Saturday, April 24, 2010

The Audacity of Hope



Sebuah buku hasil daripada penulisan seorang bakal presiden pada ketika itu. Buku yang panas menurut New York Times. Boleh dikatakan bahawa jika terdapat seorang pemimpin itu hebat atau tidak lihat berapa buah buku yang dihasilkan.

Buku ini saya telah menamatkan pembacaannya empat bulan lepas, tetap tidak dapat dikongsikan di sini kerana malas menulis. Penyakit utama ketika ini. Aduh!. Pada keadaan sebelum membaca buku ini, saya ingin ceritakan seorang rakan dikalangan ahli akademik bertanya, kenapa kita perlu membaca buku ini? Buku yang membicarakan sekitar peribadi seseorang yang belum tentu lebih baik daripada Bush.

Saya kira, setiap buku erlu dibaca, kenapa buku ini harus dibaca adalah disebabkan beliau mempunyai beberapa perbezaan dan persamaan. Disebabkan itu, perlu kita menilai bagaimana seorang ahli politik Amerika berfikiran dan dibandingkan dengan ahli politik di negara-negara lain.

Buku ini terbahagi kepada sembilan bab. Dalam sebuah buku yang mencapai 409 muka surat, saya ingin berkongsi mengenai tinggi nilai dan etika yang dapat dijadikan contoh kepada kita.

Bagaimana Barack ditegur oleh datuknya supaya membasuh kotak susu sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Bagaimana masyarakat Amerika pada ketika itu berfikir mengenai isu kebersihan. Jika hendak dibandingkan di sini, sampah hanya dibuang merata-rata hatta pemandu kereta mencampak puting rokok keluar begitu sahaja, tanpa memikirkan alam sekitar dan perasaan pemandu kereta lain.

Barack terkejut dengan teguran tersebut, kesan daripada membilas kotak susu itu dapat menghilangkan bau busuk yang akan berlaku hasil daripada cairan susu yang masih berbaki. Mengakibatkan pemungut sampah juga akan merasai bau busuk tersebut.

Beginilah pemikiran mereka berkaitan dengan kebersihan. Saya cadangkan supaya buku ini dapat dibaca kerana mempunyai satu kelainan daripada buku-buku hasil penulisan pemimpin yang lain.

No comments: