Thursday, January 24, 2008

40 Hari Bergelar Suami

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani

Bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya saya diberi kekuatan untuk menulis pada kali ini walaupun hamoir dua bulan tidak menulis di blog ini. Ini disebabkan beberapa faktor tertentu yang perlu diberi perhatian lebih.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini dengan saudara sekalian bahawa hari ini merupakan hari ke-40 saya bergelar suami kepada Nor Hafizah Ab Majid. Pelbagai pengalaman baru telah dilalui iaitu pengalaman manis dan pengalaman pahit. Saya dapat rasakan di sini bahawa tedapat banyak perbezaan dari zaman bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin. Dari segala segi kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Pertamanya persedian dari sudut emosi perlu terkawal dengan baik supaya tidak melakukan tindakan yang tidak sewajarnya. Kedua persedian mental perlu diberi perhatian kerana pelbagai masalah akan wujud dan perlu diselesaikan dengan baik. Bagaimanakah cara untuk mendapat persedian yang baik iaitu melalui pembacaan, perkongsian pengalaman dengan sahabat-sahabat, dan kita juga perlu banyak berdoa kepada Allah supaya keluarga kita diberkati Allah.
Pada masa kini saya dan isteri tinggal berjauhan dan dalam masa dua minggu baru kami berjumpa, perkara begini perlu tahap kesabaran dan pertimbangan yang waras.
Pengalaman ini banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Pengalaman yang memerlukan penelitian yang mendalam.