Tuesday, March 24, 2009

Kelebihan Saidina Ali

Hadis riwayat Saad bin Abu Waqqash ra. ia berkata:

Rasulullah saw. berkata kepada Ali bin Abu Thalib: Sesungguhnya kedudukanmu terhadapku adalah seperti kedudukan Harun terhadap Musa, hanya saja tidak ada seorang nabi pun sesudahku.
Muslim: 4481

Love~Love~Love


" My bounty is as boundless as the sea, my love as deep; the more I give to thee, the more I have, for both are infinite."

~ William Shakespeare

Sunday, March 22, 2009

Nasihat Tuan Imam Besar al-Ghzali

Nasihat Imam Al- Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Syukran Tuan Fahmi,

Tuesday, March 10, 2009

Selamat Hari Lahir Ya Habibi

Semalam merupakan hari lahir Rasulullah, walaupun ada dikalangan ulama' terdapat pandangan yang berbeza. Namun apa yang pentingnya bukan tarikh tetapi mengikut sunnah Rasul Allah yang penting bagi umatnya amalkan.

Sejauh manakah kecintaan kita kepada Kekasih Allah itu, adakah dengan diberikan cuti umum sudah dikira kita sebagai pengikut sunnah, dengan perarakan membawa sepanduk juga sudah mendapat ganjaran yang dijanjikan.

Apakah sebenarnya yang ingin dicari oleh manusia hanya beberapa ketika baru mengingati Rasul Allah?

Salam alaika Ya Habibi! Kami umatmu mohon syafaatmu ya khalili.

Sunday, March 8, 2009

Mau'izah 'ala al-Qalbi

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT :

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA: jaga sedekah setiap hari.

KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.

syukran ila "bolok DQ"

Thursday, March 5, 2009

Apabila Dugong Menulis


Pada kali ini tulisan tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi tulisan ini aku khususkan kepada pengkhianat dan penyebar fitnah semasa aku bekerja di 'sana' dahulu.


Hah! dia tulis buku mengenai kejujuran? Adakah kejujuran baginya boleh menyebarkan fitnah? Kejujuran apakah yang dugong ini faham? Entahlah kadang-kadang ada benar juga bila mana seorang rakan menyatakan wujud pada hari ini ahli akademik yang tidak tulen. Ya seseorang yang tidak beramal dengan ilmunya. Ya dia bercakap lain dan buat lain.


Tajuk penulisannya ialah Kejujuran resam dalam organisasi. hmm sudahlah dugong woi.


Entahlah aku rasa setiap penulisannya seperti sampah!