Wednesday, December 31, 2008

Satu Perubahan

'Aish bersama ibunya



Aku berazam pada tahun 2009 ini akan lebih motivasi. Ya kerana MA dalam pembikinan kalau malas macam mana nak siapkan?




Ya anakda sudah ada perubahan, sudah boleh meniarap. Walid juga akan berusaha.



Kisah 2008

Aku ada beberapa kisah yang menarik dan menggembirakan di antaranya ialah:

1. Aku dikurniakan seorang srikandi Nor Rahadatul 'Aish. Pertama kali mengendong anak dan mengazankan dalam keadaan matanya melihat aku. Argh aku jatuh cinta.

2. Aku Dapat pergi ke Istanbul bersama para pelajar. Satu pengalaman ke tempat yang ingin aku pergi lagi satu hari nanti. Aku berazam.

3. Adikku Mohd Afiat Dhiyaulhaq bertunang dengan gadis pilihannya iaitu dari Pulau Pinang. Hehe sama macam abgnya cuma dia lebih kacak daripada aku.

4. Isteriku dapat penempatan guru di Kelantan, alhamdulillah berada berdekatan dengan suaminya hampir 7 bulan berjauhan.

5. Aku buat satu lagi lawatan akademik ke Karimun, Riau Indonesia, walaupun dalam keadaan penuh kontroversi. Yer aku malas pergi kerana tiada pelajar yang dapat mengikuti lawatan kali ini.

6. Aku mempunyai banyak tempat berdiskusi dan berwacana. Aku beruntung kerana dikelilingi oleh saudara mara yang bijak pandai seperti ayahku yang sentiasa berbicara mengenai rahsia Ihya Ulumuddin, Ayah mertua dalam bidang seni bina, Pakcik Alwi dengan sejarahnya, Pakcik Hisyam tempat sumber rujukan aku dalam bidang agama dan tidak lupa kepada abg iparku sekarang berada di USA. Aku kagum dengannya kerana dalam umurnya sebegitu muda belajar PHd, aku jadikan dia sebagai contoh. Ya aku dikelilingi oleh insan yang hebat.

Suka & Duka

Sudah lama tidak "memelihara" blog ini, mungkin disebabkan beberapa faktor yang perlu diberi lebih perhatian.

Hari ini baru terasa hendak menulis kerana ingin merasai semula nikmat menulis ini. Ada dua perkara yang berlaku satu duka dan satu lagi suka.

Awal pagi pada jam 8 pagi lebih kurang, aku menerima panggilan daripada Dhiyaulhaq (adikku) mengenai satu surat jawapan permohonan aku yang baru sampai di rumah. Katanya dukacita. Ok aku tidaklah terkejut sangat tetapi ada sedikit kekecewaan dalam hati.

Namun petang semalam, aku ceritakan kepada isteri di rumah mengenai surat itu dan katanya mungkin akan dapat lebih baik daripada yang ini. ok aku terima. Isteriku memang seorang yang cepat tangkap apa yang bermain difikiran aku ketika itu, tidak lama dia dapat menenangkan aku (cepat kelam kabut). Itulah kelebihan isteriku.

Pada masa aku berbual dengan isteriku, anakku sudah melakukan satu perubahan iaitu meniarap. Inilah pengubat aku. Semalam adalah kali pertama dia dapat meniarap dengan sendirinya. Alhamdulillah dalam usia 3 bulan 12 hari.

Pening kepala dalam seminggu dua ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran aku dan pada masa yang sama sukarnya hendak mencari pengasuh disekitar machang ini. Alhamdulillah semua masalah ini dapat diselesaikan, saya banyak-banyak terima kasih kepada Teacher Nik Ishah dan Kak Dah kerana sudi menjadi pengasuh anakda.

Hampir kesemuanya sudah selesai. Alhamdulillah.

Wednesday, December 17, 2008

Adab Memelihara Binatang

Daripada Ibn Umar: "Rasulullah bersabda: Seorang wanita disiksa kerana kucing pemeliharaanyaa mati kelaparan maka wanita itu masuk neraka"(al-Bukhari)

Cinta Jiwa Cinta Suci

Apabila melawat satu blog seorang rakan yang menulis mengenai cinta, ya mungkin lain orang lain pandangan mengenai cinta.

Semasa dalam proses berkelana, aku telah bertemu cinta yang membekas dalam diri. Tidak boleh dicari ganti.

Aku perlu teruskan berkelana untuk mencari cinta yang perna hinggap di hati ku. Bukan cinta biasa. Cintanya luar biasa kepada sesiapa yang merasai nikmat cinta.

*aku perlu pulang ke Tasik Gelugor berjumpa guru
*perlukah aku diberi minuman kedua?

Hanya Peringatan

Aristotle
* Hari ini bertemu di alam maya dengan rakan lama yang mempunyai kisah yang tersendiri.

Sunday, December 14, 2008

l Love You...

Ini adalah sebuah lagu kegemaran antara aku dan kekasih hati. Lagu inilah memberi kenangan kepada aku dan isteriku.

Adakah Anda Pencinta Bahasa Melayu?

Anda boleh melawat dan menghayati perkara yang ditulis oleh ahli akademik MELAYU kita.

1. http://profabdullah1.wordpress.com.

1 Tahun Begelar Suami

Hari ini, 14 Disember 2008 genap satu tahun sudah bergelar suami kepada Nor Hafizah Ab. Majid. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang srikandi sudah berumur 3 bulan menambahkan kenikmatan dalam rumahtangga.

Menyorot kembali sejarah pertemuan pertama dengan kekasih hati, ketika itu aku baru sahaja tamat belajar di Darul Quran Jakim dan aku dipertemukan dengan kekasih masih belaja di UPM. Sudah tentu aku gembira aku dapat bertemu sekali semasa menghadiri peperiksaan MUET. Pada masa yang sama aku menghadiri satu expo akademik di UPM. Kesemuanya terimbau kenangan ini di hadapan mata senyuman dan tawa riangnya.

Aku mengambil masa tidak lama untuk bertunang dan seterusnya berkahwin. Terima kasih untuk menjadi permaisuri hati ku.

