Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Saat Penantian Telah Tiba

Suatu pagi 14 Disember 2006, di Bayan Baru, Pulau Pinang. Tiba di Bayan Baru satu tempat kiranya agak asing jika hendak dibandingkan dengan bandar lain. Hati ada sedikit debaran walaupun riak wajah tidak tergambar dengan hal itu. Tiba lebih awal daripada dijanjikan.

Melangkah masuk ke dalam dan solat sunat dua rakaat tahiyat al-masjid dan wuduk kerana menjadi kewajipan sebagai hamba menurut perintah Yang Maha Esa. Sementara menanti detik perubahan yang akan menjadi sejarah hidup yang sukar dilupakan. Tertidor seketika kerana menanti tuan pendaftar perkahwinan.

Tiba pendaftar perkahwinan di pagi Jumaat di Masjid Besar Bayan Baru. Masjidnya besar. Aku menghampirinya bersama-sama saudara mara. Aku makin hampir dengan beliau dalam keadaan sopan dan santun. Berada dihadapan beliau menyemak boring yang telah diisi terlebih awal.

Tuan Pendaftar bertanya “Cuba kamu tengok balik nama dan alamat adakah betul?”

Sang Teruna menjawab “Ya, semua betul”.

Tuan Pendaftar meminta Sang Teruna Istighfar, “tiga kali”.

Sang Teruna pun menyahut, “astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”.

Tuan Pendaftar berkata “Istighfar penuh la”.

Sang Teruna tidak menjawan tetapi tersenyum, dan hati kecil ketawa. Apa beza istighfar panjang dan pendek? Sang Teruna akur dengan perintah tuan Pendaftar.

Aku berpusing ke kiri untuk ijab dan qabul oleh bakal bapa mertua. Tuan Pendaftar melihat. Ayah Majid juga meminta aku bersyahadah dan beristighfar, aku menyahut.

Ayah menikahkan anaknya Nor Hafizah bersama aku, dan aku terus menyahut dengan hati penuh debar tetapi bibir sempat mengukir senyum kepada abah yang berada disamping aku.

Aku lafaz semula untuk kali pertama. Saksi pertama Wak Kamal kata sah, dan saksi kedua atok Johor, minta ulang sekali lagi. Aku serba salah. Rekod akan tercalar jika menjadi dua kali.
Aku tetap akur untuk melafaz untuk kali kedua. Sah? Ya kedua-dua saksi menjawab.

Alhamdulillah, satu bisikan suara kedengaran di telinga, Miqdad engkau telah bertambah tanggungjawab, jadi laksanakan tanggunjawab ini. AKu terkedu seketika.

Saat terindah dikisahkan, menjadi rujukan sepanjang masa. Buat Isteriku terima kasih kerana menjadi peneman hidup dikala susah dan senang bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kali kedua.

Friday, November 13, 2009

Keluarga al-Hafiz

Mengapa hati teringin untuk menghafal al-Quran. Ini satu perkongsian pengalaman yang dilalui oleh seorang selebriti tanah air.

Boleh ikuti kisah dan pengalamannya di sini. Asni pernah mahu jadi doktor.

Beliau mempunyai kisah yang menarik. Saya juga ingin anakda menghafal al-Quran. Inilah impian yang senantiasa didoakan.

Wednesday, October 14, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Ramadhan

Bulan Ramadhan banyak meniggalkan kenangan manis kepada setiap insan. Saya terkenang dua kenangan manis ketika ini kerana sebenarnya banyak jika hendak dicoretkan di sini.

Pertama: Pada 15 Ramadhan 1428 Hijrah, dua tahun dahulu buat pertama kalinya menjejaki rumah Nor Hafizah. Semasa masih belum bertunang tapi dalam keadaan berkenalan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 dan Ramadhan 1428 Hijrah. Bertolak dari Perlis menaiki bas Tranasional tiba di Buterworth jam 3 petang.

Pertama kali tiba di Bukit Gedung, jantung tiba-tiba berdebar. Sebelum ini tidak pernah berdebar sebegini rupa. Jejak kaki di rumahnya setelah pintu terbuka dengan sendirinya. Jantung berdegup kencang.

Masuk dalam rumah, duduk seketika atas sofa, cara untuk hilangkan debar minta izin pergi ke tandas. Selamat rasa seketika. Selamat selepas itu, bersembang dan tunggu untuk berbuka puasa.

Kedua: Tanggal 18 Ramadhan 1429 Hijrah mendapat gelaran baru tidak sampai setahun perkahwinan. 4.30 pagi di hospital Pulau Pinang Nor Rahadatul 'Aish dilahirkan. Gelaran Ibu untuk Nor Hafizah. Terima kasih tahniah buat isteri Nor Hafizah dengan gelaran baru ini.

Anakda sudah setahun mengikut kalender Hijri. Setiap kemajuan dan perubahan walid menantikan penuh sabar. Dari meniarap, merangkak dan 10 bulan berjalan. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.

Selamat Hari Lahir Nor Rahadatul 'Aish bt. Mohd Miqdad Aswad, BÉrakallÉhu FÊka.

Sunday, May 24, 2009

Blogawan-Blogawan

Kita adalah di antara blogawan-blogawan dari seluruh dunia. Ada satu perkara menarik yang inngin dikongsi bersama kalian. Kita mungkin dikalangan blogawan remaja, pemuda, dewasa dan mungkin tidak kita ini seorang yang berpangkat warga emas.

Saya senaraikan beberapa blogawan sama usia dengan datuk dan nenek kita.

Blog van Maria Amelia Lopez, 97, Spanje (†).

Blog van Mortart, 84, Amerika.

Twitter van Ivy Bean, 104, Engeland.

Blog van Olive Riley, 108, Australië (†).

Blog van Donald Crowdis, 95, Canada.

Thanks:http://internationmusing.blogspot.com/

Thursday, April 9, 2009

Surah al-Kahfi Surah Pengubat Hati

Surah ini selalu dibaca ketika hati berduka lara. seingat aku dari tahun 2002 lagi surah ini bukan sahaja dihafal malah perlu dibaca setiap pagi Jumaat. Surah kahfi surah yang paling aku minat. Jadi aku nak kongsi dengan rakan-rakan. Jika kita hendak ceria dan senang hati maka perlu kita amali surah ini setiap pagi Jumaat atau malam Jumaat.

Banyak hadis menerangkan mengenai surah ini, nanti akan ditulis semula mengenai kelebihan surah yang dianggap susah bagi sesetengah orang untuk membacanya.

Monday, February 23, 2009

Wujudkah Perbezaan?

Ini juga kisah yang menarik untuk dikongsi bersama kalian. Pagi tadi ada satu mesyuarat pelaksanaan sambutan selamat hari jadi Rasulullah. Aku bukan anti tetapi bertanya.

Ada seorang dikalangan ajk memberi cadangan supaya ketua selawat nanti mesti dikalangan orang Kelantan jangan beri kepada orang Kedah.

"Kenapa"? salah seorang ajk bertanya.

Kata ajk tadi "Orang Kedah selawatnya tidak sama seperti orang Kelantan", lagunya susah hendak diikut.

maka hasil daripada cadangannya, tukarla ketua selawat tadi daripada orang Kedah kepada orang Kelantan.

Aku terpikir, selawat orang Kelantan lagu mana? hah!

lucu!

Pelik Tetapi Benar

Satu perkara yang menarik akan tetapi pelik. Ini bukan perkara yang lawak atau suka-suka aku nak tulis tetapi ia kisah benar. Boleh kita fikirkan. Mukmin berdoa supaya Allah memelihara kemungkaran. Hah! aku baru dapat. Ada ke tak sebenarnya manusia jenis ini.

