Pada kali ini, aku tak boleh balik kampung tengok Isteri cuti merdeka kali ini. Sedihnya aku
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Wednesday, August 27, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Juara Nasyid UiTM Kelantan 2008
Pertandingan nasyid antara IPTA/IPTS Kelantan telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada 23 Ogos 2008. UiTM Kelantan telah mengungguli pertandingan tersebut.
Tahniah UiTM Kelantan, Insya Allah, kumpulan akan terus diberi kepercayaan untuk mewakili UiTM Kelantan.
Sasaran seterusnya ialah untuk pertandingan peringkat UiTM Malaysia pada tahun hadapan. Sudah pasti pertandingan ini akan mendapat saingan yang hebat.
Berusaha serta bertawakkal adalah kunci utama kejayaan nasyid ini. Tahniah anak muda.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
1511 Adakah Akan Berulang?
Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember 1515) adalah seorang jeneral tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengasaskan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.
Di lahirkan di Alhandra, berhampiran dengan Lisbon, Portugal, Albuquerque pernah dikenali sebagai "Yang Agung", serta "Marikh Portugis" buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonçalo de Albuquerque, Herr von Vila Verde dos Francos, memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah.
Albuquerque menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Afonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau kelihatan telah berkhidmat di Afrika buat satu tempoh. Pada kepulangannya, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II.
Di atas adalah sejarah Kota Melaka tumbang ke tangan Portugis. Artikel ini saya petik daripada Wikipedia. Adakah apa yang terjadi pada hari itu akan berulang pada hari ini.
Marilah sama-sama kita mempelajari dan menginsafi diri. Kebanyakan perkara yang terjadi pada suatu ketika dahulu sudah terjadi pada zaman ini.

Monday, August 25, 2008
Satu Perpindahan
Pada jam 8.50 pagi, aku terus pergi mengambil surat di dalam kotak pentadbiran. Aku seperti biasa melihat dan meniti setiap surat yang berada di dalam kotak. Tiba-tiba aku seperti mengetahui tulisan tangan surat ini, baru ku sedari bahawa insan yang dirindui setiap saat menghantar kepada ku.
Aku terus balik ke pejabat, tidak sabar untuk ku membaca surat ini, memang dia sentiasa mengingati ku, aku makin sedar akan cintanya terhadap aku. Terus ku baca bisiskan hatinya kepada ku. Alangkah indahnya hidup ini.
Aku terus membaca dan menghayati setiap bait setiap rangkap.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Aku terus balik ke pejabat, tidak sabar untuk ku membaca surat ini, memang dia sentiasa mengingati ku, aku makin sedar akan cintanya terhadap aku. Terus ku baca bisiskan hatinya kepada ku. Alangkah indahnya hidup ini.
Aku terus membaca dan menghayati setiap bait setiap rangkap.
Di antara ruang-ruang waktu,
ingin kurangkaikan debungan rindu,
khas buat dirimu yang satu,
sempena meraikan hari bahagia buatmu,
Biarlah kerinduan menjadi saksi,
kenangan dan ingatan padamu tetap,
subur mengharum di hati,
Sempena meraikan hari lahirmu
kutadahkan tangan mengharapkan restu
moga impian nan suci akan terkabul
dan kesejahteraan menjadi teman setiamu
Aku sedar aku makin dimamah usia, tapi adakah aku masih tidak sedar secara hakiki. Adakah amalan ku makin bertambah. Ya Allah rahmatilah umurku.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Saturday, August 23, 2008
Elaan 2005
Ini adalah filem Hindustan yang baru sahaja menontonnya pada hari Jumaat baru ini. Satu filem yang bagus dari sudut mencipta karekternya dan jalan ceritanya. Beberapa kesimpulan dari diambil dari filem ini, kita dapat lihat keutamaan terhadap persahabat mengatasi lain-lain perkara. Keduanya pengorbanan rakan-rakannya dalam meneruskan misi untuk menangkap penjenayah (lakonan Mithun) yang paling dikehendaki oleh polis India dan 5 negara yang lain.
Imej penjenayah memang berkesan yang dilakonkan oleh Mithun, dahulunya merupakan hero filem Hindustan. Beliau cuba membawa watak baru baginya. Satu percubaan yang baik.
Senarai pelakon yang hebat, jadi saya cadangkan anda semua untuk menonton filem ini:
Rahul Khanna
Karan 'Bunty' K. Shah
Arjun Rampal
Ex-Police Inspector Arjun Srivastav
Amisha Patel
.
Priya
John Abraham
...
Abhimanyu
Lara Dutta
Sonia
Chunky Pandey
Salim
G. Asrani
Kishorilal
Milind Gunaji
Aftab Sikander
Ritu Shivpuri
Anjali K. Shah
Avtar Gill
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.
Adakah Anda Bahagia?
.jpg)
Gambar Hiasan
Ini merupakan pasangan bahagia dari Istanbul. Suaminya warga negara Turkey tetapi berbangsa Kurdish. Manakala Isterinya warga negara Turkey dan bangsa Turkish.Alhamdulillha, kelihatannya begitu bahagia. adakah kita juga inginkan kebahagian seperti mereka?
iniBersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil
Subscribe to:
Posts (Atom)