Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

I Love You Forever


Apa hendak dikata,
jika sayang menjadi pertaruhan,
nyawa tiada tandingan,

Apa boleh dilakukan,
biarpun tubuh badan hancur,
sayang tetap diingati,

Apa yang penting,
penting mu,
amat penting buatku,


Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Lahir Afiat !

Mohd Afiat Dhiyaulhaq Ahmad merupakan anak kedua daripada pasangan Ahmad dan Buni. Beliau seorang yang agak teliti dari pelbagai segi antaranya pakaian, makanan, ibadat dan lain-lain lagi. Kebanyakan pakaiannya bewarna merah, putih dan berseluar jeans atau Dockers.

Hari ini adalah hari lahir beliau yang ke-24 hanya mempunyai perbezaan 1 tahun dengan abangnya yang juga mempunya minat yang sama iaitu suka bola sepak. Kami bersekolah rendah yang sama dan mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Beliau bermain di bahagian serangan dan abangnya menjaga di kawasan tengah sebelah kiri atau sayap.

Masih kuingati, pda tahun 1995, kami bersama rakan-rakan sinior membawa perubahan untuk Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar dengan mendapat tempat ketiga. Pada tahun berikutnya 1996, kami sekali lagi lagi berjaya meningkat lagi ke tempat kedua dan pada tahun 1997 beliau bersama-sama rakan-rakannya dapt membawa kejayaan untuk sekolah dengan mengungguli kejuaraan pada tahun itu.

Kami berdua ada keserasian tapi bezanya saya kesekolah agama dan beliau ke sekolah program sukan. Semasa kami bersekolah rendah, bermain bersama rakan-rakan di Taman Seriab, Kangar. Kami selalu dipisahkan untuk mengimbangi pasukan supaya sama kuat dan sama gagah. Akibat daripada itu, kami seringkali bertelagah dan bergaduh sesama sendiri. Ini kerana semangat yang ada pada diri kami yang senantiasa inginkan kemenangan.

Pasukan bola yang diminati juga sama iaitu Manchester United. Kami berdua meminati pasukan ini sejak pada tahun 1990 lagi. Masih ingat, pemain idamannya adalah Eric Cantona dan aku meminati Ryan Giggs. Kami beberapa kali mendesak abah untuk membeli jersey tapi tidak diizinkan emak dan akhirnya abah menuruti jua hasrat dan minat kami untuk memiliki jersey Red Devil tersebut dengan satu perjanjian, kami perlu belajar bersungguh.Abah bukan seorang peminat Red Devil tetapi pasukan pilihannya ialah Newcastle United dan pemainnya ialah Kevin Keegan.

Di sini masih kuingati pada tahun 1995, kami berdua disunatkan pada tahun cuti sekolah, abah menyembelih seekor lembu pada ketika itu untuk meraikan kami berdua yang akan meningkat ke usia dewasa. Pada masa itu, jarang sekali masyarakat kampung Bangsal Lebah membuat kenduri sunat dengan menyembelih lembu dan abah sanggup membeli seekor lembu. Kenduri dibuat di rumah Wan Lah. Hasil daripada sedekah masyarakat dan rakan-rakan abah kami menyimpan wang ini di Tabung Haji.

Pada hari ketiga bersunat, abah membawa kami ke stadium utama kangar untuk menonton perlawanan antara Perlis dan Kedah yang kesudahannya Perlis tewas 5-4. Semasa itu kami berdua berjalan keluar hanya dengan memakai seluar pendek kerana masih belum sembuh sepenuhnya.

Banyak perkara yang kami lakukan bersama, bezanya beliau seorang yang agak pemalu dan abangnya telalu excited dalam beberapa hal. Beliau berjaya dalam bola sepak dan saya menceburi bidang lain seperti syarahan, pidato, forum, debat, hafazan dan tilawah disamping bermain bola sepak.

Mohd Afiat Dhiyaulhaq nama diberi semperna seorang presiden Pakistan semasa itu. Selamat Maulid ya Akhi habibi.

Thursday, October 1, 2009

Teman Baru

  1. Satu kejutan yang dirancang oleh bapa saudara Pakteh bersama isterinya Makteh Sharina memang betul-betul terjadi. Perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan Tok Cah dan Tok Wan.
  2. Katanya Pakteh hendak balik beraya pada hari raya tahun ini bersama Makteh, tetapi kunjungan mereka tidak tiba sehinggakan saudara mara pulang ke kota.
  3. Rupa-rupanya Makteh telah selamat melahirkan anaknya yang pertama yang diberi nama Zahra.
  4. Tarikh jangkaan ialah pada bulan november tetapi kerana kepenatan dan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan kelahiran anak lebih awal daripada jangkaan.
  5. Saudara mara tidak mengetahui Makteh telah mengandung kerana masih lagi belajar di Moscow dalam bidang perubatan. Katanya hendak habiskan dahulu pengajian.
  6. Perjalanan jauh dari Moscow pada 29 Ramadhan dan melahirkan anak pada 2 Syawal.
  7. Tambah seorang lagi sepupu dalam keluarga Tok Cah dan Wan Safar.
  8. Semua bapa saudara sudah ada anak masing dan Pakteh yang terakhir.
  9. Selamat datang Zahra Idris dalam keluarga kami.

