Monday, May 21, 2012

Aliran Politik Orang Muda

Dewasa ini, pemikiran politik dikalangan orang muda di Negara ini semakin hari semakin berkembang. Perkembangan ini mulai menampkan kematangan para belia dalam memikirkan keperluan politik dalam kehidupan. 

Dalam senarai analisa secara rambang kita dapati pecahan kepada pemikiran politik orang muda terbahagi kepada beberapa aliran iaitu:

1. Aliran Deras. Golongan ini merupakan golongan yang sentiasa merasai diri mereka adalah sebahagian dari perubahan politik dalam Negara. Mereka ingin muncul dan dikatakan sebagai sebahagian dalam sejarah membentuk Negara demokrasi baru. Kumpulan ini jelas akan menggunakan apa sahaja jalan untuk menunjukkan sokongan dan bantahan secara deras atau diertikan sebagai kelompok muda yang mempunyai semangat yang membara dalam membawa arus politik lebih baik dari semasa ke semasa.

2. Aliran pertengahan. Golongan ini lebih kelihatan dari kalangan para mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti yang sederhana seperti sentiasa berwacana dan berdiskusi. Boleh dikatakan dikalangan mereka juga menolak perhimpunan awan atau demontrasi jalanan. Walaupun demontrasi jalanan itu mempunyai hak untuk dilaksanakan secara aman. Kumpulan ini tidak seagresif kumpulan pertama. Namun kumpulan ini juga mempunyai ketua dan pimpinan yang saya kira sebagai ulat buku sahaja. 

3. Aliran bawah. Aliran ini jelas kelihatan dikalangan mereka yang tidak ambil peduli mengenai politik dalam Negara. Mereka hanya menyibukkan diri dengan hal yang berbentuk individu sahaja. Kebanyakan mereka ini selepas tamat belajar, bekerja dan mereka inilah kelompok oportunis yang sentiasa mencari peluang untuk membodek sana sini. Seharusnya kelompok ini hanyalah semasa di universiti tidak pernah terlibat dalam aktiviti kampus bahkan sentiasa mementingkan diri sendiri. Setelah mereka bekerja mereka inilah yang akan menjadi alat dan hamba kepada sesiapa sahaja. Disebabkan mereka hanya mementingkan perut masing-masing. Apa yang mereka fikirkan adalah gaji, kenaikan pangkat dan menaikkan nama.

Oleh demikian, golongan ketiga inilah yang paling berbahaya, kerana mereka kekurangan alat untuk menganalisis berita-berita mahupun peluang-peluang yang terhidang. Golongan ketiga ini jugalah kebanyakan mereka menjadi sebahagian kakitangan kita.

Monday, May 14, 2012

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Hari semalam telah diadakan satu syarahan perdana yang disampaikan oleh mantan Ketua Polis Negara. Syarahan semalam berkaitan dengan kemakmuran masyarakat Malaysia. Satu tajuk untuk mewujudkan rasa keyakinan dan kepercayaan untuk melahirkan daan mengekalkan kemakmuran negara. Tajuk ini amat penting dan seharusnya difikir untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah negara kita sebagai penyumbang ke arah pembentukan negara yang lebih baik.

Namun demikian, terdapat fakta-fakta baru yang diperolehi daripada beliau. Sudah tentu maklumat itu terdapat pada beliau kerana beliau seorang anggota polis dan mantan ketua Polis. Sudah tentu maklumat itu berada dalam lingkungan beliau. 

Rumusan daripada syarahan semalan ialah:

  1. Kestabilan politik menjamin kemakmuran negara yang berbilang kaum.
  2. Beliau menceritakan mengenai sejarah 13 Mei, supaya sejarah itu tidak berulang. 
  3. Beliau turut juga merasa kekesalan di atas beberapa pindaan undang-undang seperti ISA dan perhimpunan awam.
  4. Negara selamat tanpa rasuah dan beliau amat menekankan intergriti dalam pentadbiran negara.
Sebenarnya banyak lagi yang diungkapkan, sudah pasti soalan-soalan panas mengenai mantan Timbalan Perdana Menteri juga dipersoalkan.


Tuesday, November 15, 2011

LGBT: Bantahan dan Sokongan

Satu isu yang hangat diperkatakan sebelum ini, telah melibatkan beberapa pihak tampil menyatakan sokongan dan bantahan. Beberapa analisa dapat dilakukan berdasarkan laporan-laporan di dada akhbar milik kerajaan mahupun milik pembangkang.

