Tuesday, May 27, 2008

Salah Tafsir

Tajuk penulisan kali ini mengenai pengalaman saya mengajar di sebuah pusat pengajian IPTS, mengapa saya mengajar kerana ingin mencari pengalaman mengajar dan bagaimana cara hendak menguruskan pelajar.

Baru 2 bulan mengajar sudah terjadi satu perkara yang rasanya cukup mengejutkan diri saya dan para pensyarah. Tidak perlu saya ceritakan di sini apa yang terjadi. Jelasnya perkara ini terjadi kerana salah faham para pelajar terhadap pelajaran yang saya ajarkan.

Seorang pelajar mengadu hal ini pada pihak pengurusan megenai perihal saya yang selalu menceritakan hal perkahwinan. Di sini saya ingin jelaskan bahawa kebetulan pada hari itu tajuk atau topik yang dibincangkan adalah mengenai pembinaan keluarga. Jadi mestilah membicarakan mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan alam perkahwinan, tetapi oleh kerana ada dikalangan pelajar yang salah faham disebabkan mereka tidak membeli buku teks kita yang disalahkannya.

Perkara begini memang merbahaya, boleh menjatuhkan air muka saya. Tetapi saya rasa tenang sedikit namun begitu dalam hati terasa tawar bila mengajar. Mudah terkenang perkara sebegitu.

Apa-apa pun perlu habiskan kelas sebelum 6 Jun 2008. Sudah malas melayan pelajar manja.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, May 21, 2008

Sudah Pergi....

Pada tanggal 23 April 2008, pada jam 8 malam telah prgi seorang insan yang amat ku sayangi. Sedih yang teramat sangat ku alami. Hanya pada hari ini aku mampu untuk mencoret sedikit walaupun setelah lama aku inginkan.

Setiap kali pulang ke kampung Bangsal Lebah, aku teringat sangat dengan Tok Wan aku, setiap kali kenangan datang melingkari ingatan aku. Bila setiap kali berbicara mengenai Tok Wan, air mata denga lajunya turun membasahi pipi. Apa kan daya...aku rindu sangat dengan Tok Wan.

Perasaan ku teramat sukar untuk mengawal hati ku ini. Tok Wan pernah bertanya kepada sepupu bila aku hendak balik, sepatutunya aku balik terus, tetapi aku berjanji akan pulang hujung minggu. Memang aku pulang dengan meratapi jenazah Tok Wan.

Itulah satu perkara yang tak akan aku lupa, setiapa kehendak orang tua mestilah didahulukan.

Al-fatihah untuk Tok Wan dan Tok.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, April 15, 2008

Sabar?

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Seperti mana perkara yang terjadi, perkara yang amat kutakuti terjadi juga kepada diri aku hari ini. Mengapa aku perlu melalui perkara sebegini.

Monday, February 18, 2008

Peranan Remaja Perlu Ditingkatkan

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Apabila kita menyebut mengenai remaja pada masa kini pelbagai reaksi akan dapat kita cungkilkan. Pelbagai persoalan dapat kita tonjolkan. Berapa ramaikah remaja kita khususnya remaja Islam terlibat dengsn gejala kurang sihat. Ini merupakan satu masalah yang telah wujud dari setiapa generasi negara kita dalam proses menuju dewasa.

Di sini apa yang hendak diperkatakan bahawa yang mana lebih baik semoga kita dapat berbincang bersama-sama bahawa matlamat apakah remaja zaman ini. Saya merasakan di sini remaja yang terlibat dengan gejala kurang sihat makin bertambah dari masa ke semasa. Persoalannya di sini yang mana lebih baik para remaja memilih untuk melibatkan diri dengan politik atau melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat.

Inilah persoalan yang sedang melingkari para remaja kita. Harus diberikan penekanan.

Sunday, February 3, 2008

Hari Ini Tiada Siapa

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Blog ini hanya ditulis sekadar untuk mengisi masa lapang, pada masa yang sama ingin mengembalikan semangat untuk menulis yang sudah lama tumpul.

Minggu lepas banyak perkara yang terjadi ada perkara yang mendatangkan kegembiraan dan kesedihan. Saya suka melihat rakan-rakan saya yang gembira apabila diumumkan mendapat kenaikan pangkat iaitu dua orang rakan pensyarah yang sangat baik dengan saya iaitu Encik Farouk al-Paki dan Encik Zaidi al-Jowo. Mereka berdua mendapat DM 52 tahniah diucapkan kepada mereka.

Saya juga mendapat berita gembira tetapi bukan mengenai kenaikan pangkat malah ia berkaitan dengan diri sendiri iaitu isteri saya disahkan mengandung lebih kurang 7 minggu. Pelbagai perasaan wujud dalam diri. Timbul jugak perasaan takut. perasaan gembira lebih dari segalanya.

Hamba in memohon kepada Allah supaya dikurniakan rezeki yang baik, berkat, dan Anak yang soleh menjadi kegembiraan hati kedua ibu bapa.

Thursday, January 24, 2008

40 Hari Bergelar Suami

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani

Bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya saya diberi kekuatan untuk menulis pada kali ini walaupun hamoir dua bulan tidak menulis di blog ini. Ini disebabkan beberapa faktor tertentu yang perlu diberi perhatian lebih.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini dengan saudara sekalian bahawa hari ini merupakan hari ke-40 saya bergelar suami kepada Nor Hafizah Ab Majid. Pelbagai pengalaman baru telah dilalui iaitu pengalaman manis dan pengalaman pahit. Saya dapat rasakan di sini bahawa tedapat banyak perbezaan dari zaman bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin. Dari segala segi kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Pertamanya persedian dari sudut emosi perlu terkawal dengan baik supaya tidak melakukan tindakan yang tidak sewajarnya. Kedua persedian mental perlu diberi perhatian kerana pelbagai masalah akan wujud dan perlu diselesaikan dengan baik. Bagaimanakah cara untuk mendapat persedian yang baik iaitu melalui pembacaan, perkongsian pengalaman dengan sahabat-sahabat, dan kita juga perlu banyak berdoa kepada Allah supaya keluarga kita diberkati Allah.
Pada masa kini saya dan isteri tinggal berjauhan dan dalam masa dua minggu baru kami berjumpa, perkara begini perlu tahap kesabaran dan pertimbangan yang waras.
Pengalaman ini banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Pengalaman yang memerlukan penelitian yang mendalam.