Bahasa Melayu Ke Mana Arah Tujunya

Hari merupakan hari pertama masuk kerja setelah bercuti selama 14 hari. Selama bercuti di kampung dapat bertemu beberapa orang rakan daripada pelbagai latar belakang politik dan pelbagai agenda dibincangkan.

Pada hari ini masih dalam keadaan bercuti walaupun sudah bermula bekerja amat tertarik dengan perbincangan daripada penulis Puan Ainon. Sudah menjadi rutin harian membaca penulisannya di sini Universiti Terbuka PTS. Penulisan berdasarkan fakta amat mudah untuk kita fahami bahawa bertapa pentingnya mempertahankan agenda penerusan pembelajaran Bahasa Melayu kepada anak Melayu pada hari ini.

Pengajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains amatlah tidak tepat kerana mudah untuk kita fahamai bahasa adalah teras kepada pembinaan budaya bangsa kita sendiri.

Thursday, December 4, 2008

Rindu?


Ya aku rindu. Rindu pada semuanya. Aku rindu pada cartoon. Sekarang tiada masa menontonnya.


Bila menonton rasa segar.

Ya, Aku Sudah Pulang

Aku baru tiba dari Karimun Riau pada jam 5 pagi, aduh rasa letih sangat tetapi apakan daya aku cuti hanya tinggal dua hari lagi yang terpaksa dimanfaatkan untuk cuti Hari Raya Aidiladha.

Apa cerita aku di sana? Sebenarnya niat aku untuk mencari tempat sejarah di sana tidak berjaya. Aku merasai kecewa itu apabila semua perancangan yang dirancang di sini diubahsuai pada saat akhir. Ramai peserta tidak peduli tetapi aku peduli perkara sebegini.

Tidak aku nafikan, di sana memang syurga untuk membeli belah seperti pakaian, barangan cenderahati dan aku tidak lupa untuk membeli 4 buah buku dan satu hadiah dari Pak Irwanto seorang dosen di Universitas Karimun. Terima kasih Pak kerna mempunyai minat yang sama. Pak Irwanto juga mencadangkan aku membeli buku Manajemen Menangis sebuah karya yang menarik untuk dibaca dan diulas.

Aku masih dalam keletihan, Insyaallaah petang ini bertolak pulang ke Perlis. Seperti mana kita sedia maklumi, masyarakat Indonesia (di Universitas Karimun) menghormati Malaysia. Aku tidak mahu mengulas perihal ini disini kerana ada perbincangan di sana.

Pulau Karimun tidak jauh dari Johor hanya mengambil masa 45 minit sahaja menggunakan feri. Kepada sesiapa yang ingin membeli belah jangan lupa membawa duit yang banyak kerana aku sudah menghabiskan di sana lebih kurang 5 juta rupiah. Lumayan.

Sunday, November 30, 2008

Karimun, Riau Indonesia

Pada malam ini aku akan bertolak ke Pulau Karimun bersama-sama dengan pensyarah yang lain. Kali ini pertama kali aku ke tempat ini untuk mencari sesuatu yang aku rasakan akan berjumpa di sana.

Beberapa perkara aku telah senaraikan untuk mencari bahan di sana antaranya ialah:

1) Sudah semestinya membeli beberapa jenis buku di toko yang terkenal di sana kerana untuk mencari bahan bagi kajian sarjana proses pembikinan.

2) Mencari jejak-jejak sejarah mungkin barangkali wujud hubungkait antara Tanah Melayu dengan Karimun. Jikalau Riau memang sudah biasa kita kedenganran.

3) Mencari sesuatu yang telah hilang, nanti akan aku ceritakan lebih lanjut mungkin pada masa ini tidak sesuai.

4) Bila mana para pelajar Indonesia bangun berucap dan berhujah cukup menakjubkan, dari mana mereka mengasahkan bakat seperti itu. Ya aku pernah sekali di Jambi. Terkedu dan terkebil aku dibuatnya.

5) Ini untuk ibu bapa aku iaitu kitab Raja Haji.

6) Kain batik dan jaket kulit.

Thursday, November 27, 2008

Ibu Dan Bapa

Aku tak sabar sebenarnya hendak menanti besok hari, ada dua perkara iaitu:

1) Besok mak nak datang ke Kelantan katanya rindu pada cucu. hmm...memang ada tandanya bila mana call anaknya soalan pertama mesti tanya 'Aish sihat ka? Kalau dulu Abg Miq sihat ka? apa pun aku rindu sangat dengan mak aku.

2) Besok cuti minggu, aku dah bosan ni. Dalak kepala aku nak kemas rumah jer sebabnya rumah aku kotor dengan najis burung. Ada satu kontraktor membersih rumah tanpa memberi maklumat tersu sembur najis burung masuk dalam rumah aku. Satu lagi kerja yang tidak perlu dicari. Aku risau sebabnya ada anak kecil dalam rumah. Kurang cerdik punya kontraktor.

3) Aku akan bertolak ke Pulau Karimun, Riau Indonesia pada 30 November 2008, 9 malam. Ada perbentangan kertas kerja di sana.

Lawatan Ke Riau

Semalam sudah mesyuarat dengan para delegasi memandangkan sambutan yang akan diberikan oleh pihak Universiti Karimun melibatkan ketua pemerintah Karimun. Maksudnya sambutan tidak boleh dipandang ringan.

Hasil keputusan mesyuarat semalam semua bersetuju. Alhamdulillah. Tetapi saya masih ralat dengan tidak ada penyertaan daripada para pelajar. Program sebegini penting bagi mempertingkatkan daya keyakinan kepada pelajar.

Insyaallah, kita akan usahakan program sebegini pada tahun hadapan.

Tuesday, November 25, 2008

Bunga

Apabila melawat Prof Kamil di blog nya, yang menceritakan kisah bunga, Aku juga pernah memberi bunga kepada isteri. Masa bila? seingat aku dua kali. sebelum kahwin du UPM dan selepas kahwin di Penang. (sebab merajuk)

Biasalah menghadiahkan bungan kepada insan tersayang adalah untuk menyatakan cinta kepadanya.

