Showing posts with label KENANGAN. Show all posts
Showing posts with label KENANGAN. Show all posts

Monday, August 4, 2008

Telah berlalu beberapa perkara

Alhamdulillah, telah berlalu beberapa perkara yang cukup memenatkan iaitu:

  1. Kursus KPO
  2. Kursus Motivasi
  3. Balik Penang hantar isteri balik ada temuduga
  4. Ceramah setiap hari
  5. Barang keperluan baby..hehe bakal jadi walid tak lama lagi.

Tetapi ada lagi perkara yang belum diselasaikan iaitu:

  1. Proposal tesis belum lg siap.
  2. Carta organisasi CITU
  3. Proposal Seminar
  4. Seminar wanita dan undang-undang

Banyak perkara tak dapat diselesaikan. Bertangguh...

Harap-harap selepas ini dapat selesaikan.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, June 11, 2007

Sudah Selesai

Alhamdulillah sudah selesai edit tesis yang perlu diperbetulkan. Perasaannya lapang sekali kerana amanah yang perlu diselesaikan telah dijalankan dengan sebaik mungki.

Pada hari ini banyak perkara telah diselesaikan memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi akan berpindah ke Kelantan. Awal pagi telefon Imam Kelantan dan telah mencapai persetujuan akan berpindah pada hari Isnin dimulakan dengan penghantaran barang-barang berat.

Malam ini juga bersama kawan-kawan belajar memasak, menunya tomyam yang dimasak oleh Adi, dengan nama masakan tomyam ala jawa.

Amanah yang diberikan jangan ditangguhkan selesai dahulu hati tenang. Lebih-lebih lagi amanah daripada Allah s.w.t. Jalankan dengan sebaik mungkin.

Wednesday, June 6, 2007

Sahabat sekampung

Apa yang hendak saya coretkan pada malam ini merupakan kenangan bersama sahabat lama, sekampung, satu sekolah dan teman sepermainan semasa di alam kanak-kanak. Kawan yang dimaksudkan di sini ialah Ridwan Che Din, baru sahaja meninggal dunia yang fana' ini petang semalam. Allahyarham dikatakan demam panas sebelum itu dan dikatakan asbab atas kematian beliau.

Allahyarham usianya berbeza dengan diriku ialah 3 tahun. Kami sekampung selalu panggilnya Wan Che' Din, bapanya juga meniggal pada tahun lepas. Semua kenangan muncul dengan tiba-tiba. Maafkan aku jika ada membuat kesilapan dengan mu, aku maafkan juga jika ada kesalahan terkasar bahasa ketika bergurau dengan mu.

Allahyarham merupakan seorang yang pendiam tetapi senang bergurau dengannya.

Tuesday, June 5, 2007

Ketenangan Hati Muncul Kembali

Ketenangan yang kuimpikan selama ini muncul kembali, ketenangan itu datang dan pergi seperti angin. Setelah pulang ke kampung pada hari jumaat 1 Jun lalu, mengimbau kembali kenangan masa kecil, remaja dan hingga akhir-akhir dewasa.

Ketika zaman sekolah rendah selalu merayau-rayau dengan kawan dengan gerek, namun pada hari ini basikal tersebut telah jadi besi buruk. Sedih kerana tidak sempat dibaiki untuk menjadi kenangan. Berbasikal ke kawasan perkuburan di raja Kedah iaitu al-Marhum Kayang bermain aci sembunyi bersama Azizul, Li (dua sepupu), Acik, Sabri, dan Pakya itulah kawan satu sekolah. Pada hari ini mereka bekerja sudah jarang berjumpa. Pakya bekerja sebagai seorang Polis, Acik juga seorang Polis, Sabri masih still di kampung, Li juga kerja di kampung dan sama juga dengan Azizul. Perbezaan mereka dengan saya adalah mereka sudah berkahwin dan sibuk dengan keluarga sendiri.

Hanya tinggal dua yang masih belum berkahwin aku dan Azizul. Meriah betul kenduri. Teringat diri sendiri bilakah hendak menamatkan zaman bujang. Apa yang terjadi dengan persahabatan ini merupakan satu kumpulan yang sentiasa dihukum oleh guru di sekolah. Ada saja yang tidak kena dengan kami. Entah rasa dalam diri guru berat sebelah dengan bacth kami. Namun begitulah adat dunia seperti roda yang berpusing.


Guru-guru sentiasa diingati tanpa guru siapalah kami, walaupun kenakalan kami menyabakan guru Liza menangis pada hari pertama beliau mengajar subjek Matematik, namun kami tetap menyayangi beliau. Maafkan kami guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar.


Ku titipkan tulisan ini kepada guru-guru di SKTTB semoga redhalah ilmu yang diberi kepada kami. Kepada Cikgu Fauziah (BI), Cikgu Azizan (BI & Mate), Cikgu Buni (Mak), Cikgu Liza (Mate), dan guru-guru yang tidak disebut di sini tetap kami ingat jasa kamu semua.