Thursday, August 13, 2009

yes, i do



" When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew "

Wednesday, August 12, 2009

Tahniah Abg Fizz (Wak Fizz & Wak Izza)

Tahniah buat Abg Ipar dengan kehadiran cahaya mata yang pertama. Cahaya mata penyejuk hati Abg Fiz dan Kak Long Izza dapat seorang putri. Tahniah di atas kurniaan rezeki ini.

Nama tajuk di atas mungkin nampak pelik, tetapi tidak pelik kerana tuan punya blog berkahwin dengan orang jawa. After mangan Turu. Betul kot.

Friday, August 7, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang



Selamat Hari Lahir yang ke-24 Sayang. Abg doakan Dinda sihat selalu dan berada dalam kerahmatan Illahi hendaknya. Umur panjang ada keberkatan, lapang rezeki ada keberkatan. Kesemuanya perlukan rahmat dan redha Allah.

Seminggu sebelum menyambut hari lahir ibunya, 'Aish sudah dapat berjalan dengan lebih banyak. Sebelum walidnya terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan cepat.

Hari ini, mulut walidnya asyik memekik dari jauh, 'Aish jangan panjat ! sebab walidnya asyik membaca tiba-tiba terkejut. Walid faham 'Aish ajak walid berjalan tetapi sekarang musim yang tidak mengizinkan sayang, musim penyakit bertebaran. Nanti bulan puasa kita jalan-jalan balik kampung.

Monday, June 1, 2009

Walid, Ibu & 'Aish

'Aish & Ibu Fizah


'Aish & Tok Safiah,
Maksu Nor, Pakcik Hakim, Mak Ngah Miza (Pengantin Baru)



Hero & Heroin
(Perlis vs Penang)
Di atas permintaan Mak Su dan Pak Nep yang berjauhan di New Zealand. Saya masukan beberapa gambar terkini untuk tatapan mak saudara ambo.

Wednesday, December 31, 2008

Satu Perubahan

'Aish bersama ibunya



Aku berazam pada tahun 2009 ini akan lebih motivasi. Ya kerana MA dalam pembikinan kalau malas macam mana nak siapkan?




Ya anakda sudah ada perubahan, sudah boleh meniarap. Walid juga akan berusaha.



Kisah 2008

Aku ada beberapa kisah yang menarik dan menggembirakan di antaranya ialah:

1. Aku dikurniakan seorang srikandi Nor Rahadatul 'Aish. Pertama kali mengendong anak dan mengazankan dalam keadaan matanya melihat aku. Argh aku jatuh cinta.

2. Aku Dapat pergi ke Istanbul bersama para pelajar. Satu pengalaman ke tempat yang ingin aku pergi lagi satu hari nanti. Aku berazam.

3. Adikku Mohd Afiat Dhiyaulhaq bertunang dengan gadis pilihannya iaitu dari Pulau Pinang. Hehe sama macam abgnya cuma dia lebih kacak daripada aku.

4. Isteriku dapat penempatan guru di Kelantan, alhamdulillah berada berdekatan dengan suaminya hampir 7 bulan berjauhan.

5. Aku buat satu lagi lawatan akademik ke Karimun, Riau Indonesia, walaupun dalam keadaan penuh kontroversi. Yer aku malas pergi kerana tiada pelajar yang dapat mengikuti lawatan kali ini.

6. Aku mempunyai banyak tempat berdiskusi dan berwacana. Aku beruntung kerana dikelilingi oleh saudara mara yang bijak pandai seperti ayahku yang sentiasa berbicara mengenai rahsia Ihya Ulumuddin, Ayah mertua dalam bidang seni bina, Pakcik Alwi dengan sejarahnya, Pakcik Hisyam tempat sumber rujukan aku dalam bidang agama dan tidak lupa kepada abg iparku sekarang berada di USA. Aku kagum dengannya kerana dalam umurnya sebegitu muda belajar PHd, aku jadikan dia sebagai contoh. Ya aku dikelilingi oleh insan yang hebat.

