Sunday, July 25, 2010

I Love You Forever


Apa hendak dikata,
jika sayang menjadi pertaruhan,
nyawa tiada tandingan,

Apa boleh dilakukan,
biarpun tubuh badan hancur,
sayang tetap diingati,

Apa yang penting,
penting mu,
amat penting buatku,


Tuesday, June 29, 2010

Kucing Kurap


Kau disayangi bila engkau sihat

Kau dikasihi bila engkau berbakti

kau diingati bila engkau beraksi manja

Itulah manusia,

Menagih bakti dalam kesenangan

Bila engkau dalam kesusahan

Kau dihina

Kau dicaci

Kau dilupai

Kau dikhianati

Itulah kau wahai kucing kurap

Tuesday, June 8, 2010

Brazil Juara Piala Dunia 2010


Pasukan pilihan saya untuk setiap kali piala dunia berlangsung adalah Brazil, sebuah pasukan dari Amerika Latin yang mempunyai tradisi kemenangan dan kecemerlangan dalam bola sepak. Walaupun pada tahun ini Brazil berkemunkinan besar tidak bermain menggunakan corak tarian samba yang terkenal itu, tidak dapat tidak telah mengurangkan sedikit kecantikan pemainan mereka. Ini disebabkan Dunga bukan seorang bekas pemain yang suka bermain cantik satu masa dahulu.




Juara 5 kali ini akan berentap dalam kumpulan G bersama dengan Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara. Kumpulan ini digelar kumpulan maut kerana terdapat tiga pasukan yang hebat iaitu Portugal, Ivory COast dan Brazil sendiri. Namun Brazil akan tetap mengungguli setiap perlawanan.




Akhirnya, saya ramalkan Brazil Juara Piala Dunia 2010.

Tuesday, May 25, 2010

Budi Bahasa

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)


Minggu ini saya kira nak menulis mengenai pengalaman peribadi berkaitan dengan budi bahasa. Budi bahasa amat penting kepada setiap inidividu. Budi bahasa merupakan satu gambaran umum terhadap peribadi diri seseorang. Jika seseorang itu tiada budi bahasa maka peribadi diri seseorang akan menampakkan kejelekkan terhadap akhlak diri.

Saya berpandangan bahawa seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi menunjukkan ketinggian akhlak, tidak kira siapakah beliau, tidak kira tinggi manakah pangkat atau serendah mana pangkat yang ditanggunjawabkan. Namun pada hari ini usah kita mengharapkan orang kaya, berpangkat, mahupun ada bergulung-gulung ijazah tidak akan menjamin ketinggian budi bahasa. Tidak juga terkecuali golongan agamawan.

Hari berapa ramai golongan agamawan berceramah, bertazkirah dan mengajar perkara yang baik-baik, namun tingkah laku diri, budi bahasa tidak mencerminkan apa yang diajarkannnya. Golongan ini adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berceramah menggunakan bahasa yang tidak menggambarkan diri itu seorang agamawan bahkan lebih teruk daripada golongan yang tidak mengkhususkan diri dalam bidang agama. Ini lah budi bahasa, tidak kira siapa, silap bersua buruk padahnya.

Kadangkala golongan ini terhijab dengan pangkat, dan panggilan atau gelaran. Merasakan diri itu terlalu bagus berbanding dengan individu lain yang jawatan lebih rendah daripada mereka. Bercakap sesuka hati, tidak memikirkan perasaan dan maruah diri orang lain. Kita perlu ingat dan muhasabah diri, satu soalan jika boleh dijawab, siapakah akan menguruskan jenazah kita bila meninggal dunia satu hari nanti? Jika kita boleh menjawab soalan ini, silalah lakukan kesombongan. Ingat pangkat tiada hendak dibanggakan kecuali di dunia yang sementara ini.

Semua golongan adalah sama, daripada A hingga E, semuanya akan disoal di akhirat kelak, jangan sombong, ingat hidup ini adalah seperti roda, hari ini kita di atas besok lusa mana tahu jika masih di bawah, alhamdulillah jika roda itu bengkok parah akibatnya.

Sunday, May 9, 2010

Muhasabah: Ibu Bapa

Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Di antara dosa-dosa besar, yaitu memaki kedua orang tua. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang dapat memaki kedua orang tuanya? Rasulullah saw. menjawab: Dia memaki bapak orang lain, lalu orang lain itu memaki bapaknya. Dia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya.

Wednesday, May 5, 2010

Rasa Macam Nak Berhenti FB

Setelah membaca pro dan kontra FB ni, rasa nak tutup akuan saja. Nanti dulu bagi masa seminggu lagi. Kerja pun tak jalan ni.