Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

Program Islami Ke Mana Arah Tuju?

Ada beberapa persoalan bermain difikiran hamba.
  1. Apakah objektif program Islami?
  2. Apakah mendapat sambutan pelajar?
  3. Jika tidak apakah caranya?
  4. Jika berjaya apakah penanda arasnya? Contohnya Pusat Islam sentiasa penuh dengan jemaah setiap waktu.
  5. Jika tidak di manakah silapnya?
  6. Adakah Pusat Islam tidak menarik? contohnya bosan.
  7. Adakah semua orang suka solat di bilik masing-masing.
  8. Jika suka di bilik kenapa perlu ada surau?
  9. Tidak mendengar azan di rumah atau di bilik?
  10. Rasa sama saja solat di rumah sepertisolat di surau atau masjid?

Banyak soalan, siapa hendak menjawab silakan. Jika ada cadangan atau kritik juga dialu-alukan.

Friday, April 10, 2009

Khutbah ? OK Ke KO

Hari ini Jumaat penghulu segala hari. Hari ini juga ada solat yang disempenakan dengan namanya Solat Jumaat. Solat Jumaat ada khutbah. Khutbah dan ceramah mempunyai pengertian yang berbeza. Beberapa persoalan perlu dijawab oleh pembuat khutbah atau penulis teks khutbah.
  1. Adakah penulis khutbah membuat kajian selidik keberkesanan khutbah terhadap jemaah?
  2. Adakah penulis khutbah membuat kajian tajuk yang sesuai dengan keadaan pemikiran penduduk dan masyarakat setempat?
  3. Adakah penulis khutbah membuat kajian masa yang perlu diambil untuk membaca khutbah?

Banyak lagi persoalan yang boleh ditanya. Tetapi inilah realiti masyarakat Islam yang mempunyai nasib tidak menyebelahi diri mereka sendiri. Isu-isu yang dilontarkan sudah basi malah tidak bertepatan langsung dengan jehendak masyarakat setempat.

Bila mana khutbah hanya dianggap sebagai satu adat yang perlu ada dalam solat Jumaat maka beginilah jadinya. Masyarakat sudah muak dengan khutbah yang tidak ada hujung pangkal pemilihan tajuk. Penulis khutbah perlu meneliti tajuk yang sesuai walaupun isu semasa tetapi isu itu isu biasa.

Penulis khutbah perlu menulis isu-isu yang boleh memainkan pemikiran pendengar, isu yang menguji pemikiran penengar, isu yang boleh memberi pencerahan kepada pendengar. Pada pandagan saya, isu-isu seperti isu dadah perlu memainkan emosi pendengar dengan mencabar emosi dan pemikiran pendengar, bukan hanya elaporkan sahaja. Khutbah bukan laporan tetapi pesanan.

Masa juga perlu diselesaikan, masa yang ideal. Tidak mungkin sampai 20 minit atau kurang dari 5 minit. Cukup sekadar boleh menarik penonton mendengar bukan tidur dalam masjid. Ini menjadi tempat dan masa istirehat kepada kaki tidur untuk lepak.

Sudah lama isu ini bermain dalam masyarakat, kita mempunyai banyak medium untuk membetulkan masyarakat tetapi kita tidak betul-betul menggunakannya secara efektif. Boleh juga dikatakan cukup intrumennya dalam proses membangunkan kembali insitusi masyarakat yang sedang tidur sepi tanpa berita.