Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Ingrid Mattson dan Pelajarnya

"Saya akui bahawa saya boleh berlaku amat kejam kepada mahasiswa saya. Kadangkala, saya meminta mereka supaya mengulangkaji  pertanyaan  atau penyataan  mereka sehingga tiga kali sehinggakan suara mereka benar-benar teredengar jelas."

Merenung kembali kata-kata Puan Ingrid Mattson. Dari situ jelas menunjukkan bagaimana proses pembelajaran yang dilakukan oleh beliau memberi kesan kepada para mahasiswa beliau. Kaedah ini dilaksanaakan bagi memberi ruang kepada pelajar tersebut memahami akan persoalan sebelum memberi jawapan. 

Ingat hanya tiga kali ulangan, tetapi apa yang menyedihkan berlaku pada hari ini, pelajar kitaa kurang bercakap dalam kelas. Apabila disoal, tiada yang sukarela untuk menjawab. Seperti ada ketakutan dalam diri mereka. Kelihatannya mereka tiada keberanian, mungkin juga mereka kurang deria rasa untuk menjawab persoalan kerana tidak berminat akibat dari keterpaksaan kehadiran. Itulah realiti mahasiswa pada hari ini. 

Jika Puan Ingrid Mattson boleh mengarahkan para pelajarnya untuk mengulang soalan yang diberikan sebanyak tiga kli kenapa kita tidak melaksanakannya untuk pelajar kita? 


Tuesday, May 25, 2010

Budi Bahasa

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)


Minggu ini saya kira nak menulis mengenai pengalaman peribadi berkaitan dengan budi bahasa. Budi bahasa amat penting kepada setiap inidividu. Budi bahasa merupakan satu gambaran umum terhadap peribadi diri seseorang. Jika seseorang itu tiada budi bahasa maka peribadi diri seseorang akan menampakkan kejelekkan terhadap akhlak diri.

Saya berpandangan bahawa seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi menunjukkan ketinggian akhlak, tidak kira siapakah beliau, tidak kira tinggi manakah pangkat atau serendah mana pangkat yang ditanggunjawabkan. Namun pada hari ini usah kita mengharapkan orang kaya, berpangkat, mahupun ada bergulung-gulung ijazah tidak akan menjamin ketinggian budi bahasa. Tidak juga terkecuali golongan agamawan.

Hari berapa ramai golongan agamawan berceramah, bertazkirah dan mengajar perkara yang baik-baik, namun tingkah laku diri, budi bahasa tidak mencerminkan apa yang diajarkannnya. Golongan ini adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berceramah menggunakan bahasa yang tidak menggambarkan diri itu seorang agamawan bahkan lebih teruk daripada golongan yang tidak mengkhususkan diri dalam bidang agama. Ini lah budi bahasa, tidak kira siapa, silap bersua buruk padahnya.

Kadangkala golongan ini terhijab dengan pangkat, dan panggilan atau gelaran. Merasakan diri itu terlalu bagus berbanding dengan individu lain yang jawatan lebih rendah daripada mereka. Bercakap sesuka hati, tidak memikirkan perasaan dan maruah diri orang lain. Kita perlu ingat dan muhasabah diri, satu soalan jika boleh dijawab, siapakah akan menguruskan jenazah kita bila meninggal dunia satu hari nanti? Jika kita boleh menjawab soalan ini, silalah lakukan kesombongan. Ingat pangkat tiada hendak dibanggakan kecuali di dunia yang sementara ini.

Semua golongan adalah sama, daripada A hingga E, semuanya akan disoal di akhirat kelak, jangan sombong, ingat hidup ini adalah seperti roda, hari ini kita di atas besok lusa mana tahu jika masih di bawah, alhamdulillah jika roda itu bengkok parah akibatnya.

Wednesday, June 24, 2009

Expectation

Dalam tugas sebagai seorang yang senantiasa berhubungan dengan para pelajar. Perhubungan melalui aktiviti program ataupun melalui hubungan biasa. Jika melalui program khususnya program yang melibatkan program berbentuk kepimpinan. Pada awalnya dari dahulu sehingga ke hari ini saya meletakkan expectations yang tinggi kepada mereka. Saya rasa mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran saya ketika member ceramah maksudnya mereka boleh menanggapi apa yang hendak saya bicarakan. Saya merasakan mereka ini tidak perlu banyak pesanan kepada mereka kerana mengap mereka adalah pemimpin mahasiswa. Namun perasaan saya telah berubah sejak saya mula memberi ceramah kepada slot-slot yang diberikan.

Expectations tinggi kepada mereka tidak membantu mereka sepenuhnya malah mungkin mereka juga perlu ditekankan dengan program yang lebih berat. Sebenarnya kekecewaan telah mula wujud dalam keadaan ini. Saya merasakan mereka sama seperti pelajar biasa. Tiada kelebihan tiada istimewanya. Lebih dirasakan melihat mahasiswa lebih lemah dari mahasiswi. Lambat dan loyar buruk. Contoh cukup banyak untuk dijadikan teladan tetapi saya berikan contoh pagi tadi mereka dikehendaki dating ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah tapi yang dating tepat pada masa daripada 60 orang hanya 2 orang sahaja yang tepat masanya(solat subuh bersama imam hanya dua orang sahaja yang lain solat sendiri). Di manakah salah dan silapnya?

Jika pemimpin pelajar tidak berdisiplin bagaimana mereka hendak mendisiplinkan orang bawahan mereka? Bosan sebenarnya bercakap benda yang sama setiap kali berbicara. Perkara yang sama diulangi dalam setiap aktiviti. Bila hendak matang jika mereka hanya memikirkan perkara remeh-temeh sedangkan semasa belajar Diploma di Darul Quran kami sentiasa berwacana isu-isu besar sehinggakan aku dicop sebagai penyokong liberalisme. Tapi mereka hanya minat pada fesyen, minat perkembangan hiburan dan tidak tahu pekembangan terkini. Pembacaan tidak meluas, pembacaan kepada isu remeh, suka baca akhbar tetapi tidak suka membaca buku-buku ilmiah. Kita boleh bayangkan pemimpin Malaysia akan datang sekiranya mereka tidak berubah arus pemikiran mereka kepada lebih kematangan.