Gologan yang memberi bantahan boleh diringkaskan dengan golongan yang tampil dengan cara dan kaedah yang berbeza.

  1. Golongan yang menentang secara keras. Golongan ini menampakkan kekuatan mereka dengan mengeluarkan beberapa kenyatan dan pandangan yang keras bunyinya. Namun tindakan mereka itu mempunyai nilai baik dan nilai buruk kepada pendokong dan pembangkan kumpulan ini. Kumpulan ini membuat bantahan sehinggakan melaporkan isu ini kepada anggota polis.
  2. Kumpulan yang kedua, mereka yang membantah secara ilmiah dengan menampakkan keterbukaan dan diplomasi yang tinggi. Pada kumpulan ini juga terdapat dua pecahan yang pertama menentang keras tetapi tidaklah sehingga melaporkan isu ini kepada polis. Bantahan mereka dapat dilihat melalui hasil penulisan tokoh-tokoh yang mereka sanjungi. Manakala pecahan yang kedua ialah mereka agak berlembut dengan golongan ini, tetapi pada masa yang sama mereka membantah, kaedahnya berbeza sahaja yang berbeza. Mereka lebih kepada keterbukaan dan perbincangan dengan pihak penganjur LBGT. Kaedah bantahan mereka sudah semestinya melalui forum atau diskusi yang melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu mencari titik persamaan dan menyelesaikan kecalaruan fikiran.
Seterusnya golongan penyokon sudah tentu golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia. mereka menganggap golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual in juga manusia dan mereka juga ada hak yang perlu dihormati.

Saya berpandangan isu ini, jika dikira dari sudut dakwah, para agamawan seharusnya memulakan langkah pertama dengan mengajak contohnya gay atau lesbian berdikusi. Mencari titik pertemuan dan persamaan, kemudian resapkan dengan hikmah agama. Tidak sewajarnya sekadar menghukum haram, tetapi proses tindakan sebelum menghukum itu lebih penting, itu dinamakan sebagai dakwah.

Kesimpulannya, golongan pertama yang membantah secara keras itu juga ada kebaikan, begitu juga dengan kumpulan yang lain. Kesemuanya terdapat kebaikan dan mempunyai tujuan yang baik iaitu mempertahankan kesucian agama. Berbezanya adalah kaedah yang berbeza atau diertikan sebagai "proses" untuk menuju matlamat yang satu.

Sunday, November 13, 2011

Satu

Assalamualaikum,

Saya kita sudah lama untuk tidak menulis di ruang blog ini. Suatu ketika dahulu, blog ini diwujudkan kerana meluahkan perasaan atau tekanan. Tiada perasaan gembira dan cemburu dapat mengambil tempat dalam ruang blog ini suatu ketika dahulu.

Tujuan menulis ini pelbagai, ada yang berkongi cerita hidup sendiri, keluarga, alam pekerjaan malah ada juga yang menulis perihal cinta dengan buah hati. Itu antara bloh-blog yang tajuknya ditulis dan diolah mengikut citra rasa sendiri.

Pada suatu masa, saya dapat hentikan penulisan mengenai perasaan ketidakpuashatian kepada seseorang individu, alhamdulillah. Namun tujuan blog ini ditulis selepas itu untuk berkongsi pelbagai berita berbentuk ilmiah sahaja, iaitu berdasarkan pemerhatian, penelitian, kajian dan hasilnya lontaran idea. Tapi rupa-rupanya penulisan ini perlukan momentum untuk menulis, tidak kira tajuk apa sekalipun.

Semoga entri akan menjadi KPI yang pertama.

Tuesday, April 12, 2011

Pelbagai cerita ragam manusia

Dalam benak pemikiran manusia mempunyai pelbagai idea atau apa yang difikirkan. Saya juga begitu mempunyai pelbagai perkara yang perlu difikirkan dan memberi keutamaan kepada setiap perkara yang difikirkan.

1) Isu keselamatan negara, bagaimana pada minggu ini digemparkan lagi dengan kematian seorang pegawai kastam yang mati di perkarangan bangunan SPRM. Satu isu perlu dititikberatkan oleh pihak bertanggungjawab. Perlu kepada ketelusan supaya dapat meayakinkan rakyat terhadap sistem sedia ada.