Oh rindunya kepada bunga
bunga merah mekar
dibawa berhari-hari
rindu tidak kurang cinta yang bertambah

Kenduri


Ha, dua minggu lepas aku buat kenduri kesyukuran. Kenduri hanya kecil-kecilan saja. Aku menjemput my student dan jiran fellow. Saja jer nak umum kat student isteri ustaz ada di UiTM. haha.


Jadi alasan untuk tidak keluar malam.
'Aish bersama makcik-makciknya.

Ada ke patut

Aku bosan campur geram dengan keadaan semasa. Bila mana melihat gejala-gejala makin hari makin jadi. Bila melihat penganut Hindu mencampuri urusan agama Islam. Kalau tak faham tanya, jangan dok bangkang.

Aku juga rasa perlu provokosi kepada puak agama lain di Malaysia ni, boleh juga aku persoalkan kenapa puak ini ikut suka jer bina rumah ibadat. Begitu juga dengan rumah ibadat yang lain yang di bina di gua dan tempat lain ikut mimpi jer.

Jangan mencabar. Apa hal korang ?

Buntu


Aku buntu, pemikiran menjdi tepu. Banyak perkara yang aku tulis untuk aku keluarkan pandangan pada isu-isu semasa tetapi aku tetap buntu. Sudah tulis tetapi delete entah kenapa dengan diri aku pada masa kini. Buntu menguasai diri aku.

Monday, November 24, 2008

Kematian Satu Kemestian

Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Mati? Siapa yang tidak akan mati? Setiap yang hidup pasti mati. Ini merupakan satu kemestian yang hari ini sering dilupakan.

Pagi ini telah pergi menziarahi seorang sahabat yang kematian ayahnya. Marilah kita menginsafi bahawa kematian merupakan sebaik-baik peringatan.

Sunday, November 23, 2008

Bersukan Yang Melalaikan

Bersukan merupakan satu cara untuk menyihatkan tubuh badan. Pada kali ini bukan hendak menceritakan khusus mengenai sukan tetapi ingin melihat manusia yang melibatkan diri dengan sukan yang boleh melalaikan diri dan orang lain bermula dari jurulatih sehingga para pemainnya.

Saya juga pernah terlibat dengan sukan dari peringkat sekolah sehinnga kebangsaan dengan kejayaan dan kedukaan dari sudut pencapaiannya. Namun saya cuba buktikan ahli sukan juga boleh menjadi lebih daripada yang kita lihat pada hari ini.

Saya ingin membawa beberapa contoh yang terdapat berhampiran dengan keadaan saya di sini. Apa yang sedihnya apabila azan berkumandang, kita dapat melihat kebanyakkan ahli sukan lenggang lenggok, lepak atas tangga dan perhentian bas serta yang lebih hebatnya depan Pusat Islam. Tidak ada rasa malukah mereka ini?

Hebat sangatkah mereka ini? Berasa angkuh dengan panggilan Allah untuk menunaikan solat tetapi lebih teruknya tidak menghormati azan.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan kawan sekalian. Saya juga seorang ahli sukan, dua tahun mewakili pasukan bola sepak Perlis bawah 18 tahun untuk sekolah agama. Bila mana mmasa latihan tiba saja waktu solat kami terus solat di atas padang bola. Kenapa mereka tidak buat begitu? Tidak tahu agama ke?

Saya juga bermain sukan yang lain, hari ini juga turut bermain tetapi masih lagi mampu untuk menjadi imam.

Adakah mereka ini sehebat ahli sukan lain seperti Anelka, Ribery dan pemain Muslim yang lain. Baru saja dipilih untuk bermain diperingkat ini sudah sombong. piraah!

Thursday, November 20, 2008

All About Love


"When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew "
Shakespeare

Marilah kita berdoa bersama-sama

Pada awalnya saya hanya sekadar mencari gambar Novel Manikam Kalbu kerana saya baru bermula hendak membacanya tetapi secara tidak sengaja telah membaca satu kisah yang memberi pengajran kepada saya yang juga mempunyai seorang anak kecil. Saya mengajak pembaca blok ini untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan adik Amir Yusuf dan para sahabat boleh juga melawat blog ini. http://www.fajaril.net/blog/

Wednesday, November 19, 2008

Monday, November 17, 2008

Apa Hal ?


Aku bercadang dalam hujung bulan ada lawatan akademik ke Riau Indonesia. Ini adalah hasil kertas kerja aku yang diluluskan bagi membawa para pelajar tetapi wujud beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


Aku teruskan juga idea ini untuk ke Riau tapi akhir-akhirnya aku ambil keputusan tarik diri. Puas hati aku. Sebab aku sudah tawar hati untuk menolong meneruskan program ini kerana jelas benefit untuk aku kurang sama sekali. Untungnya siapa? Biarkan mereka.


Aku hanya menolong bukan part daripada ajk, kenapa aku yang perlu lakukan semuanya? sekarang biarkan aku sudah malas. Menyampah "eh ustaz tolong bagitau yer", "ustaz nanti jumpa dan uruskan borang yer", "ustaz dah contact ker Universiti Karimun?", eh mana ajk korang ni, kenapa aku jer kena belasah ni.?


P/S: layan Tom & Jerry lagi best.

Sunday, November 16, 2008

Tom & Jerry


Semalam sambil menunggu anak di klinik untuk mengambil suntikan imunisasi ke dua sempat juga berjalan-jalan dalam bandar Machang. Ada satu sudut dekat pasar basah Machang terdapat penjual VCD. Ini peluang yang dinanti-nantikan beli lah 2 VCD satu hindustan dan satu lagi Tom & Jerry, bukan apa sekadar untuk mengingat zaman kanak-kanak. Layan!!