Saturday, August 23, 2008

Ade Perubahan

Dalam kehidupan ini sudah semestinya kita melalui perubahan. Perubahan yang dilalui secara sengaja atau tidak sengaja. Alhamdulillah banyak perubahan yang telah kita lalu.

Apa yang hendak dikongsi di sini bukanlah satu perkara untuk beratkan otak kita. Sahaja saya membawa satu perubahan yang telah saya lakukan iaitu sebelum ini apabila balik ke kampung iaitu Pulau Pinang saya mangambil masa lebih kurang empat jam. Selepas itu saya dapat kurangkan jadi 3 jam 45 minit. Setiap kali saya pulang ke kampung saya dapat buat rekod baru (bukan olimpik jer ade rekod), rekod peribadi iaitu 3 jam.

Memang rasa cepat sangat. Alhamdulillah saya dapat mempelajari beberapa skil terbaru dalam mengawal kereta. Pokoknya bila berada dalam keadaan laju jangan rasa gelebah. Relaks sahaja.

Entry bukan untuk kita berlumba tetapi moralnya ialah setiap kali saya memandu kereta pulang ke Penang, saya akan berusaha. Begitu juga sekiranya kita ingin mengharungi perubahan jangan kita tunggu dan lihat sahaja orang lain melakukan perubahan untuk kita tetapi kita yang perlu melakukan perubahan tersebut ke atas keadaan.

Ingat jangan biarkan kita dijadikan bahan untuk perubahan.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, May 27, 2008

Busuknya Hati

Busuknya hati adalah tajuk entry kali ini, bukan hendak marah kepada sesiapa tetapi ada cerita kurang enak daripada dugong-dugong di Shah Alam.

Sudahlah aku difitnah di Shah Alam, ada di Kelantan pun masih hendak buat lagi. Aparaa dugong ingat mati ke tidak ni. Dahla dari sudut pengurusan lembab cakap pulak terabur itupun jangan sibuk nak ceramah Islam Hadhari, kalaulah cara dugong begitu maka patut diperslahkan mengapa masyarakat masih lagi tidak faham Islam Hadhari.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, May 21, 2008

Sudah Pergi....

Pada tanggal 23 April 2008, pada jam 8 malam telah prgi seorang insan yang amat ku sayangi. Sedih yang teramat sangat ku alami. Hanya pada hari ini aku mampu untuk mencoret sedikit walaupun setelah lama aku inginkan.

Setiap kali pulang ke kampung Bangsal Lebah, aku teringat sangat dengan Tok Wan aku, setiap kali kenangan datang melingkari ingatan aku. Bila setiap kali berbicara mengenai Tok Wan, air mata denga lajunya turun membasahi pipi. Apa kan daya...aku rindu sangat dengan Tok Wan.

Perasaan ku teramat sukar untuk mengawal hati ku ini. Tok Wan pernah bertanya kepada sepupu bila aku hendak balik, sepatutunya aku balik terus, tetapi aku berjanji akan pulang hujung minggu. Memang aku pulang dengan meratapi jenazah Tok Wan.

Itulah satu perkara yang tak akan aku lupa, setiapa kehendak orang tua mestilah didahulukan.

Al-fatihah untuk Tok Wan dan Tok.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, April 15, 2008

Sabar?

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Seperti mana perkara yang terjadi, perkara yang amat kutakuti terjadi juga kepada diri aku hari ini. Mengapa aku perlu melalui perkara sebegini.

Thursday, September 20, 2007

Shah Alam, Puncak Perdana

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pihak JPPIH Pusat Islam UiTM Kelantan telah menganjurkan satu lawatan amal ke Shah Alam dengan membuat lawatan ke rumah anak Yatim Aman di syeksen 5.

