Thursday, July 23, 2009

Selesema Babi

Terbaru: Dua kampus utama UiTM di Perak dan Penang diarahkan bercuti selama seminggu. Selepas kampus di Melak, kes selesema babi ini terus merebak dengan jayanya. Semasa aku member ucapan dihadapan mahasiswa malam tadi, telah menerima panggilan daripada Timbalan Pengarah Kampus mengenai keadaan di universiti. Alhamdulillah dalam keadaan ini semua dalam keadaan terbaik.

Sebelum itu pada petang semalam aku juga menerima panggilan dari Dato' Pengarah bertanya hal yang sama dan aku berpesan kepada mahasiswa yang mempunyai petanda-petanda, sila rujuk kepada pihak kesihatan dengan secepat mungkin.

Solat hajat akan dilakukan sekali lagi khusus untuk menolak bala yang sudah berjaya menutup tiga kampus utama UiTM.

Wednesday, July 22, 2009

Jangan Marah Nanti Kene Jual

"There are very good footballers in the world, like Cristiano Ronaldo or [Lionel] Messi, but the best for me is Ribery," he told ESPN. "And I am not saying that because he is French, but because he is very good." Zidane said.

Sebab itu Ferguson sanggup jual.

Monday, July 20, 2009

Mabuk…mabuk



Aku mabuk, bukan mabuk kepayang, bukan mabuk todi tapi mabuk durian. Sudah hampir sebulan tiap-tiap hari belasah durian. Kepala pening buat kerja pun teringat durian. Hari ini beli lagi durian. Durian ini durian kunyit harganya boleh tahan 1 kg RM 12. Isinya memang sedap, lemak, hisap jari dibuatnya. Simpan sebiji lagi untuk makan malam nanti. Aduh pening ke mabuk ni.

gambar dari thaitable.com.

Sunday, July 19, 2009

Masjid Biru Jejak Persoalan

Satu ketika berjalan di waktu malam di lorong pejalan kaki di Istanbul. Aku menuju kea rah Masjid Biru untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di sana. Jam menunjukkan 10 malam. Aku berjalan bersama Krol, Mat dan Hisham. Mereka merupakan pelajar UiTM Kelantan fakulti berbeza.

Pada masa ini, cuaca sederhana tidak sejuk dan tidak panas, tenang perasaan ku ketika bersendirian di Masjid Biru. Kadang kala melayan gurau senda Mat dan Krol. Kadang-kadang ku rasakan perasaan remaja kembali.

Masjid Biru, kenapa dinamakan Masjid Biru, sedangkan Masjid ini nama Camii Ahmet. Semasa sedang beri'tikaf di dalam perut masjid. Ku renung di jendela kayu berlantaikan marmar putih, siapakah yang member idea supaya masjid ini dibina di atas bukit dan berada ditebing selat Bosphorus? Angin sepoi-sepoi membelah rambut ku yang agak panjang ketika itu.

Setiapa hari melintasi masjid ini, aku asyik dan berkhayal suatu hari akan ku bawa abah, mak, isteri dan anak ku ke sini. Cuba mencari jalan bagaimana kaedahnya, tiba lamunan ini terhenti seketika bila mana aku ditegur oleh seorang lelaki. Seorang pelajar Malaysia belajar di UK dan bercuti ke Istanbul sebelum pulang ke kampongnya di Perak.

Aku rasa lebih kurang sebaya. Aku bertanya kenapa bercuti di Istanbul dan tidak Bandar Eropah yang lain? Jawabnya. Senior bercerita keistimewaan Istanbul berbanding Bandar Eropah yang lain.

Aku menjawab, mungkin betul dan disokong oleh faktor sejarah tempat ini.

Azan berkumandang, lagunya seperti di Malaysia. Aku terpikir ketika itu, adakah Melayu mempunyai hubungan dengan Turkey? Aku tidak dapat mencari jawapan ketika itu dan berhajat untuk ke kedai buku pada besok hari kerana akan hal itu.

Solat Isyak, imamnya segak dan tampan walaupun umurnya agak jauh dengan ku. Nampak kehebatan dan kehaibahanny. Suaranya sedap membaca al-Fatehah dan Nun, tiada bismillah di awal Fatehah. Aku rasa sesuatu menyusuk dalam kalbu. Bila al-Fatehah habis tiada ucapan Ameen bersama hanya aku seorang sahaja. Baru aku tahu di sini mazhabnya Hanafi.

Selesai solat Isyak aku terus jamak ta'khir. Aku keluar mencari satu persoalan kenapa Bandar hebat ini tidak kelihatan hebat seperti yang digambarkan oleh sejarah?

Saturday, July 18, 2009

Red Devil vs Tiger

Terkini: Manchester berjaya menewaskan pasukan lagak bergaya baju Nike iaitu Harimau Kumbang dengan 3-2. Tahniah Amri Yahyah dengan jaringan beliau. Kenanglah seumur kamu.

Manchester vs Malaysia malam ini akan menyaksikan ramalan kekalah barisan Harimau Kumbang menjadi Sumbang dengan 4-0. Red Devil dan Tiger sudah pasti Tiger akan dimusnahka.

Wednesday, July 15, 2009

Program Perbandingan Agama

Alhamdulillah sudah selesai satu program untuk kakitangan dan mahasiswa UiTM Kelantan. Program perbandingan agama antara Islam: Kristian, Buddha dan Hindu. Saya tidak menyangka program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kakitangan hadir dengan kesungguhan terpancar diwajah masing-masing. Pendekatan program ini saya cuba untuk tidak mewajibkan kepada kakitangan. Kita cuba member apa yang mereka kehendak. Program ini merupakan pertama kali diadakan di UiTM Kelantan. Sambutan hangat melepasi had yang disangkakan. Melebihi 250 dan hampir tidak ada ruang dalam bilik HRD Academia. Perjalanan program tidak berhenti selama 4 jam. Terkejut! Para peserta tidak berganjak dan terdapat pensyarah yang mengajak pelajar hadir bersama.

Pada sebelah malam untuk pelajar diadakan di Pusat Islam, saya juga berasa agak terkejut dengan kehadiran pelajar yang sebegitu ramai sehingga mencecah 600 orang mahasiswa. Saya juga tidak mewajibkan mahasiswa dating dan saya mengharap atas keihklasan dan kesedaran pelajar untuk hadir pada malam ini. Pusat Islam dibanjiri oleh mahasiswa. Tiada ruang untuk duduk dan mereka berada di bawah Pusat Islam.

Program ini dilaksanakan hasil bantuan kerani dan EO sahaja. Hanya berempat sahaja. Pada awalnya program ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak dengan agakan tidak akan mendapat sambutan. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Pihak yang memandang remeh terkejut dengan sambutan yang diterima dan diharap pihak ini tidak cemeburu dengan aku. Hehe

Kesimpulan daripada program ini, dapat dipelajari bahawa untuk menarik perhatian mahasiswa sebenarnya kita perlu merancang program yang mereka kehendaki bukan program ceramah syok sendiri dan mengira beberapa honarorium yang akan dapat tanpa memikirkan impak dan kesan kepada mahasiswa.