Thursday, November 13, 2008

Membeli belah di Istanbul

Kedai dalam Grand Bazaar
Bazaar berhampiran Grand Bazaar
Istanbul Grand Bazaar

Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang berhajat ke Istanbul. Pada pengalaman saya.
  1. Selalunya apabila kita mengikut mana-mana trip mereka akan membawa kita shopping di Grand Bazaar yang menjadi tempat pusat membeli belah utama. Grand Bazaar mempunyai lebih kurang 5000 kedai. Pelbagai barang ada dijual di sini. Memang menarik tetapi harganya agak mahal. Saya pernah mencuba untuk mendapatkan harga yang murah dengan tawar menawar yang mengambil masa terlalu lama lebih kurang 2 jam dengan menggunakan skill. Setelah saya tawaf hampir sebahagian dalam kedai tersebut dapati bahawa kedai-kedai yang berada lebih jauh dari pintu masuk adalahj lagi murah.


  2. Cara kedua saya tidak membeli di Grand Bazaar tetapi ada satu tempat berhampiran dengan Grand Bazaar terdapat satu lagi bazaar tidak silap saya ialah Mahmud Pasha Bazaar. Harganya jauh lebih murah dari Grand Bazaar. Saya berbelanja di situ habis lebih kurang 600 Lira kebanyakannya membeli pakain fesyen Turkey.


  3. Selain itu boleh berjalan kaki ke kedai yang berhampiran sepanjang landasan trem, banyak kedai di situ juga boleh membeli belah batu permata ukiran dan stail memang menarik hati. Boleh beli untuk orang tersayang.

Wednesday, November 12, 2008

Meteor Garden

Tiba-tiba dan ketika ini teringat kenangan zaman persekolahan. Drama ini bisa dotonton ketika form 4. Mungkin masa itu ada gelodak jiwa menggangu ketentaram hati. Dengar lagu ni, hmm ingatla masa sekolah.

Kelam Kelibut

Bermula minggu ini berada dalam keadaan yang amat sibuk.

10 Nov 08
Menghantar isteri ke Kota Bharu di Hotel Sutera Inn kerana ada taklimat penempatan guru. Awal pagi menghantar rumah pengasuh. Alhamdulillah ada keluarga En. Pani iaitu rakan sekerja UiTM. al- Maklumlah aku bukan berasal Kelantan jadi tiada saudara mara di sini.


11 Nov 08
Keputusan semalam ialah isteri ditempatkan di sekolah Ayer Lanas Jeli 52 km dari Machang. Jauh? memang jauh. Hari ini juga perlu daftarkan diri. Keluar awal pagi jam 6.30 hantar anak kepada pengasuh. Janji dahulu hanya sehari tetapi akhirnya sebulan. Aku banyak-banyak bersyukur kepada Allah kerana ada rakan yang sudi membantu ketika dalam keadaan terdesak sebegini.

12 Nov 08
Hari ini hari ke dua isteri mengajar, syukur lagi kerana ada guru-guru dari Machang yang dapat pergi bersama ke sekolah yang sama. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala perancangan yang tidak dijangka.

Aku pulak perlu selesaikan bab yang pertama untuk tesis master. Bila membaca buku? sambil-sambil ayunkan buai anak.

Bila bangun pagi tengok muka anak, alahai kesiannya pagi-pagi dah bangun ikut ibu pergi kerja.

Ya Allah permudahkan segala urusan hamba-Mu ini.

Thursday, November 6, 2008

Sakit Sungguh !








ULCER MULUT (ULSER AFTA)


Saya sudah hampir dua minggu dapat penyakit ulser mulut. Dalam masa hampir dua minggu tak dapat bercakap dengan sempurna. Kepala sakit. Makan pun susah.


Di sini saya berkongsi sedikit maklumat.


Boleh rujuk di bawah. Saya link dengan http://www.myhealth.gov.my/

Antara Obama Dan Hamilton



  1. Ke dua-duanya mempunyai persamaan iaitu dari golongan negro.
  2. Ke dua-duanya memenangi perlumbaan menuju kejayaan dalam perlumbaam permotoran dan pilihanraya presiden.
  3. Ke dua-duanya menghadapi halangan dan cemuhan racis daripada pihak berlawanan.
  4. Tetapi kedua-duanya tidak patah semangat untuk membuktikan warna kulit bukan penghalang terbesar dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Wednesday, November 5, 2008

Congratulation Obama And Biden

Tahniah Obama kerana mendapat kemenangan ini. Diharapkan beliau dapat meneruskan dasar-dasar yang diperjuangkan sebelum ini.

Tuesday, November 4, 2008

Keajaiban Azan

Ada beberapa perkongsian di sini mengenai azan dan bukan berhajat untuk menghuraikan video di atas hanya sebagai renungan untuk kita berkongsi hasil kajian sarjana muslim.

  1. Dalam pengamalan agama ramai dikalangan kita yang berebut-rebut untuk menjadi muazzin tatapi tidak berebut untuk menjadi imam barangkali memikirkan tanggungjawab yang berat.
  2. Pengalaman saya saat menghadapi peperiksaan selalu saya lepak di masjid Darul Quran kerana menanti untuk melaungkan. Kesannya ialah dapat menghilangkan tekanan peperiksaan.
  3. Begitu juga saya berpesan di sini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk melaungkan azan di Pusat Islam.
  4. Azan sememangnya dapat memberi ketenangan. Apabila bayi dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mengazan dan mengiqamahkan ke telingan anaknya.
  5. Bila-bila stress boleh cuba azan dengan pelbagai lagu yang kita tahu. Insyaallah tenanglah hati kita.

Tuesday, October 28, 2008

Satu Pengalaman

Bertahnik

Srikandi

Ini satu pengalaman yang menarik untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Pengalamannya ialah mentahnik atau belah mulut mengikut bahasa orang utara. Pengalaman yang memberikan kesedaran dan pada masa yang sama keseronokan mendapat cahaya mata.


Saya melakukan amalan tahnik ini sudah beberapa kali bermulanya pada masa persekolahan mentahnik cucu pengetua sekolah. Itu pengalaman yang pertama. Akan tetapi untuk anak sendiri ini, saya telah melakukannya 2 kali iaitu selepas dilahirkan iaitu sebelum anak menyusu dan kali ke dua ialah di rumah yang dimulakan oleh Mak Bidan Tok Teh.


