Semalam adalah satu hari yang sangat bertuah kepada beberapa orang sahabat saya di UiTM Kelantan ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada sahabat saya ini.
Pertamanya kepada Ustaz Wadi kerana mendapat jawatan baru sebagai Tok Penggawa di Kuala Krai Kelantan.
Seterusnya kepada Tarmizi kerana mendapat tawaran perkerjaan di Poly Tech MARA sebagai lecturer di sana iaitu di Bangi.
Dan terakhir sekali kepada Saufi yang mendapat tawaran sebagai guru di MRSM Beseri. semuanya mendapat pekerjaan yang baik. Semalam sempat saya berkongsi pengalaman bersama -sama.
Semoga semua orang di sini mendapat kebahagian yang diingini.
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Tuesday, July 24, 2007
Thursday, July 19, 2007
Hari Ini Dan Semalam
Hari semalam adalah kemuncak kepada kesibukkan dalam minggu ini, pelbagai mesyuarat, pelbagai paper work perlu dibincang dan diserahkan, pelbagai artikel perlu disiapkan tetapi yang menarik perhatian saya ialah arahan daripada ketua unit untuk memberi penjelasan mengenai Bidaa'h. Sukar saya hendak perkatakan mengenai perkara ini nanti jadilah " mulut kata hati rasa lain".
Semoga Allah memberi kekuatan untuk menulis artikel ini, semoga masyarakat Uitm Kelantang ini memahami secara jelas sejelasnya bahawa apakah yang diertikan sebagai bidaa'h.

Tuesday, July 17, 2007
Kuliah Maghrib
Kuliah Maghrib ini merupakan kali pertama saya ditugaskan, dan ini merupakan pengalaman pertama memberi kuliah maghrib. Pada awalnya perasaan gementar ada dan datang sebelum kuliah bermula tetapi selepas itu gementar itu hilang. Alhamdulillah.
Audien yang pertama ini adalah dikalangan para siswi. Hari ini ada lagi kuliah maghrib tetapi audien kali ini adalah para siswa. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan agenda pencerahan ini.

Durian Oh Durian.....
Kisah durian ini adalah kali pertama terjadi di dalam hidup, bukan saya hendak ceritakan kelazatan buah durian di negeri Cik Siti Wan Kembang ini tetapi leih kepada bahasa yang di gunakan. Kejadian ini menunjukkan bahawa loghat sesuatu kawasan atau negeri di Malaysia ini adalah satu kelebihan ataupun satu bonus kepada rakyat di Malaysia ini.
Ketika dalam perjalanan pulang bersama Tok Janggut daripada Kota Bharu kami telah singgah di tepi jalan dan membeli lima biji durian pada masa yang sama Arif Syafarin sahabat di KIAS telah memberikan kami lagi dua biji durian ini menjadikan tujuh biji. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan sekatan pagawai KASTAM Di Raja yang menjalankan tugas.
Setiap kenderaan yang menggunakan jalan highway Kota Bharu-Machang akan ditahan untuk soal siasat. Sampai giliran kami pegawai itu bertanya.
Aku: Assalamualaikum Tuan.
Pegawai Kastam: Waalaikumussalam. Encik ada apa dalam bonet kerete?
Aku: Ada durian. (dalam loghat utara dipanggil der'ian)
Pegawai Kastam: Apa Encik?
Aku: D-U-R-I-A-N.
Pgawai Kastam: Oh yeke, ingatkan apa tadi. Rupa-rupanya beliau tidak faham apa yang saya cakap sebab loghat saya terlalu tebal. hehe...nasibla aku dok kelantan ni..
Kesian Tok Janggut terpaksa menjadi juru bahasa aku kat Kota Bharu.

Tok Janggut
Sudah tiga hari saya tidak menulis di dalam blog sendiri kerana di atas kesibukan yang 'melanda' pada seorang imam yang bertugas mengimamkan lima waktu sambil menguruskan pejabat. Beginilah kehidupan seorang imam.
Apa yang hendak saya perkatakan pada entry kali ini adalah berkaiatan dengan seorang sahabat yang telah menziarahi saya pada hari Jumaat lalu iaitu saudara Khairi Yusof atau lebih dikenali di Darul Quran dengan panggilan Tok Janggut. Apakah signifikan nama samaran yang telah diberikan kepada beliau. Mungkin para pembaca bertanya adakah beliau seorang cucu cicik Tok Janggut pahlawan atau pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Pada persepsi mungkin tidak.
Sebenarnya nama samaran dipanggil kerana dikalangan para hafiz pada masa itu dan kini pun beliaulah yang mempunyai janggut paling pangjang seperti orangnya yang tinggi dan ronjong di daalam loghat utara.
Kami sudah lama tidak berjumpa dan banyak perkara telah diperbincangkan mengenai masa depan, pemikiran para hafiz, perubahan yang telah dilakukan terhadap diri sendiri, dan perkara-perkara yang berasangkut dengan nature orghe kelate sendiri.
Alhamdulillah sepangjang beliau berada di sini telah mengungkit kembali zaman belajar di Darul Quran sesi 2002-2005 cukup manis bila dikenang.
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin ya rabbal alamin.

Thursday, July 12, 2007
Bola..bola...
Apala nasib Malaysia ni dari pelbagai segi kalah. BAru-baru ini skuad bola sepak negara digelar harimau Malaya tewas lagi setelah dibelasah teruk oleh China. Apala nasib team pasukan kita ni.
Malas nak komen sebab sudah tidak hendak ambil tahu. BUang masa saja. bubarkan skuan bola kita ni dan jangan lupa letak jawatan semua pegawai FAM. Sudahla masa yang diberikan.

Subscribe to:
Comments (Atom)