Friday, September 14, 2012

Isu Doa Majlis Rasmi

Dalam sehari dua ini menjadi sedikit heboh apabila Naib Canselor Universiti Malaya mengeluarkan arahan membaca al-Fatihah oleh pengerusi majlis menggantikan bacaan doa untuk majlis rasmi di Universiti.

Terdapat pelbagai komentar mengenai isu ini. Terdapat dua sisi komentar tersebut antaranya yang bersetuju dan paling tinggi ialah yang tidak bersetuju. Bahkan terdapat juga golongan yang menuduh Naib Canselor anti Islam. Saya kira tuduhan tersebut agak berat dan keterlaluan.

Pertama perkara yang perlu diketahui ialah membaca doa majlis rasmi adalah harus merujuk kepada majlis yang tidak dicampuri agenda maksiat. Jika dalam majlis rasmi itu terdapat nyanyian dan tarian tidak seharusnya terdapat bacaan doa, malah menampakkan penghinaan kepada amalan membaca doa.

Kedua, Doa itu sunnat dibaca, bukan doa itu wajib. Jadi doa tidak hanya dalam program rasmi bahkan perlu pada setiap masa dan keadaan.

Ketiga, digantikan dengan bacaan al-Fatihah, ini lebih dari doa-doa biasa. Al-Fatihah adalah ibu segala doa bahkan juga ia adalah sebaik-baik doa.

Keempat, menuduh VC sebagai anti Islam tidak wajar bahkan penuduh begitu mempunyai akhlak yang buruk dengan menuduh secara sembrono. Seharusnya rujuklah dalam sunnah Nabi Muhammad adakah Nabi membaca doa memilih majlis atau bagaimana doa baginda. Itu harus dirujuk.

Kesimpulannya, doa majlis tiada masalah tetapi yang bermasalah sekiranya majlis tersebut terdapat aktiviti maksiat.

Saturday, September 8, 2012

Ingrid Mattson dan Pelajarnya

"Saya akui bahawa saya boleh berlaku amat kejam kepada mahasiswa saya. Kadangkala, saya meminta mereka supaya mengulangkaji  pertanyaan  atau penyataan  mereka sehingga tiga kali sehinggakan suara mereka benar-benar teredengar jelas."

Merenung kembali kata-kata Puan Ingrid Mattson. Dari situ jelas menunjukkan bagaimana proses pembelajaran yang dilakukan oleh beliau memberi kesan kepada para mahasiswa beliau. Kaedah ini dilaksanaakan bagi memberi ruang kepada pelajar tersebut memahami akan persoalan sebelum memberi jawapan. 

Ingat hanya tiga kali ulangan, tetapi apa yang menyedihkan berlaku pada hari ini, pelajar kitaa kurang bercakap dalam kelas. Apabila disoal, tiada yang sukarela untuk menjawab. Seperti ada ketakutan dalam diri mereka. Kelihatannya mereka tiada keberanian, mungkin juga mereka kurang deria rasa untuk menjawab persoalan kerana tidak berminat akibat dari keterpaksaan kehadiran. Itulah realiti mahasiswa pada hari ini. 

Jika Puan Ingrid Mattson boleh mengarahkan para pelajarnya untuk mengulang soalan yang diberikan sebanyak tiga kli kenapa kita tidak melaksanakannya untuk pelajar kita? 


Monday, May 21, 2012

Aliran Politik Orang Muda

Dewasa ini, pemikiran politik dikalangan orang muda di Negara ini semakin hari semakin berkembang. Perkembangan ini mulai menampkan kematangan para belia dalam memikirkan keperluan politik dalam kehidupan. 

Dalam senarai analisa secara rambang kita dapati pecahan kepada pemikiran politik orang muda terbahagi kepada beberapa aliran iaitu:

1. Aliran Deras. Golongan ini merupakan golongan yang sentiasa merasai diri mereka adalah sebahagian dari perubahan politik dalam Negara. Mereka ingin muncul dan dikatakan sebagai sebahagian dalam sejarah membentuk Negara demokrasi baru. Kumpulan ini jelas akan menggunakan apa sahaja jalan untuk menunjukkan sokongan dan bantahan secara deras atau diertikan sebagai kelompok muda yang mempunyai semangat yang membara dalam membawa arus politik lebih baik dari semasa ke semasa.

2. Aliran pertengahan. Golongan ini lebih kelihatan dari kalangan para mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti yang sederhana seperti sentiasa berwacana dan berdiskusi. Boleh dikatakan dikalangan mereka juga menolak perhimpunan awan atau demontrasi jalanan. Walaupun demontrasi jalanan itu mempunyai hak untuk dilaksanakan secara aman. Kumpulan ini tidak seagresif kumpulan pertama. Namun kumpulan ini juga mempunyai ketua dan pimpinan yang saya kira sebagai ulat buku sahaja. 

3. Aliran bawah. Aliran ini jelas kelihatan dikalangan mereka yang tidak ambil peduli mengenai politik dalam Negara. Mereka hanya menyibukkan diri dengan hal yang berbentuk individu sahaja. Kebanyakan mereka ini selepas tamat belajar, bekerja dan mereka inilah kelompok oportunis yang sentiasa mencari peluang untuk membodek sana sini. Seharusnya kelompok ini hanyalah semasa di universiti tidak pernah terlibat dalam aktiviti kampus bahkan sentiasa mementingkan diri sendiri. Setelah mereka bekerja mereka inilah yang akan menjadi alat dan hamba kepada sesiapa sahaja. Disebabkan mereka hanya mementingkan perut masing-masing. Apa yang mereka fikirkan adalah gaji, kenaikan pangkat dan menaikkan nama.