Tahnik pertama dilakukan selepas mengazan dan mengiqamahkan anak seterusnya tahnik dengan kurma dan air zam-zam. Kali ke dua buat di rumah dengan kurma dan air zam-zam juga menggunakan cincin emas. Pada masa merasakan air zam-zam kita perlu berniat dan berhajat anak ini menjadi solehah.


Pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Monday, October 27, 2008

Kursus Intergriti Kg Gajah


Malas sebenarnya untuk pergi kursus ni, kenapa? panjang ceritanya daripada kerja dari Shah Alam sampai la Kelantan masih lagi teringat cebisan itu.


Bila pergi kursus sekama tiga hari bermula dari 28-30 Oktober 2007. Dan ingat terus balik kampung jer tumpang kawan dari UiTM Arau.


Sabtu 1 Nov 2008 ada majlis pertunangan di Pulau Pinang, bukan aku tapi adik aku yang bertunang. Hehe. Dulu masa aku bertunang tak pi pun umah bakal isteri sebabnya adat yang diwarisi oleh nenek moyang tidak membenarkan bakal suami pergi. Boleh tapi hanya pi masa merisik sahaja.


Seronok bila mengimbau kembali zaman pra perkahwinan. haha.


Pasal blog ni, insyaallah akan terus diupdatekan. Kat Kg Gajah ada sediakan internet tak lah boring sangat dengar pembebel tu.



Friday, October 24, 2008

Race

Filem ini sudah ditonton pada bulan 8 lebih kurang. Beli dvd pun pada asalnya kerana hero dan heroinnya yang diminati Saif, Akhsya dan tidak lupa Katrina Kaif.

Jalan cerita memang menarik. Siapa yang kaki hindustan jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini. Paling penting filem ini lebih baik daripada filem 1,2 ka 4. (lakonan Dato' Shah Rukh Khan)

Filem 1,2, ka 4 ini di antara filem yang kurang menarik berbanding filem lain lakonannya. Jangan marah peminat fanatik beliau kerna aku jugak peminat Shah Rukh Khan (semua filem dah tengok).

Masjid Sultan Abu Bakar Johor





Sultan Abu Bakar Mosque is situated at Jalan Abu bakar, Johor Baru overlooking the Straits of Johor. The foundation stone of the museum was laid by Sultan Abu Bakar in 1892 but he never lived to see the museum completed as he passed away three years later. This mosque is the biggest mosque in Johor and was built under the instruction of two local engineers, that is Datuk Yahya Awaluddin and the supervisory work was carried out by Batwip Mohd Arif. The cost of building the museum was RM 400,000.


Masjid Sultan Abu Bakar was officially opened on 2 February 1900 by Sultan Ibrahim. The mosque is square in shape and is based on the Islamic architecture.


Masjid ini dibina di atas bukit yang menghadap laut atau selat. Adakah idea pembinaan masjid ini ada perkaitan dengan lawatan Sultan Abu Bakar ke Turkey kerana pembinaan masjid ini hampir sama kedudukannya dengan masjid biru di Istanbul yang juga menghadap laut atau Selat Bosphorus.




Thursday, October 23, 2008

It's About Love



Love looks not with the eyes, but with the mind.


William ShakespeareGreatest English dramatist & poet (1564 - 1616)


Ps: Betul atau tidak jawapannya terletak pada setiap individu.

Wednesday, October 15, 2008

Friday, October 10, 2008

Majlis Hari Raya CITU

Bersama pensyarah CITU



Majlis Hari Raya CITU (Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam) UiTM Kelantan telah menganjurkan program bertempat di New Pacific Hotel Kota Bharu hari ini.


Semua kakitangan CITU hadir untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan bagi meraikan Ustaz Abu Sufian dan Prof Madya Dr. Rusanani.


Semua tetamu hampir 50 orang. Alhamdulillah usaha selama ini untuk berhimpun sambil berkenalan dengan ahli keluarga kakitangan dapat dijalankan. Kredit untuk Prof Madya Noor Awang Hamat kerana bertungkus lumus mengatur program ini hingga selesai.

Famous Quotes about Istanbul




"If one had but a single glance to give the world, one should gaze on Istanbul." by Alphonse de Lamartine


"If the whole world were a single country, Istanbul would be the capital." by Napoleon Bonaparte

Thursday, October 9, 2008

Kursus Peningkatan Intergriti

Pada 28-30 Oktober 2008 akan diadakan kursus peningkatan intergriti yang khabarnya sudah dirancang begitu lama untuk dilaksanakan. Kumpulan sasaran ialah imam dan bilal sahaja.
Apa yang peliknya, kursus ini rasanya tidak bertepatan dengan kehendak masakini, kenapa? apabila melihat kepada program yang terdahulu memang merugikan masa dan tenaga sahaja.
Tapi apa pun tunggu dan lihat smoga ada perubahan dalam modul kursus kali ini. Setelah
mendapat email petang tadi terpikir kenapa hanya puak imam dan bilal sahaja yang terlibat dalam kursus intergriti ini? Kenapa puak ini tidak diberikan pendedahan yan lebih luas dari sudut penghantaran kepada seminar-seminar yang boleh membuka minda sesetengah imam fikirannya belum terbuka.
Ini merupakan kursus yang pertama dianjurkan khusus kepada puak imam dan bilal tetapi pihak lain sudah banyak kali ada kursusnya. Ini kena pulak pasal intergriti. apa yang intergritinya?

Penyanyi



Pada kali ini bukan saya hendak bercerita mengenai penyanyi di atas yang mempunyai nama hampir sama dengan diri penulis tetapi ada kisah disebalik menjadi penyanyi ini.


Malam tadi kolej Tunku Abdul Rahman telah membuat majlis jamuan hari raya dan menjemput penghuni kolej tersebut bersama pihak pengurusan universiti dan pegawai pembangunan pelajar.


Malam tadi merupakan kali pertama saya bernyanyi di atas pentas dengan menyanyikan lagu Amy Search. Memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Dato' Pengarah yang menjemput saya menyanyi.


Apa pun, ini mungkin pertama dan terakhir menyanyi di atas pentas. Untuk menjadi penyanyi perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi menyesuaikan keadaan di atas pentas yang diperhatikan oleh ramai penonton.


