Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Trend @ Cari makan?

Berceramah, memberi tazkirah atau perkara yang seumpama dengannya adalah bertujuan untuk memberi kebaikan kepada khalayak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kemuskilan pada hari ini, dan saya kira juga perkara ini mungkin telah berlaku sejak dahulu lagi.

Pada hari ini, terdapat kebanyakan atau segelintir daripada kalangan agamawan berceramah seperti bercerita dongeng dan terdapat juga keliru antara ustaz atau pak lawak? Adakah trend para agamawan begini mendatangkan hasil yang baik kepada masyarakat.

Pada penelitian saya, bahawa trend ini lebih kepada mencari populariti, dari sudut kesedaran mungkin tidak tercapai.

Ini sekadar pandangan berkisar trend masyarakat hari ini lebih menyukai ceramah berbanding pengajian talaqi atau menadah kitab.

Sunday, July 19, 2009

Masjid Biru Jejak Persoalan

Satu ketika berjalan di waktu malam di lorong pejalan kaki di Istanbul. Aku menuju kea rah Masjid Biru untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di sana. Jam menunjukkan 10 malam. Aku berjalan bersama Krol, Mat dan Hisham. Mereka merupakan pelajar UiTM Kelantan fakulti berbeza.

Pada masa ini, cuaca sederhana tidak sejuk dan tidak panas, tenang perasaan ku ketika bersendirian di Masjid Biru. Kadang kala melayan gurau senda Mat dan Krol. Kadang-kadang ku rasakan perasaan remaja kembali.

Masjid Biru, kenapa dinamakan Masjid Biru, sedangkan Masjid ini nama Camii Ahmet. Semasa sedang beri'tikaf di dalam perut masjid. Ku renung di jendela kayu berlantaikan marmar putih, siapakah yang member idea supaya masjid ini dibina di atas bukit dan berada ditebing selat Bosphorus? Angin sepoi-sepoi membelah rambut ku yang agak panjang ketika itu.

Setiapa hari melintasi masjid ini, aku asyik dan berkhayal suatu hari akan ku bawa abah, mak, isteri dan anak ku ke sini. Cuba mencari jalan bagaimana kaedahnya, tiba lamunan ini terhenti seketika bila mana aku ditegur oleh seorang lelaki. Seorang pelajar Malaysia belajar di UK dan bercuti ke Istanbul sebelum pulang ke kampongnya di Perak.

Aku rasa lebih kurang sebaya. Aku bertanya kenapa bercuti di Istanbul dan tidak Bandar Eropah yang lain? Jawabnya. Senior bercerita keistimewaan Istanbul berbanding Bandar Eropah yang lain.

Aku menjawab, mungkin betul dan disokong oleh faktor sejarah tempat ini.

Azan berkumandang, lagunya seperti di Malaysia. Aku terpikir ketika itu, adakah Melayu mempunyai hubungan dengan Turkey? Aku tidak dapat mencari jawapan ketika itu dan berhajat untuk ke kedai buku pada besok hari kerana akan hal itu.

Solat Isyak, imamnya segak dan tampan walaupun umurnya agak jauh dengan ku. Nampak kehebatan dan kehaibahanny. Suaranya sedap membaca al-Fatehah dan Nun, tiada bismillah di awal Fatehah. Aku rasa sesuatu menyusuk dalam kalbu. Bila al-Fatehah habis tiada ucapan Ameen bersama hanya aku seorang sahaja. Baru aku tahu di sini mazhabnya Hanafi.

Selesai solat Isyak aku terus jamak ta'khir. Aku keluar mencari satu persoalan kenapa Bandar hebat ini tidak kelihatan hebat seperti yang digambarkan oleh sejarah?

Thursday, May 7, 2009

Impian Hanya Tinggal Kenangan


Banyak impian sudah menjadi kenyataan. Ini mungkin keberanian melaksanakan segala impian yang dicapai. Saya ada satu impian yang entah bila akan tercapai.


Impian nampak mudah tapi tidak mudah seperti disangka. Sekarang tengah mencari jalan bagi merialisasikan impian hangat ini.


Jika pergi ke Mesir mungkin sudah tercapai taoi pergi Indonesia pun sekejap sahaja. Gambar di atas menjelaskan segala-galanya.