Showing posts with label Agenda Melayu. Show all posts
Showing posts with label Agenda Melayu. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Melayu

Penulis pernah mendengar satu ceramah agama daripada al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad pernah menyatakan bahawa nasib Melayu di Malaysia akan menjadi seperti nasib rakyat Palestin.

Pada awalnya penulis menganggap ini sebagai satu kenyataan tanpa sandaran, akan tetapi apabila beliau menceritakan dengan lebih lanjut mengenai sejarah rakyat Palestin pada suatu ketika dahulu mereka memiliki tanah yang banyak tetapi pada hari mereka terpaksa merintih di tanah air sendiri akibat dari beberapa faktor yang menyokong ke arah penjarahan Yahudi laknat itu.

1. Faktor kekuasaan atau pemerintahan pada ketika itu, iaitu pada awalnya Palestin berada di bawah pemerintahan Utmaniyah namun akibat daripada kegilaan kuasa oleh golongan arab mereka sanggup memberi tanah Palestin kepada British. Jadi British membawa masuk pemuka-pemuka Yahudi.

2. Faktor kedua juga dapat dilihat, tanah Baitul Maqdis dari dahulu lagi memang sentiasa berada dalam keadaan peperangan atau lebih tepat lagi peperangan di antara agama untuk merebut tanah ini. Pada hari ini Yahudi berperang dengan Islam, jika teliti terlebih dahulu sejarahnya, Yahudi ini baru sahaja muncul di abad ke 20. Sebelum itu lagi tanah ini sebagai tanah perebutan atau Tanah Beharga. Dahulu Islam berperang dengan Kristian, bagaimana kemashuran peperangan pada zaman Saidina Umar sehingga Salahuddin al-Ayubi. Pada masa itu sudah berapa kali tempat ini menjadi lokasi peperangan.

3. Pada zaman sebelum adanya Rasulullah juga, tanah ini terlibat dalam peperangan yang hebat. Jadi kawasan ini semamangnya penuh dengan aksi peperangan.

4. Atas faktor keempat, masyarakat Palestin memberi tanah atau menjual tanak mereka kepada pemuka Yahudi. Mungkin di atas ketamakan harta mereka menjual tanah pada ketika itu dengan harga yang tinggi daripada semasa dan mereka "terliur" dengan tawaran harga pada ketika itu.

Berdasarkan faktor yang keempat inilah Melayu juga ditipu. Faktor ketamakan menjadi asas kepada Melayu berkemungkinan menjadi tersisih seperti bangsa Palestin itu. Bagaimana terdapat kes di Pulau Pinang masyarakat Melayu menjual tanah mereka kepada para cukong yang amat menggemari tanah orang Melayu. Begitu juga di tempat-tempat lain. Ini adalah masalah sikap masyarakat kita yang inginkan kekayaan dengan segera. Dan tidak mustahil kata-kata dan pandangan Dato' Shamsuri itu.

Begitu juga dengan kenyataan oleh bekas PM Tun. Dr. Mahathir menyakatakan perbandingan orang Melayu di Malaysia dan Singapura. Persoalannya benarkah Melayu Singapura berasa selesa seperti yang dimomok di dada akhbar?

Mungkin mereka selesa disebabkan mereka dikenali sebagai Singaporean tetapi bukan dikenali sebagai Melayu lagi. Sehinggakan bahasa Melayu pun tidak difahami.

Tuesday, May 25, 2010

Budi Bahasa

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)


Minggu ini saya kira nak menulis mengenai pengalaman peribadi berkaitan dengan budi bahasa. Budi bahasa amat penting kepada setiap inidividu. Budi bahasa merupakan satu gambaran umum terhadap peribadi diri seseorang. Jika seseorang itu tiada budi bahasa maka peribadi diri seseorang akan menampakkan kejelekkan terhadap akhlak diri.

Saya berpandangan bahawa seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi menunjukkan ketinggian akhlak, tidak kira siapakah beliau, tidak kira tinggi manakah pangkat atau serendah mana pangkat yang ditanggunjawabkan. Namun pada hari ini usah kita mengharapkan orang kaya, berpangkat, mahupun ada bergulung-gulung ijazah tidak akan menjamin ketinggian budi bahasa. Tidak juga terkecuali golongan agamawan.

Hari berapa ramai golongan agamawan berceramah, bertazkirah dan mengajar perkara yang baik-baik, namun tingkah laku diri, budi bahasa tidak mencerminkan apa yang diajarkannnya. Golongan ini adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berceramah menggunakan bahasa yang tidak menggambarkan diri itu seorang agamawan bahkan lebih teruk daripada golongan yang tidak mengkhususkan diri dalam bidang agama. Ini lah budi bahasa, tidak kira siapa, silap bersua buruk padahnya.

Kadangkala golongan ini terhijab dengan pangkat, dan panggilan atau gelaran. Merasakan diri itu terlalu bagus berbanding dengan individu lain yang jawatan lebih rendah daripada mereka. Bercakap sesuka hati, tidak memikirkan perasaan dan maruah diri orang lain. Kita perlu ingat dan muhasabah diri, satu soalan jika boleh dijawab, siapakah akan menguruskan jenazah kita bila meninggal dunia satu hari nanti? Jika kita boleh menjawab soalan ini, silalah lakukan kesombongan. Ingat pangkat tiada hendak dibanggakan kecuali di dunia yang sementara ini.

Semua golongan adalah sama, daripada A hingga E, semuanya akan disoal di akhirat kelak, jangan sombong, ingat hidup ini adalah seperti roda, hari ini kita di atas besok lusa mana tahu jika masih di bawah, alhamdulillah jika roda itu bengkok parah akibatnya.

Sunday, December 14, 2008

Adakah Anda Pencinta Bahasa Melayu?

Anda boleh melawat dan menghayati perkara yang ditulis oleh ahli akademik MELAYU kita.

1. http://profabdullah1.wordpress.com.

Bahasa Melayu Ke Mana Arah Tujunya

Hari merupakan hari pertama masuk kerja setelah bercuti selama 14 hari. Selama bercuti di kampung dapat bertemu beberapa orang rakan daripada pelbagai latar belakang politik dan pelbagai agenda dibincangkan.

Pada hari ini masih dalam keadaan bercuti walaupun sudah bermula bekerja amat tertarik dengan perbincangan daripada penulis Puan Ainon. Sudah menjadi rutin harian membaca penulisannya di sini Universiti Terbuka PTS. Penulisan berdasarkan fakta amat mudah untuk kita fahami bahawa bertapa pentingnya mempertahankan agenda penerusan pembelajaran Bahasa Melayu kepada anak Melayu pada hari ini.

Pengajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains amatlah tidak tepat kerana mudah untuk kita fahamai bahasa adalah teras kepada pembinaan budaya bangsa kita sendiri.