Pengalaman ini mampu menjadikan diri kita lebih berkeyakinan dalam membentuk penampilan yang mantap.

Tuesday, October 7, 2008

Penat



Setelah pulang dari kampung (Kangar dan Penang) tiba di Kelantan tepat jam 9 malam setelah tersekat di jambatan Pulau Pinang hampir sejam kerana kesesakan trafik. Rasa malas nak balik pun ada kerana cuti raya yang agak lama hampir 2 minggu.


Semalam masuk kantor bertemu dengan bos, rakan-rakan dan pelajar yang dirindui. Mereka banyak bertanya mengenai perkembangan anak. Alhamdulillah.


Seterusnya masuk bilik, on pc dan kemaskini email. masyaallah banyak kerja yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Alhamdulillah hari ini sempat menyiapkan kerja tersebut tatapi datang lagi. Ada tugasan terbaru membuat ucapan Dato' Pengarah dan bersama dua timbalannya.


Sebelum terlupa, bos sempat mengingatkan bagaimana program lawatan akademik ke Kepulauan Riau. Hmmm belum selesai satu dapat lagi satu.
Minggu ini dijangka akan pulang ke Penang kerana bapa mertua membuat kenduri kesyukuran sempena kehadiran ahli baru dalam keluarga ini. Ambil kesempatan ini, boleh jengok anakda 'Aish.
Insyaallah pening dalam penyusunan kerja ini akan dapat diatasi dengan semangat yang tinggi.

Cahaya Mata



Assalamualaikum, Saat yang dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Anak merupakan kurnian Allah s.w.t.

Ada berapa ketika yang menjadi ingatan ketika menunggu saat kelahiran anak yang pertama.

Hari Rabu 17 September 08

  1. Pada jam 11 pagi isteri masuk wad kerana telah ada sedikit pendarahan sebagai tanda kelahiran.
  2. Saya bergegas balik dari Kelantan, alhamdulillah sampai dalam masa 3 jam.
  3. Pada jam 2 pagi masuk ke bilik bersalin dan saya menunggu disebelah isteri. Satu pengalaman yang seronok dan memberi keinsafan melihat saat kelahiran.
  4. Pada jam 4.10 pagi 18 September 2008, Alhamdulillah isteri selamat melahirkan seorang anak perempuan.

Saya mengucapkan sebanyak-banyak kesyukuran kerana isteri dan anak berada dalam keadaan selamat.

Seterusnya diazankan, diiqamahkan dan tahniq anak dengan air Zamzam sebelum diberikan susu ibu.

Permata hati kami ini diberi nama Nor Rahadatul 'Aish Mohd Miqdad Aswad.

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran

Nuzul Quran antara rialiti dan fantasi (kalau fantasia adalah sebuah negeri Jin seprti yang disebutkan dalam novel Faisal Tehrani Advencer Si Peniup Ney). Apbila kita melihat realiti pada hari ini, pada hari ini kita sudah sampai hari nuzul Quran, sudahkah kita menghabiskan al-Quran, berapa kakerapannya?

Tapi apa yang saya lihat Ramadhan kali ini (pada sesetengah tempat yang hampir dengan aku), kebanyakan sibuk dengan kerja, bukan untuk aku nafikan di sini kita kene kurangkan kerja, tapi dari sudut keseimbangan perlu ada. Tarawikh pun buat lapan. Aduh rasa kosongnya hidup atau tidak dapat kepuasan langsung.

Pada akhir-akhir ini, politik negara dalam keadaan yang tenat, keadaan kaum kurang stabil, isu perkauman bebas dilontarkan. Pada pandangan aku perkara begini tidak perlu terjadi. Pada zaman para sahabat Khalifah Umar al-Khattab ditegur tapi hari siapa yang berani menegur?

Takutnya berada pada zaman ini, penuh dengan tipu daya, fitnah dan mehnah yang berlaku seperti perkara biasa. Rakyat Malaysia kini berada dalam ketakutan.

Ya Allah tolonglah kami, rakyat Malaysia, jadikanlah negeri kami negeri yang aman damai, berilah kepimpinan negara ini kepada insan yang beramal soleh. Ya Allah kami mohon kepada-Mu, berilah tampok pemerintahan kepada insan yang boleh melaksanakan nahi mungkar.

Ameen.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, September 15, 2008

Hadith Ramadhan

Daripada Aisyah berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. jika memasuki sepuluh iaitu sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan, baginda menjauhi isteri-isterinya. Menghidupkan bulan Ramadhan dengan ibadat dan membangunkan keluarganya

Keterangan: Sepuluh yang terakhir iaitu 20 Ramadhan ke atas.

Pagi semalam saya telah dijemput untuk memberi tazkirah mengenai bulan puasa ini. Dan saya telah membawa satu hadis di atas untuk dijadikan pedoman dan panduan kepada sesiapa yang ingin ihya' Ramadhan. Berdasarkan hadith ini, Rasulullah amat menitik beratkan 10 malam yang terakhir. Insyaallha marilah sama-sama kita berazam untuk berusaha sebaik mungkin pada malam sepeuluh yang terakhir.

Kepada yang mempunyai isteri boleh beribadah secara bersama-sama. Dan anak-anak juga perlu turut serta dalam proes membiasakan diri mereka dengan bangun di malam hari untuk beribadah.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Thursday, September 11, 2008

Darul Quran Jakim

Masjid Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

Alhamdulillah, pada pagi ini saya ada menjalankan ujian hafazan bagi pelajar KO. Alhamdulillah semu pelajar dapat memberi hafazan yang diyakini lulus dengan cemerlang.


secara sedar atau tidak saya terimbau kembali masa belajar di Darul Quran pada sesi 2002-2005. Satu kenangan yang sukar hendak dilupakan. Satu tempat yang indah , tenang, damai. Saya rasakan pengalaman yang paling beharga ketika menuntut di sana.


