Sunday, September 13, 2009

KB, parking yang menyusahkan

Baru sampai dari KB, kereta banyak, parking di Parkson yang menakutkan! mungkin kali terakhir parking tempat tu.

Letih bawa kereta, letih tekan brek dan kelas. Nasib baik hati hari ini ok. Aish pasti gembira sebabnya pusing satu tesco dia jadi pemandu troli. Nasib walid pemandu yang kuat.

Satu lagi hadiah hari jadi Aish sempat beli tadi. PAsti jangok anak ambo...hehe

Friday, September 11, 2009

Mak Mah Pasar Siti Khadijah

Pada minggu lepas, hari Jumaat niat di hati untuk untuk berbuka puasa bersama Mak Mah di rumahnya. Mak Mah adalah kawan kepada Mak Safiah. Jadi saya bersama keluarga bertolak ke rumahnya selepas Asar.

Aku ingat rumahnya dekat dengan rumah Kak Long sebabnya isteri kata tak jauh dari rumahnya. Jadi aku pun sampai di Pangkalan Chepa. Rupanya silap dan tersesat. Patah balik untuk cari rumahnya di Tanjung Chat. Pertama kali dengar nama kawasan ni. Ingat Tanjung Tuan saja yang ada.

Alhamdulillah hasil bantuan suaminya yang mencari aku membawa kembali ke pangkal jalan. Berbuka dengan kuih akok. Rrupa-rupanya kuih ni memang diminati oleh kebanyakan rakyat Kelantan. Aku kurang minat kuih ini sebab bau telurnya agak kuat. Tetapi di Kelantan memang kaya dengan kuih muih.

Sedap makan daging masak kicap yag dicampur rempah. Pertama kali juga makan masak kicap campur rempah ni. Sedap Mak Mah masak.

Besok pergi ke kadainya untuk cari kain pasang dan tudung untuk adik-adik dan saudara mara. HArap besok KB tak ramai sangat orangnya.

Ucapan Untuk.....

Sedang mendengar ucapan Selamat Hari Raya diri sendiri di Kelantan fm. Sedih pulak rasanya. Ucapan pada asalnya hendak diringkaskan tetapi sebut semua nama semua saudara mara.

Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Ramadhan

Bulan Ramadhan banyak meniggalkan kenangan manis kepada setiap insan. Saya terkenang dua kenangan manis ketika ini kerana sebenarnya banyak jika hendak dicoretkan di sini.

Pertama: Pada 15 Ramadhan 1428 Hijrah, dua tahun dahulu buat pertama kalinya menjejaki rumah Nor Hafizah. Semasa masih belum bertunang tapi dalam keadaan berkenalan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 dan Ramadhan 1428 Hijrah. Bertolak dari Perlis menaiki bas Tranasional tiba di Buterworth jam 3 petang.

Pertama kali tiba di Bukit Gedung, jantung tiba-tiba berdebar. Sebelum ini tidak pernah berdebar sebegini rupa. Jejak kaki di rumahnya setelah pintu terbuka dengan sendirinya. Jantung berdegup kencang.

Masuk dalam rumah, duduk seketika atas sofa, cara untuk hilangkan debar minta izin pergi ke tandas. Selamat rasa seketika. Selamat selepas itu, bersembang dan tunggu untuk berbuka puasa.

Kedua: Tanggal 18 Ramadhan 1429 Hijrah mendapat gelaran baru tidak sampai setahun perkahwinan. 4.30 pagi di hospital Pulau Pinang Nor Rahadatul 'Aish dilahirkan. Gelaran Ibu untuk Nor Hafizah. Terima kasih tahniah buat isteri Nor Hafizah dengan gelaran baru ini.

Anakda sudah setahun mengikut kalender Hijri. Setiap kemajuan dan perubahan walid menantikan penuh sabar. Dari meniarap, merangkak dan 10 bulan berjalan. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.

Selamat Hari Lahir Nor Rahadatul 'Aish bt. Mohd Miqdad Aswad, BÉrakallÉhu FÊka.

Wednesday, September 2, 2009

Satu Pencarian

Pagi tadi membaca satu entry terbaru daripada supervisor saya Dr. Nizam. Beliau menulis satu entry yang bagus mengenai satu kisah pengislaman seorang Chinese. Saya juga ingin berkongsi kisah ini bersama tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, datuk-datuk, nenek-nenek dan saudara saudari. Kisah pengembaraan mencari jalan kebenaran.

Boleh lihat di www.drnizam.com

Cuti Hari Kemerdekaan

  1. Pulang ke kampung isteri di Pulau Pinang pada petang Khamis lepas. Kepulangan kali ini agak menguju tahap pemanduan dan kecekapan, bila mana cermin kereta di hadapan retak seribu sebelum sampai Tasik Banding. Jarak yang masih jauh menjadikan perjalanan kurang enak kerana terdapat anak kecil bersama. Memandu kereta dalam keadaan hujan dan cermin pecah amat memenatkan dengan pemandangan memang terbatas dan amat berbahaya. Alhamdulillah dengan bantuan daripada Allah sampai di Penang jam 7.30 malam. Kesian 'Aish terkejut dengan pekikan suruh keluar dari kereta. Besok pagi terus hantar kereta ke bengkel selamat RM $00.
  2. Petang jumpa murabbi untuk pembetulan bab pertama dan kedua. Terima kasih Dr. Nizam.
  3. Sabtu memandu ke Perlis, jumpa mak rindu sangat dengan cucunya, ingat rindu dengan anaknya, 'Aish telah merampas tempat walidnya. Jika pulang ke Perlis tidak sekiranya tidak menjamah laksa Kuala Perlis, habis ½ kg.
  4. Petang Isnin bertolak ke Kelantan, sedang sedap memandu dikejutkan dengan satu kemalangan sebuah bas dan sebuah kereta Satria. Bas menjunam ke dalam gaung dan Satria hancur. Ngeri!
  5. Sekarang sedang melihat dan memilih cuti yang sesuai hendak berhari raya. Tahun ni beraya dari Perlis hingga ke Johor.