
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Tuesday, February 2, 2010
Bicara Buku: The Mystic of Islam

Monday, February 1, 2010
Mai Pakat Bunuh Cicak
Hadis diriwayatkan daripada Ummu Syarikh: Bahawa Nabi s.a.w. menyuruhnya membunuh cicak. Manakala dalam satu hadis lain daripada Ibnu Syaibah juga disuruh untuk membunuh cicak.
Kadangkala, terdapat dikalangan kita yang tidak mahu membunuh cicak. Belas katanya. Atau dirasakan tidak perlu kerana orang tersebut juga tidak permbersih.
Monday, December 14, 2009
Saat Penantian Telah Tiba
Melangkah masuk ke dalam dan solat sunat dua rakaat tahiyat al-masjid dan wuduk kerana menjadi kewajipan sebagai hamba menurut perintah Yang Maha Esa. Sementara menanti detik perubahan yang akan menjadi sejarah hidup yang sukar dilupakan. Tertidor seketika kerana menanti tuan pendaftar perkahwinan.
Tiba pendaftar perkahwinan di pagi Jumaat di Masjid Besar Bayan Baru. Masjidnya besar. Aku menghampirinya bersama-sama saudara mara. Aku makin hampir dengan beliau dalam keadaan sopan dan santun. Berada dihadapan beliau menyemak boring yang telah diisi terlebih awal.
Tuan Pendaftar bertanya “Cuba kamu tengok balik nama dan alamat adakah betul?”
Sang Teruna menjawab “Ya, semua betul”.
Tuan Pendaftar meminta Sang Teruna Istighfar, “tiga kali”.
Sang Teruna pun menyahut, “astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”.
Tuan Pendaftar berkata “Istighfar penuh la”.
Sang Teruna tidak menjawan tetapi tersenyum, dan hati kecil ketawa. Apa beza istighfar panjang dan pendek? Sang Teruna akur dengan perintah tuan Pendaftar.
Aku berpusing ke kiri untuk ijab dan qabul oleh bakal bapa mertua. Tuan Pendaftar melihat. Ayah Majid juga meminta aku bersyahadah dan beristighfar, aku menyahut.
Ayah menikahkan anaknya Nor Hafizah bersama aku, dan aku terus menyahut dengan hati penuh debar tetapi bibir sempat mengukir senyum kepada abah yang berada disamping aku.
Aku lafaz semula untuk kali pertama. Saksi pertama Wak Kamal kata sah, dan saksi kedua atok Johor, minta ulang sekali lagi. Aku serba salah. Rekod akan tercalar jika menjadi dua kali.
Aku tetap akur untuk melafaz untuk kali kedua. Sah? Ya kedua-dua saksi menjawab.
Alhamdulillah, satu bisikan suara kedengaran di telinga, Miqdad engkau telah bertambah tanggungjawab, jadi laksanakan tanggunjawab ini. AKu terkedu seketika.
Saat terindah dikisahkan, menjadi rujukan sepanjang masa. Buat Isteriku terima kasih kerana menjadi peneman hidup dikala susah dan senang bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kali kedua.
Friday, April 10, 2009
Khutbah ? OK Ke KO
- Adakah penulis khutbah membuat kajian selidik keberkesanan khutbah terhadap jemaah?
- Adakah penulis khutbah membuat kajian tajuk yang sesuai dengan keadaan pemikiran penduduk dan masyarakat setempat?
- Adakah penulis khutbah membuat kajian masa yang perlu diambil untuk membaca khutbah?
Banyak lagi persoalan yang boleh ditanya. Tetapi inilah realiti masyarakat Islam yang mempunyai nasib tidak menyebelahi diri mereka sendiri. Isu-isu yang dilontarkan sudah basi malah tidak bertepatan langsung dengan jehendak masyarakat setempat.
Bila mana khutbah hanya dianggap sebagai satu adat yang perlu ada dalam solat Jumaat maka beginilah jadinya. Masyarakat sudah muak dengan khutbah yang tidak ada hujung pangkal pemilihan tajuk. Penulis khutbah perlu meneliti tajuk yang sesuai walaupun isu semasa tetapi isu itu isu biasa.
Penulis khutbah perlu menulis isu-isu yang boleh memainkan pemikiran pendengar, isu yang menguji pemikiran penengar, isu yang boleh memberi pencerahan kepada pendengar. Pada pandagan saya, isu-isu seperti isu dadah perlu memainkan emosi pendengar dengan mencabar emosi dan pemikiran pendengar, bukan hanya elaporkan sahaja. Khutbah bukan laporan tetapi pesanan.
Masa juga perlu diselesaikan, masa yang ideal. Tidak mungkin sampai 20 minit atau kurang dari 5 minit. Cukup sekadar boleh menarik penonton mendengar bukan tidur dalam masjid. Ini menjadi tempat dan masa istirehat kepada kaki tidur untuk lepak.
Sudah lama isu ini bermain dalam masyarakat, kita mempunyai banyak medium untuk membetulkan masyarakat tetapi kita tidak betul-betul menggunakannya secara efektif. Boleh juga dikatakan cukup intrumennya dalam proses membangunkan kembali insitusi masyarakat yang sedang tidur sepi tanpa berita.