Suka & Duka

Sudah lama tidak "memelihara" blog ini, mungkin disebabkan beberapa faktor yang perlu diberi lebih perhatian.

Hari ini baru terasa hendak menulis kerana ingin merasai semula nikmat menulis ini. Ada dua perkara yang berlaku satu duka dan satu lagi suka.

Awal pagi pada jam 8 pagi lebih kurang, aku menerima panggilan daripada Dhiyaulhaq (adikku) mengenai satu surat jawapan permohonan aku yang baru sampai di rumah. Katanya dukacita. Ok aku tidaklah terkejut sangat tetapi ada sedikit kekecewaan dalam hati.

Namun petang semalam, aku ceritakan kepada isteri di rumah mengenai surat itu dan katanya mungkin akan dapat lebih baik daripada yang ini. ok aku terima. Isteriku memang seorang yang cepat tangkap apa yang bermain difikiran aku ketika itu, tidak lama dia dapat menenangkan aku (cepat kelam kabut). Itulah kelebihan isteriku.

Pada masa aku berbual dengan isteriku, anakku sudah melakukan satu perubahan iaitu meniarap. Inilah pengubat aku. Semalam adalah kali pertama dia dapat meniarap dengan sendirinya. Alhamdulillah dalam usia 3 bulan 12 hari.

Pening kepala dalam seminggu dua ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran aku dan pada masa yang sama sukarnya hendak mencari pengasuh disekitar machang ini. Alhamdulillah semua masalah ini dapat diselesaikan, saya banyak-banyak terima kasih kepada Teacher Nik Ishah dan Kak Dah kerana sudi menjadi pengasuh anakda.

Hampir kesemuanya sudah selesai. Alhamdulillah.

Sunday, December 14, 2008

l Love You...

Ini adalah sebuah lagu kegemaran antara aku dan kekasih hati. Lagu inilah memberi kenangan kepada aku dan isteriku.

1 Tahun Begelar Suami

Hari ini, 14 Disember 2008 genap satu tahun sudah bergelar suami kepada Nor Hafizah Ab. Majid. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang srikandi sudah berumur 3 bulan menambahkan kenikmatan dalam rumahtangga.

Menyorot kembali sejarah pertemuan pertama dengan kekasih hati, ketika itu aku baru sahaja tamat belajar di Darul Quran Jakim dan aku dipertemukan dengan kekasih masih belaja di UPM. Sudah tentu aku gembira aku dapat bertemu sekali semasa menghadiri peperiksaan MUET. Pada masa yang sama aku menghadiri satu expo akademik di UPM. Kesemuanya terimbau kenangan ini di hadapan mata senyuman dan tawa riangnya.

Aku mengambil masa tidak lama untuk bertunang dan seterusnya berkahwin. Terima kasih untuk menjadi permaisuri hati ku.

Wednesday, November 12, 2008

Kelam Kelibut

Bermula minggu ini berada dalam keadaan yang amat sibuk.

10 Nov 08
Menghantar isteri ke Kota Bharu di Hotel Sutera Inn kerana ada taklimat penempatan guru. Awal pagi menghantar rumah pengasuh. Alhamdulillah ada keluarga En. Pani iaitu rakan sekerja UiTM. al- Maklumlah aku bukan berasal Kelantan jadi tiada saudara mara di sini.


11 Nov 08
Keputusan semalam ialah isteri ditempatkan di sekolah Ayer Lanas Jeli 52 km dari Machang. Jauh? memang jauh. Hari ini juga perlu daftarkan diri. Keluar awal pagi jam 6.30 hantar anak kepada pengasuh. Janji dahulu hanya sehari tetapi akhirnya sebulan. Aku banyak-banyak bersyukur kepada Allah kerana ada rakan yang sudi membantu ketika dalam keadaan terdesak sebegini.

12 Nov 08
Hari ini hari ke dua isteri mengajar, syukur lagi kerana ada guru-guru dari Machang yang dapat pergi bersama ke sekolah yang sama. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala perancangan yang tidak dijangka.

Aku pulak perlu selesaikan bab yang pertama untuk tesis master. Bila membaca buku? sambil-sambil ayunkan buai anak.

Bila bangun pagi tengok muka anak, alahai kesiannya pagi-pagi dah bangun ikut ibu pergi kerja.

Ya Allah permudahkan segala urusan hamba-Mu ini.

Tuesday, October 28, 2008

Satu Pengalaman

Bertahnik

Srikandi

Ini satu pengalaman yang menarik untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Pengalamannya ialah mentahnik atau belah mulut mengikut bahasa orang utara. Pengalaman yang memberikan kesedaran dan pada masa yang sama keseronokan mendapat cahaya mata.