2) Politik di tanah air lain dari yang lain, mungkin saya tidak mengetahui akan politik di negara lain. Hasrat dan tujuan saya semoga tanah air dapat meneruskan asas demokrasi tulen yang mementingkan keadilan sebagai asas pemibinaan negara.

3) Masalah perkauman sering terjadi apabila pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan peribadi seperti kumpulan artikel 14. Sewaajarnya mereka menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan. Mereka memutar belitkan setiap kenyataan seperti apabila orang Melayu menyatakan hak, mereka mengatakan Melayu itu rasis, tetapi berlaku sebaliknya apabila golongan minoriti menyatakan pandangan dan permohonan, mereka katakan itu adalah hak mereka.

4) Satu pandangan untuk novel Interlok, bukankan perkataan "paria" itu berada dalam masyarakat mereka? Tidak perli diubah dan dirombak, sewajrnya novel ini perlu diseminar atau dibahaskan oleh kedua-dua pihak untuk menjernihkan keadaan. Sedangkan novel ini berada sudah lama dalam perpustakaan kita.

Tidak berfikir tiada kesudahan, tetapi bila difikirkan sesak nafas dibuatnya.

Saturday, January 29, 2011

Melayu

Penulis pernah mendengar satu ceramah agama daripada al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad pernah menyatakan bahawa nasib Melayu di Malaysia akan menjadi seperti nasib rakyat Palestin.

Pada awalnya penulis menganggap ini sebagai satu kenyataan tanpa sandaran, akan tetapi apabila beliau menceritakan dengan lebih lanjut mengenai sejarah rakyat Palestin pada suatu ketika dahulu mereka memiliki tanah yang banyak tetapi pada hari mereka terpaksa merintih di tanah air sendiri akibat dari beberapa faktor yang menyokong ke arah penjarahan Yahudi laknat itu.

1. Faktor kekuasaan atau pemerintahan pada ketika itu, iaitu pada awalnya Palestin berada di bawah pemerintahan Utmaniyah namun akibat daripada kegilaan kuasa oleh golongan arab mereka sanggup memberi tanah Palestin kepada British. Jadi British membawa masuk pemuka-pemuka Yahudi.

2. Faktor kedua juga dapat dilihat, tanah Baitul Maqdis dari dahulu lagi memang sentiasa berada dalam keadaan peperangan atau lebih tepat lagi peperangan di antara agama untuk merebut tanah ini. Pada hari ini Yahudi berperang dengan Islam, jika teliti terlebih dahulu sejarahnya, Yahudi ini baru sahaja muncul di abad ke 20. Sebelum itu lagi tanah ini sebagai tanah perebutan atau Tanah Beharga. Dahulu Islam berperang dengan Kristian, bagaimana kemashuran peperangan pada zaman Saidina Umar sehingga Salahuddin al-Ayubi. Pada masa itu sudah berapa kali tempat ini menjadi lokasi peperangan.

3. Pada zaman sebelum adanya Rasulullah juga, tanah ini terlibat dalam peperangan yang hebat. Jadi kawasan ini semamangnya penuh dengan aksi peperangan.

4. Atas faktor keempat, masyarakat Palestin memberi tanah atau menjual tanak mereka kepada pemuka Yahudi. Mungkin di atas ketamakan harta mereka menjual tanah pada ketika itu dengan harga yang tinggi daripada semasa dan mereka "terliur" dengan tawaran harga pada ketika itu.

Berdasarkan faktor yang keempat inilah Melayu juga ditipu. Faktor ketamakan menjadi asas kepada Melayu berkemungkinan menjadi tersisih seperti bangsa Palestin itu. Bagaimana terdapat kes di Pulau Pinang masyarakat Melayu menjual tanah mereka kepada para cukong yang amat menggemari tanah orang Melayu. Begitu juga di tempat-tempat lain. Ini adalah masalah sikap masyarakat kita yang inginkan kekayaan dengan segera. Dan tidak mustahil kata-kata dan pandangan Dato' Shamsuri itu.

Begitu juga dengan kenyataan oleh bekas PM Tun. Dr. Mahathir menyakatakan perbandingan orang Melayu di Malaysia dan Singapura. Persoalannya benarkah Melayu Singapura berasa selesa seperti yang dimomok di dada akhbar?

Mungkin mereka selesa disebabkan mereka dikenali sebagai Singaporean tetapi bukan dikenali sebagai Melayu lagi. Sehinggakan bahasa Melayu pun tidak difahami.