Ada sebuah masjid dan perpustakaan di pinggir tasik memang mengasyikkan membaca buku dan mengulang al-Quran. Sambil melihat alam sekeliling yang mendamai jiwa.
Teringat juga masa majlis khatam al-Quran beramai-ramai, penontonnya ialah ibu dan bapa. Melihat ada ibu yang menangis kegembiraan kerana anaknya sudah bergelar al-Hafiz. Itu semua kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan. Saya juga mengimpikan supaya satu hari nanti anak saya dapat menghafal di Darul Quran Jakim.
Darul Quran satu destinasi yang menjadi impian kepada bakal-bakal hafiz.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, September 9, 2008

Tak Sabar?

Bakal ibu

Perkahwinan aku dilangsungkan pada 14-12-07, hari Jumaat. Alhamdulillah saat yang indah. Dahulu gembira kerana tidak sabar untuk menanti saat-saat ingin disatukan tapi kali ini saat untuk menjadi seorang walid.

Ya, memang aku tidak sabar unutk menanti saat ini, satu penantian yang dirasakan lama. Aku ingat minggu lepas (1 September 08) sudah bergelar walid. Aku setia menunngu saat ini. Aku beranggapan inilah saat yang dinantikan oleh setiap pasangan. Insyaallah aku mohon doa kepada Allah supaya memudahkan segala urusan hambanya.

Terima kasih.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, September 3, 2008

Ahlan Wasahlan Barbatov


Manchester United telah menerima seorang penyerang baharu iaitu Dimiter Barbatov. Insyaallah MU pada tahun ini akan lebih menyerlah.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, August 27, 2008

Kali Ini

Pada kali ini, aku tak boleh balik kampung tengok Isteri cuti merdeka kali ini. Sedihnya aku

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, August 26, 2008

Juara Nasyid UiTM Kelantan 2008




Pertandingan nasyid antara IPTA/IPTS Kelantan telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada 23 Ogos 2008. UiTM Kelantan telah mengungguli pertandingan tersebut.

Tahniah UiTM Kelantan, Insya Allah, kumpulan akan terus diberi kepercayaan untuk mewakili UiTM Kelantan.

Sasaran seterusnya ialah untuk pertandingan peringkat UiTM Malaysia pada tahun hadapan. Sudah pasti pertandingan ini akan mendapat saingan yang hebat.

Berusaha serta bertawakkal adalah kunci utama kejayaan nasyid ini. Tahniah anak muda.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

1511 Adakah Akan Berulang?

Kota A Famosa Tinggalan Portugis

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember 1515) adalah seorang jeneral tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengasaskan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.

Di lahirkan di Alhandra, berhampiran dengan Lisbon, Portugal, Albuquerque pernah dikenali sebagai "Yang Agung", serta "Marikh Portugis" buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonçalo de Albuquerque, Herr von Vila Verde dos Francos, memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah.

Albuquerque menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Afonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau kelihatan telah berkhidmat di Afrika buat satu tempoh. Pada kepulangannya, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II.

Di atas adalah sejarah Kota Melaka tumbang ke tangan Portugis. Artikel ini saya petik daripada Wikipedia. Adakah apa yang terjadi pada hari itu akan berulang pada hari ini.

Marilah sama-sama kita mempelajari dan menginsafi diri. Kebanyakan perkara yang terjadi pada suatu ketika dahulu sudah terjadi pada zaman ini.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, August 25, 2008

Satu Perpindahan



Pada jam 8.50 pagi, aku terus pergi mengambil surat di dalam kotak pentadbiran. Aku seperti biasa melihat dan meniti setiap surat yang berada di dalam kotak. Tiba-tiba aku seperti mengetahui tulisan tangan surat ini, baru ku sedari bahawa insan yang dirindui setiap saat menghantar kepada ku.

Aku terus balik ke pejabat, tidak sabar untuk ku membaca surat ini, memang dia sentiasa mengingati ku, aku makin sedar akan cintanya terhadap aku. Terus ku baca bisiskan hatinya kepada ku. Alangkah indahnya hidup ini.

Aku terus membaca dan menghayati setiap bait setiap rangkap.


Di antara ruang-ruang waktu,

ingin kurangkaikan debungan rindu,

khas buat dirimu yang satu,

sempena meraikan hari bahagia buatmu,

Biarlah kerinduan menjadi saksi,

kenangan dan ingatan padamu tetap,

subur mengharum di hati,

Sempena meraikan hari lahirmu

kutadahkan tangan mengharapkan restu

moga impian nan suci akan terkabul

dan kesejahteraan menjadi teman setiamu


Aku sedar aku makin dimamah usia, tapi adakah aku masih tidak sedar secara hakiki. Adakah amalan ku makin bertambah. Ya Allah rahmatilah umurku.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Saturday, August 23, 2008

Elaan 2005

Ini adalah filem Hindustan yang baru sahaja menontonnya pada hari Jumaat baru ini. Satu filem yang bagus dari sudut mencipta karekternya dan jalan ceritanya.

Beberapa kesimpulan dari diambil dari filem ini, kita dapat lihat keutamaan terhadap persahabat mengatasi lain-lain perkara. Keduanya pengorbanan rakan-rakannya dalam meneruskan misi untuk menangkap penjenayah (lakonan Mithun) yang paling dikehendaki oleh polis India dan 5 negara yang lain.

Imej penjenayah memang berkesan yang dilakonkan oleh Mithun, dahulunya merupakan hero filem Hindustan. Beliau cuba membawa watak baru baginya. Satu percubaan yang baik.

Senarai pelakon yang hebat, jadi saya cadangkan anda semua untuk menonton filem ini:

Rahul Khanna

Karan 'Bunty' K. Shah

Arjun Rampal

Ex-Police Inspector Arjun Srivastav

Amisha Patel
.
Priya

John Abraham
...
Abhimanyu

Lara Dutta

Sonia

Chunky Pandey

Salim

G. Asrani

Kishorilal

Milind Gunaji

Aftab Sikander

Ritu Shivpuri

Anjali K. Shah

Avtar Gill
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Adakah Anda Bahagia?


Gambar Hiasan
Ini merupakan pasangan bahagia dari Istanbul. Suaminya warga negara Turkey tetapi berbangsa Kurdish. Manakala Isterinya warga negara Turkey dan bangsa Turkish.