Oleh demikian, golongan ketiga inilah yang paling berbahaya, kerana mereka kekurangan alat untuk menganalisis berita-berita mahupun peluang-peluang yang terhidang. Golongan ketiga ini jugalah kebanyakan mereka menjadi sebahagian kakitangan kita.

Monday, May 14, 2012

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Hari semalam telah diadakan satu syarahan perdana yang disampaikan oleh mantan Ketua Polis Negara. Syarahan semalam berkaitan dengan kemakmuran masyarakat Malaysia. Satu tajuk untuk mewujudkan rasa keyakinan dan kepercayaan untuk melahirkan daan mengekalkan kemakmuran negara. Tajuk ini amat penting dan seharusnya difikir untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah negara kita sebagai penyumbang ke arah pembentukan negara yang lebih baik.

Namun demikian, terdapat fakta-fakta baru yang diperolehi daripada beliau. Sudah tentu maklumat itu terdapat pada beliau kerana beliau seorang anggota polis dan mantan ketua Polis. Sudah tentu maklumat itu berada dalam lingkungan beliau. 

Rumusan daripada syarahan semalan ialah:

  1. Kestabilan politik menjamin kemakmuran negara yang berbilang kaum.
  2. Beliau menceritakan mengenai sejarah 13 Mei, supaya sejarah itu tidak berulang. 
  3. Beliau turut juga merasa kekesalan di atas beberapa pindaan undang-undang seperti ISA dan perhimpunan awam.
  4. Negara selamat tanpa rasuah dan beliau amat menekankan intergriti dalam pentadbiran negara.
Sebenarnya banyak lagi yang diungkapkan, sudah pasti soalan-soalan panas mengenai mantan Timbalan Perdana Menteri juga dipersoalkan.


Tuesday, November 15, 2011

LGBT: Bantahan dan Sokongan

Satu isu yang hangat diperkatakan sebelum ini, telah melibatkan beberapa pihak tampil menyatakan sokongan dan bantahan. Beberapa analisa dapat dilakukan berdasarkan laporan-laporan di dada akhbar milik kerajaan mahupun milik pembangkang.

Gologan yang memberi bantahan boleh diringkaskan dengan golongan yang tampil dengan cara dan kaedah yang berbeza.

  1. Golongan yang menentang secara keras. Golongan ini menampakkan kekuatan mereka dengan mengeluarkan beberapa kenyatan dan pandangan yang keras bunyinya. Namun tindakan mereka itu mempunyai nilai baik dan nilai buruk kepada pendokong dan pembangkan kumpulan ini. Kumpulan ini membuat bantahan sehinggakan melaporkan isu ini kepada anggota polis.
  2. Kumpulan yang kedua, mereka yang membantah secara ilmiah dengan menampakkan keterbukaan dan diplomasi yang tinggi. Pada kumpulan ini juga terdapat dua pecahan yang pertama menentang keras tetapi tidaklah sehingga melaporkan isu ini kepada polis. Bantahan mereka dapat dilihat melalui hasil penulisan tokoh-tokoh yang mereka sanjungi. Manakala pecahan yang kedua ialah mereka agak berlembut dengan golongan ini, tetapi pada masa yang sama mereka membantah, kaedahnya berbeza sahaja yang berbeza. Mereka lebih kepada keterbukaan dan perbincangan dengan pihak penganjur LBGT. Kaedah bantahan mereka sudah semestinya melalui forum atau diskusi yang melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu mencari titik persamaan dan menyelesaikan kecalaruan fikiran.
Seterusnya golongan penyokon sudah tentu golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia. mereka menganggap golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual in juga manusia dan mereka juga ada hak yang perlu dihormati.

Saya berpandangan isu ini, jika dikira dari sudut dakwah, para agamawan seharusnya memulakan langkah pertama dengan mengajak contohnya gay atau lesbian berdikusi. Mencari titik pertemuan dan persamaan, kemudian resapkan dengan hikmah agama. Tidak sewajarnya sekadar menghukum haram, tetapi proses tindakan sebelum menghukum itu lebih penting, itu dinamakan sebagai dakwah.

Kesimpulannya, golongan pertama yang membantah secara keras itu juga ada kebaikan, begitu juga dengan kumpulan yang lain. Kesemuanya terdapat kebaikan dan mempunyai tujuan yang baik iaitu mempertahankan kesucian agama. Berbezanya adalah kaedah yang berbeza atau diertikan sebagai "proses" untuk menuju matlamat yang satu.

Sunday, November 13, 2011

Satu

Assalamualaikum,

Saya kita sudah lama untuk tidak menulis di ruang blog ini. Suatu ketika dahulu, blog ini diwujudkan kerana meluahkan perasaan atau tekanan. Tiada perasaan gembira dan cemburu dapat mengambil tempat dalam ruang blog ini suatu ketika dahulu.

Tujuan menulis ini pelbagai, ada yang berkongi cerita hidup sendiri, keluarga, alam pekerjaan malah ada juga yang menulis perihal cinta dengan buah hati. Itu antara bloh-blog yang tajuknya ditulis dan diolah mengikut citra rasa sendiri.

Pada suatu masa, saya dapat hentikan penulisan mengenai perasaan ketidakpuashatian kepada seseorang individu, alhamdulillah. Namun tujuan blog ini ditulis selepas itu untuk berkongsi pelbagai berita berbentuk ilmiah sahaja, iaitu berdasarkan pemerhatian, penelitian, kajian dan hasilnya lontaran idea. Tapi rupa-rupanya penulisan ini perlukan momentum untuk menulis, tidak kira tajuk apa sekalipun.

Semoga entri akan menjadi KPI yang pertama.