Saya ditugaskan mengiringi para pelajar dalam lawatan yang mengambil masa selama tiga hari dua malam. Kami menginap di UiTM Puncak Perdana Shah Alam tempat lama Saya bertugas dulu. Segala kenangan datang kembali setelah bertemu dengan jiran-jiran yang sangat mengambil berat terhadap diri hamba ini. Tak mengapa, mungkin ini satu ujian yang pasti aku jalani, seperti mana aku kenali mereka pada awal perkenalan dahulu.

Pada masa yang sama, satu perkara telah menimpa keluarga En. Zaidi, di mana keretanya remuk dihempap pokok-pokok yang tumbang akibat daipada ribut yang melanda pada hari Jumaat. Tempat kejadian ialah di perkarang tempat letak kereta kawasan arkib UiTM Shah Alam. Alhamdulillah Puan Zulfa selamat.

Puncak Perdana, dalam kenangan...pahit dan manis dalam ingatan.

Tuesday, July 17, 2007

Durian Oh Durian.....

Kisah durian ini adalah kali pertama terjadi di dalam hidup, bukan saya hendak ceritakan kelazatan buah durian di negeri Cik Siti Wan Kembang ini tetapi leih kepada bahasa yang di gunakan. Kejadian ini menunjukkan bahawa loghat sesuatu kawasan atau negeri di Malaysia ini adalah satu kelebihan ataupun satu bonus kepada rakyat di Malaysia ini.

Ketika dalam perjalanan pulang bersama Tok Janggut daripada Kota Bharu kami telah singgah di tepi jalan dan membeli lima biji durian pada masa yang sama Arif Syafarin sahabat di KIAS telah memberikan kami lagi dua biji durian ini menjadikan tujuh biji. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan sekatan pagawai KASTAM Di Raja yang menjalankan tugas.

Setiap kenderaan yang menggunakan jalan highway Kota Bharu-Machang akan ditahan untuk soal siasat. Sampai giliran kami pegawai itu bertanya.

Aku: Assalamualaikum Tuan.
Pegawai Kastam: Waalaikumussalam. Encik ada apa dalam bonet kerete?
Aku: Ada durian. (dalam loghat utara dipanggil der'ian)
Pegawai Kastam: Apa Encik?
Aku: D-U-R-I-A-N.
Pgawai Kastam: Oh yeke, ingatkan apa tadi. Rupa-rupanya beliau tidak faham apa yang saya cakap sebab loghat saya terlalu tebal. hehe...nasibla aku dok kelantan ni..

Kesian Tok Janggut terpaksa menjadi juru bahasa aku kat Kota Bharu.

Tok Janggut

Sudah tiga hari saya tidak menulis di dalam blog sendiri kerana di atas kesibukan yang 'melanda' pada seorang imam yang bertugas mengimamkan lima waktu sambil menguruskan pejabat. Beginilah kehidupan seorang imam.

Apa yang hendak saya perkatakan pada entry kali ini adalah berkaiatan dengan seorang sahabat yang telah menziarahi saya pada hari Jumaat lalu iaitu saudara Khairi Yusof atau lebih dikenali di Darul Quran dengan panggilan Tok Janggut. Apakah signifikan nama samaran yang telah diberikan kepada beliau. Mungkin para pembaca bertanya adakah beliau seorang cucu cicik Tok Janggut pahlawan atau pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Pada persepsi mungkin tidak.

Sebenarnya nama samaran dipanggil kerana dikalangan para hafiz pada masa itu dan kini pun beliaulah yang mempunyai janggut paling pangjang seperti orangnya yang tinggi dan ronjong di daalam loghat utara.

Kami sudah lama tidak berjumpa dan banyak perkara telah diperbincangkan mengenai masa depan, pemikiran para hafiz, perubahan yang telah dilakukan terhadap diri sendiri, dan perkara-perkara yang berasangkut dengan nature orghe kelate sendiri.

Alhamdulillah sepangjang beliau berada di sini telah mengungkit kembali zaman belajar di Darul Quran sesi 2002-2005 cukup manis bila dikenang.

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin ya rabbal alamin.