sebelum ini saya beranggapan bahawa beliau hanya terlibat dalam bidang ilmu kedoktoran sahaja tetapi beliau berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu falasafah, kedoktoran, metafizik, kimia, dan banyak lagi.


Semalan setelah balik dari Pusat Islam selepasa solat Subuh, seperti biasa buka al-Quran sambil melayari laman-laman tertentu. Semasa membuka terdapat satu kad ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-25. Baru aku perasan rupanya semalan adalah hari lahir aku.

Terima kasih wahai isteri yang tidak pernah lupa tarikh dan ketika kenangan bersama. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengungkapkanya juga. Tiada party pada tahun ini, tiada nasi ayam, dan tiada Kenny Rogers. Minggu balik Penang rasanya ingin menyambut di Kenny Rogers.


Pada 18-19 Ogos lepas saya menghadiri satu seminar di USM Penang. Saya telah membentangkan satu kertas kerja mengenai Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawwuf: Satu Analisis. Saya tidak menjangkakan bahawa akan ditanya begitu banyak soalan dilontarkan, terkejut dan terkesima bila dipuji dan dikorek rabakkan oleh pendengar. Tidak mengapa kekurangan ini akan ada penambahbaikan. Terima Dr. Nizam Sahad kerana banyak membantu dalam menyelesaikan kertas kerja ini.

Rasa satu ketagihan selepas satu seminar untuk membentang kertas kerja. Seronok diprovokasi.



Tuesday, November 4, 2008

Keajaiban Azan

Ada beberapa perkongsian di sini mengenai azan dan bukan berhajat untuk menghuraikan video di atas hanya sebagai renungan untuk kita berkongsi hasil kajian sarjana muslim.

  1. Dalam pengamalan agama ramai dikalangan kita yang berebut-rebut untuk menjadi muazzin tatapi tidak berebut untuk menjadi imam barangkali memikirkan tanggungjawab yang berat.
  2. Pengalaman saya saat menghadapi peperiksaan selalu saya lepak di masjid Darul Quran kerana menanti untuk melaungkan. Kesannya ialah dapat menghilangkan tekanan peperiksaan.
  3. Begitu juga saya berpesan di sini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk melaungkan azan di Pusat Islam.
  4. Azan sememangnya dapat memberi ketenangan. Apabila bayi dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mengazan dan mengiqamahkan ke telingan anaknya.
  5. Bila-bila stress boleh cuba azan dengan pelbagai lagu yang kita tahu. Insyaallah tenanglah hati kita.

Thursday, July 19, 2007

Hari Ini Dan Semalam

Hari semalam adalah kemuncak kepada kesibukkan dalam minggu ini, pelbagai mesyuarat, pelbagai paper work perlu dibincang dan diserahkan, pelbagai artikel perlu disiapkan tetapi yang menarik perhatian saya ialah arahan daripada ketua unit untuk memberi penjelasan mengenai Bidaa'h. Sukar saya hendak perkatakan mengenai perkara ini nanti jadilah " mulut kata hati rasa lain".

Semoga Allah memberi kekuatan untuk menulis artikel ini, semoga masyarakat Uitm Kelantang ini memahami secara jelas sejelasnya bahawa apakah yang diertikan sebagai bidaa'h.