Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

The Audacity of Hope



Sebuah buku hasil daripada penulisan seorang bakal presiden pada ketika itu. Buku yang panas menurut New York Times. Boleh dikatakan bahawa jika terdapat seorang pemimpin itu hebat atau tidak lihat berapa buah buku yang dihasilkan.

Buku ini saya telah menamatkan pembacaannya empat bulan lepas, tetap tidak dapat dikongsikan di sini kerana malas menulis. Penyakit utama ketika ini. Aduh!. Pada keadaan sebelum membaca buku ini, saya ingin ceritakan seorang rakan dikalangan ahli akademik bertanya, kenapa kita perlu membaca buku ini? Buku yang membicarakan sekitar peribadi seseorang yang belum tentu lebih baik daripada Bush.

Saya kira, setiap buku erlu dibaca, kenapa buku ini harus dibaca adalah disebabkan beliau mempunyai beberapa perbezaan dan persamaan. Disebabkan itu, perlu kita menilai bagaimana seorang ahli politik Amerika berfikiran dan dibandingkan dengan ahli politik di negara-negara lain.

Buku ini terbahagi kepada sembilan bab. Dalam sebuah buku yang mencapai 409 muka surat, saya ingin berkongsi mengenai tinggi nilai dan etika yang dapat dijadikan contoh kepada kita.

Bagaimana Barack ditegur oleh datuknya supaya membasuh kotak susu sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Bagaimana masyarakat Amerika pada ketika itu berfikir mengenai isu kebersihan. Jika hendak dibandingkan di sini, sampah hanya dibuang merata-rata hatta pemandu kereta mencampak puting rokok keluar begitu sahaja, tanpa memikirkan alam sekitar dan perasaan pemandu kereta lain.

Barack terkejut dengan teguran tersebut, kesan daripada membilas kotak susu itu dapat menghilangkan bau busuk yang akan berlaku hasil daripada cairan susu yang masih berbaki. Mengakibatkan pemungut sampah juga akan merasai bau busuk tersebut.

Beginilah pemikiran mereka berkaitan dengan kebersihan. Saya cadangkan supaya buku ini dapat dibaca kerana mempunyai satu kelainan daripada buku-buku hasil penulisan pemimpin yang lain.

Sunday, April 19, 2009

Atas Nama Cinta


Novel ini berjudul Atas Nama Cinta, satu novel yang memberi kepada pembaca. Novel kisah benar, berlatar belakangkan sejarah silam umat Melayu pada zaman penjajah.
Novel ini perlu dibaca oleh setiap generasi bagaimana akidah hanya boleh diperkotakkatikan oleh undang-undang penjajah. Bagaimana cinta seorang anak terhadap ibu angkat melebihi cinta kepada ibu kandung kerna alasannya AQIDAH. Ya Novel ini ditamatkan tidak seperti novel cinta yang lain. Penamatnya sedih dan mungkin kita juga akan menjadi "pendendam".
Sempena pesta buku sedang berlangsung jangan lupa kepada sesiapa yang masih belum memiliki harus dimiliki, kepada sesiapa yang sudah memiliki jangan disimpan di rak sahaja. Bacalah untuk mengalami saat getir seorang Pencinta.

Monday, April 13, 2009

Tumit Achilles



Sekarang sedang membaca buku Tumit Achilles, Sebuah karya berupa himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh Khalid Jaafar. Apa yang boleh aku katakan isu-isu yang dikupas dan ide-ide beliau ada boleh dipersetujui dan tidak setuju.

Kesimpulannya jangan kita menutupi pintu perbincangan walaupun sesuatu isu itu agak kontrovesi. Ada betul pandangan beliau terhadap satu pertubuhan wanita Sister In Islam (SIS), umat Islam perlu berani membaca dan mengkaji pandangan SIS ini dan kita mengajak mereka berwacana atau berbincang adalah lebih baik daripada mengambil tindakan undang-undang. Ya kenapa kita perlu takut, kita ada ramai Ulama', ramai intelektual Islam. Juga boleh dikatankan juga Malaysia ini mempunyai ramai ustaz-ustaz, tetapi ke mana mereka pergi?

Jadi saya akan cadangkan buku untuk dibaca kepada sesiapa yang inginkan satu kelainan.