Showing posts with label Penawar Hati Yang Luka. Show all posts
Showing posts with label Penawar Hati Yang Luka. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Kucing Kurap


Kau disayangi bila engkau sihat

Kau dikasihi bila engkau berbakti

kau diingati bila engkau beraksi manja

Itulah manusia,

Menagih bakti dalam kesenangan

Bila engkau dalam kesusahan

Kau dihina

Kau dicaci

Kau dilupai

Kau dikhianati

Itulah kau wahai kucing kurap

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Lahir Afiat !

Mohd Afiat Dhiyaulhaq Ahmad merupakan anak kedua daripada pasangan Ahmad dan Buni. Beliau seorang yang agak teliti dari pelbagai segi antaranya pakaian, makanan, ibadat dan lain-lain lagi. Kebanyakan pakaiannya bewarna merah, putih dan berseluar jeans atau Dockers.

Hari ini adalah hari lahir beliau yang ke-24 hanya mempunyai perbezaan 1 tahun dengan abangnya yang juga mempunya minat yang sama iaitu suka bola sepak. Kami bersekolah rendah yang sama dan mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Beliau bermain di bahagian serangan dan abangnya menjaga di kawasan tengah sebelah kiri atau sayap.

Masih kuingati, pda tahun 1995, kami bersama rakan-rakan sinior membawa perubahan untuk Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar dengan mendapat tempat ketiga. Pada tahun berikutnya 1996, kami sekali lagi lagi berjaya meningkat lagi ke tempat kedua dan pada tahun 1997 beliau bersama-sama rakan-rakannya dapt membawa kejayaan untuk sekolah dengan mengungguli kejuaraan pada tahun itu.

Kami berdua ada keserasian tapi bezanya saya kesekolah agama dan beliau ke sekolah program sukan. Semasa kami bersekolah rendah, bermain bersama rakan-rakan di Taman Seriab, Kangar. Kami selalu dipisahkan untuk mengimbangi pasukan supaya sama kuat dan sama gagah. Akibat daripada itu, kami seringkali bertelagah dan bergaduh sesama sendiri. Ini kerana semangat yang ada pada diri kami yang senantiasa inginkan kemenangan.

Pasukan bola yang diminati juga sama iaitu Manchester United. Kami berdua meminati pasukan ini sejak pada tahun 1990 lagi. Masih ingat, pemain idamannya adalah Eric Cantona dan aku meminati Ryan Giggs. Kami beberapa kali mendesak abah untuk membeli jersey tapi tidak diizinkan emak dan akhirnya abah menuruti jua hasrat dan minat kami untuk memiliki jersey Red Devil tersebut dengan satu perjanjian, kami perlu belajar bersungguh.Abah bukan seorang peminat Red Devil tetapi pasukan pilihannya ialah Newcastle United dan pemainnya ialah Kevin Keegan.

Di sini masih kuingati pada tahun 1995, kami berdua disunatkan pada tahun cuti sekolah, abah menyembelih seekor lembu pada ketika itu untuk meraikan kami berdua yang akan meningkat ke usia dewasa. Pada masa itu, jarang sekali masyarakat kampung Bangsal Lebah membuat kenduri sunat dengan menyembelih lembu dan abah sanggup membeli seekor lembu. Kenduri dibuat di rumah Wan Lah. Hasil daripada sedekah masyarakat dan rakan-rakan abah kami menyimpan wang ini di Tabung Haji.

Pada hari ketiga bersunat, abah membawa kami ke stadium utama kangar untuk menonton perlawanan antara Perlis dan Kedah yang kesudahannya Perlis tewas 5-4. Semasa itu kami berdua berjalan keluar hanya dengan memakai seluar pendek kerana masih belum sembuh sepenuhnya.

Banyak perkara yang kami lakukan bersama, bezanya beliau seorang yang agak pemalu dan abangnya telalu excited dalam beberapa hal. Beliau berjaya dalam bola sepak dan saya menceburi bidang lain seperti syarahan, pidato, forum, debat, hafazan dan tilawah disamping bermain bola sepak.

Mohd Afiat Dhiyaulhaq nama diberi semperna seorang presiden Pakistan semasa itu. Selamat Maulid ya Akhi habibi.

Wednesday, September 16, 2009

Jadual Perjalanan Hari Raya

Anakda 'Aish demam semalam berkemungkinan kerana 2 hari lepas terkejut dan menangis mendengar mercun meletup sebelah rumah. Walidnya geram dan hampir-hampir belasah seorang pelajar. Nyaris.

Bila anakda 'Aish demam jadual perjalanan pulang ke kampung mungkin dirombak semula tetapi jadual dan perancangan asal akan diikuti sekiranya buah hati Walid sihat. Insyaallah.

16.9.2009 (Rabu)

Hari ini bertolak pulang ke Pulau Pinang selepas Zohor disebabkan besok berjanji hendak berjumpa murabbi di USM. Harapannya tidak ada masalah dengan bab yang kedua ini.

17.9.2009 (Khamis)

Bertolak ke Perlis. Pada tahun ini giliran raya di kampung halaman sendiri. Setelah berjaya mengayat adinda dengan memberi pelbagai alasan dan konotasi. Maka berjaya juga tahun ini raya di Perlis.

21.9.2009 (Isnin)

Hari raya kedua bertolak ke Tanjung Karang, Selangor. Kali pertama pulang berhari raya di sana. Mungkin ada kelainan. Seumur hidup ini merupakan kali pertama raya ditempat lain manakala Fizah sudah dua kali berhari raya di Perlis termasuk yang terbaru ini. Berada di Tanjung Karang selama tiga hari.

23.9.2009 (Rabu)

Bertolak pula ke Pontian, Johor. Bila pergi Pontian dijangka mudah untuk membeli belah barangan kereta yang murah dan dekat pula dengan pelabuhan kukup. Rasanya hendak pergi ke pulau Karimun Indonesia, tempat beli belaj barang yang murah. Jaraknya tidak jauh rasanya lebih kurang Kuala Perlis ke Langkawai. Ini juga kali pertama berhari raya di Johor. Tahun lepas datang semasa cuti sekolah.

26.9.2009 (Sabtu)

Ambo kelik Kelate hari ini. Setelah puas berhari raya. Rasanya jalan akan sesak pada hari ini.

Tahun ini warna dipilih ialah warna hijau pucuk pisang. Sebab 'Aish suka makan pisang bersama Walidnya. Hari raya tahun ini, jauh jaraknya dan rasanya memberi kepuasan dalam erti kata rapat kasih silaturrahim antara saudara mara yang jarang sekali bersua.

Tuesday, April 21, 2009

Hobi Baru, Adakah Haram?

Ini hobi baru jika tidak bermain futsal atau badminton. Depan rumah ada sebuah taman rekriasi dan mempunyai sebuah kolam ikan. Persoalannya ialah:

  1. Adakah salah memberi makan kepada ikan dengan makanan roti gardenia?
  2. Lihat seperti membazir, lebih baik bagi roti kepada fakir miskin.

Persoalan ini mewujudkan perasaan was-was pada setiap petang. Haja dihati untuk menghiburkan hati anak dibawa berjalan di taman.

Runsing...

Thursday, April 9, 2009

Surah al-Kahfi Surah Pengubat Hati

Surah ini selalu dibaca ketika hati berduka lara. seingat aku dari tahun 2002 lagi surah ini bukan sahaja dihafal malah perlu dibaca setiap pagi Jumaat. Surah kahfi surah yang paling aku minat. Jadi aku nak kongsi dengan rakan-rakan. Jika kita hendak ceria dan senang hati maka perlu kita amali surah ini setiap pagi Jumaat atau malam Jumaat.

Banyak hadis menerangkan mengenai surah ini, nanti akan ditulis semula mengenai kelebihan surah yang dianggap susah bagi sesetengah orang untuk membacanya.

Wednesday, March 25, 2009

Aku Terima

Beberapa dugaan dan ujian aku terima dalam bulan ini iaitu Mac. Bulan ini memang banyak membawa ujian yang kadang kala sukar dimengertikan.




  1. Pertamanya anakda sudah berumur 6 bulan, alhamdulillah dalam proses pembesaran ini memang tidak dielakkan pelbagai perkara yang tidak diingini tetap berlaku. Sakit adalah perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa. Mana tidaknya anak kecil menangis menahan kesakitan. Ya aku berani katakan di sini, sesiapa yang berkahwin dan mempunyai anak sudah pasti cinta dan sayangnya kepada kedua-dua ibu bapa akan bertambah.

  2. Mana tidaknya, kita mengimbau kembali bagaimana kita dijaga,diasuh, dan dibelai manja. Apabila kita meningkat dewasa boleh melakukan perkara yang melukakan hati sang ibu. Ya siapa yang bakal dan akan memiliki anak renungkanlah. Memang benar syurga di bawah tapak kaki ibu!

  3. Aku juga sekarang ini, menderita kesakitan. Aku sukar hendak makan dan bercakap, aku berdiam diri sepanjang masa. Ya aku sakit, sakit yang aku kerap menimpa aku, abah, dan saudara mara aku iaitu ulser mulut.

  4. Bezanya kesakitan mempunyai perbedaan tempat atau kawasan mulut. Jika terjadi disekitar bibir tidaklah menyakitkan berbanding dengan kawasan lidah. Ya ulser telah terjadi di kawasan lidah aku. Bad mood sepanjang hari.

  5. Seterusnya mengenai MA aku, aku bertungkus lumus, letih, dan merosot kadar penulisan aku. Kenapa? ini adalah pengaruh kuat politik yang meresap dalam minda aku. Ya terutamanya isu mengenai PPSMI. Aku mengharap isu ini diselesaikan dengan segera.
  6. Aku rasa kecewa dan sedih sudah hampir dua minggu aku tidak muraja'ah al-Quran. Ya memang sedih.

Sunday, March 22, 2009

Nasihat Tuan Imam Besar al-Ghzali

Nasihat Imam Al- Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Syukran Tuan Fahmi,

Tuesday, March 10, 2009

Selamat Hari Lahir Ya Habibi

Semalam merupakan hari lahir Rasulullah, walaupun ada dikalangan ulama' terdapat pandangan yang berbeza. Namun apa yang pentingnya bukan tarikh tetapi mengikut sunnah Rasul Allah yang penting bagi umatnya amalkan.

Sejauh manakah kecintaan kita kepada Kekasih Allah itu, adakah dengan diberikan cuti umum sudah dikira kita sebagai pengikut sunnah, dengan perarakan membawa sepanduk juga sudah mendapat ganjaran yang dijanjikan.

Apakah sebenarnya yang ingin dicari oleh manusia hanya beberapa ketika baru mengingati Rasul Allah?

Salam alaika Ya Habibi! Kami umatmu mohon syafaatmu ya khalili.

Sunday, March 8, 2009

Mau'izah 'ala al-Qalbi

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT :

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA: jaga sedekah setiap hari.

KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.

syukran ila "bolok DQ"