Saya melakukan amalan tahnik ini sudah beberapa kali bermulanya pada masa persekolahan mentahnik cucu pengetua sekolah. Itu pengalaman yang pertama. Akan tetapi untuk anak sendiri ini, saya telah melakukannya 2 kali iaitu selepas dilahirkan iaitu sebelum anak menyusu dan kali ke dua ialah di rumah yang dimulakan oleh Mak Bidan Tok Teh.


Tahnik pertama dilakukan selepas mengazan dan mengiqamahkan anak seterusnya tahnik dengan kurma dan air zam-zam. Kali ke dua buat di rumah dengan kurma dan air zam-zam juga menggunakan cincin emas. Pada masa merasakan air zam-zam kita perlu berniat dan berhajat anak ini menjadi solehah.


Pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Tuesday, October 7, 2008

Cahaya Mata



Assalamualaikum, Saat yang dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Anak merupakan kurnian Allah s.w.t.

Ada berapa ketika yang menjadi ingatan ketika menunggu saat kelahiran anak yang pertama.

Hari Rabu 17 September 08

  1. Pada jam 11 pagi isteri masuk wad kerana telah ada sedikit pendarahan sebagai tanda kelahiran.
  2. Saya bergegas balik dari Kelantan, alhamdulillah sampai dalam masa 3 jam.
  3. Pada jam 2 pagi masuk ke bilik bersalin dan saya menunggu disebelah isteri. Satu pengalaman yang seronok dan memberi keinsafan melihat saat kelahiran.
  4. Pada jam 4.10 pagi 18 September 2008, Alhamdulillah isteri selamat melahirkan seorang anak perempuan.

Saya mengucapkan sebanyak-banyak kesyukuran kerana isteri dan anak berada dalam keadaan selamat.

Seterusnya diazankan, diiqamahkan dan tahniq anak dengan air Zamzam sebelum diberikan susu ibu.

Permata hati kami ini diberi nama Nor Rahadatul 'Aish Mohd Miqdad Aswad.

Tuesday, September 9, 2008

Tak Sabar?

Bakal ibu

Perkahwinan aku dilangsungkan pada 14-12-07, hari Jumaat. Alhamdulillah saat yang indah. Dahulu gembira kerana tidak sabar untuk menanti saat-saat ingin disatukan tapi kali ini saat untuk menjadi seorang walid.

Ya, memang aku tidak sabar unutk menanti saat ini, satu penantian yang dirasakan lama. Aku ingat minggu lepas (1 September 08) sudah bergelar walid. Aku setia menunngu saat ini. Aku beranggapan inilah saat yang dinantikan oleh setiap pasangan. Insyaallah aku mohon doa kepada Allah supaya memudahkan segala urusan hambanya.

Terima kasih.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, August 27, 2008

Kali Ini

Pada kali ini, aku tak boleh balik kampung tengok Isteri cuti merdeka kali ini. Sedihnya aku

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, August 25, 2008

Satu Perpindahan



Pada jam 8.50 pagi, aku terus pergi mengambil surat di dalam kotak pentadbiran. Aku seperti biasa melihat dan meniti setiap surat yang berada di dalam kotak. Tiba-tiba aku seperti mengetahui tulisan tangan surat ini, baru ku sedari bahawa insan yang dirindui setiap saat menghantar kepada ku.

Aku terus balik ke pejabat, tidak sabar untuk ku membaca surat ini, memang dia sentiasa mengingati ku, aku makin sedar akan cintanya terhadap aku. Terus ku baca bisiskan hatinya kepada ku. Alangkah indahnya hidup ini.

Aku terus membaca dan menghayati setiap bait setiap rangkap.


Di antara ruang-ruang waktu,

ingin kurangkaikan debungan rindu,

khas buat dirimu yang satu,

sempena meraikan hari bahagia buatmu,

Biarlah kerinduan menjadi saksi,

kenangan dan ingatan padamu tetap,

subur mengharum di hati,

Sempena meraikan hari lahirmu

kutadahkan tangan mengharapkan restu

moga impian nan suci akan terkabul

dan kesejahteraan menjadi teman setiamu


Aku sedar aku makin dimamah usia, tapi adakah aku masih tidak sedar secara hakiki. Adakah amalan ku makin bertambah. Ya Allah rahmatilah umurku.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, August 11, 2008

I love You So Much



Terimalah puisi ini untuk insan yang disayangi...



Sometimes I wake up
in the middle of the night
shivering from fright
feeling empty
feeling nothing
because I think about
how it would be
if you weren't here
And then I wonder
if you really know
how very much
you mean to me
how incredible
I think you are
how you are
a part of all my emotions
how you are
the deepest meaning in my life
Please always know
that I love you
more than anything else
in the world


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.