Alhamdulillha, kelihatannya begitu bahagia. adakah kita juga inginkan kebahagian seperti mereka?


iniBersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil

Ade Perubahan

Dalam kehidupan ini sudah semestinya kita melalui perubahan. Perubahan yang dilalui secara sengaja atau tidak sengaja. Alhamdulillah banyak perubahan yang telah kita lalu.

Apa yang hendak dikongsi di sini bukanlah satu perkara untuk beratkan otak kita. Sahaja saya membawa satu perubahan yang telah saya lakukan iaitu sebelum ini apabila balik ke kampung iaitu Pulau Pinang saya mangambil masa lebih kurang empat jam. Selepas itu saya dapat kurangkan jadi 3 jam 45 minit. Setiap kali saya pulang ke kampung saya dapat buat rekod baru (bukan olimpik jer ade rekod), rekod peribadi iaitu 3 jam.

Memang rasa cepat sangat. Alhamdulillah saya dapat mempelajari beberapa skil terbaru dalam mengawal kereta. Pokoknya bila berada dalam keadaan laju jangan rasa gelebah. Relaks sahaja.

Entry bukan untuk kita berlumba tetapi moralnya ialah setiap kali saya memandu kereta pulang ke Penang, saya akan berusaha. Begitu juga sekiranya kita ingin mengharungi perubahan jangan kita tunggu dan lihat sahaja orang lain melakukan perubahan untuk kita tetapi kita yang perlu melakukan perubahan tersebut ke atas keadaan.

Ingat jangan biarkan kita dijadikan bahan untuk perubahan.
Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Thursday, August 21, 2008

Apa Masalahnya?

Hari ini sibuk sebenarnya, tapi perlu juga diberi peluan untuk berkongsi kali ini. Sejak kebelakangan ini sukar untuk mencari masa yang sesuai untukl menulis walaupun banyak perkara bermain difikiran.

Baru sebentar tadi semasa menghantar laporan AKNC, ada seorang staf memberi tahu mengenai perihal Pusat Islam iaitu mengenai jemaahnya yang kurang, kurang keselesaan kerana terdapat pelajar yang bising semasa solat.

Jadi tindakan yang diambil beliau ialah pergi solat di masjid bersebelahan dengan UiTM, aku pun terpikir sampai macam tu yer. Aku renung semula. Mungkin salah aku sebagai pegawai Pusat Islam di sini. Akan tetapi beliau memberi tahu bahawa bukan dia seorang saja buat macam ni malah ada jemaah familiar selalu komen mengenai masalah pelajar yang malas solat jemaah.

Baru aku sedari, patutla aku solat sorang-sorang masa cuti sem ni, hmm... tensen pulak aku dibuatnya. Memikir masalah ini. Senang jer diorang nak solat tempat lain tapi kenapa UiTM membuat Pusat Islam. Apa tujuannya? ialah memudahkan para pelajar dan staf untuk solat jemaah.

Tapi ini merupakan satu tindakan yang tidak rasional. Mudah melepaskan masalah pada orang lain. Aku tetap tak puas hati. Geram pun ada.

Tetapi ni jugak sebagai satu cabaran untuk aku sebenarnya.

Apa nak jadi la. Macam-macam fi'il orang ni.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Thursday, August 14, 2008

Istanbul 4


Setiap kali sedih, pilu, risau dan dengan perasaan yang kurang tenang ketika teringat saya kepada kawan-kawan dan para pelajar yang mempunyai kenangan bersama.


Semoga jadikan ia sebuah kenangan yang indah dan manfaatkan ia untuk Islam. Jangan mudah mengalah. Kuatkan iman bertempur dengan musuh yang sentiasa menghalangi diri kita.


Yoep aku rindu pada kamu semua. Tiada siapa di sini seperti kamu.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Lee Chong Wei Teruskan Kemaraan


Baru sebentar tadi Lee Chong Wei jaguh perseorangan Malaysia memenagi pertarungan dengan Sony Dwi Koncoro dari Indonesia. Satu pertarungan yang cukup hebat dan mendebarkan.

Harapan rakyat Malaysia dapat diteruskan lagi. Mungkin pertemuan seterusnya beliau akan bertemu dengan Boa Chunlai jaguh dari China.

Kita sama-sama mendoakan kejayaan Malaysia. Rehatkan minda kerana sudah serabut dengan keadaan politik pada hari ini.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Kesedaran Bangsa Melayu


Semalam di UiTM Kelantan telah mendapat liputan akhbar dengan adanya satu tunjuk perasaan terhadapa kenyataan Tan Sri Khalid MB Selangor,

Hampir seluruh pelajar UiTM menurunkan tandatangan tanda protes. Diharapkan seluruh pelajar menyedari atau mulai sedar daripada tidur lena selama ini. Sebagai mahasiswa perlu mengetahui hal ehwal semasa, bukan sahaja mengenai isu ini sahaja malah melibatkan isu-isu sensitiviti agama.

Mahasiswa perlu berfikiran matang supaya kita tidak dianggap seperti budak kecil. Kita perlu sedari bahawa hari ramai musuh dikalangan kita yang ingin menjatuhkan bangsa Melayu dan cuba mempermainkan sentimen agama.

Mahasiswa perlu wujudkan dalam diri pertahanan dengan menuntuy ilmu dan selalu memperbanyakkan ibadah. Semoga Allah juga merahmati perjuangan kita mepertahankan hak-hak kita sebagai bangsa Melayu Muslim.

Untuk itu, mahasiswa perlu mengkaji sejarah orang Melayu, suatu ketika dahulu merupakan satu bangsa yang cukup hebat sehinggakan Portugis dari Eropah Timur boleh mengetahui mengenai Kota Melaka. Tapi kenapa Kota Melaka yang hebat itu juga turut tumbang pada tahun 1511? Marilah kita sebagai mahasiswa bersama-sama kita mengkaji dan membongkarkan kenapa Melayu suatu masa dahulu hebat tatapi pada hari ini dipermainkan.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, August 11, 2008

Wacana Wanita Dan Undang-Undang


Wacana Wanita Dan Undang-undang, penceramahnya ialah Prof. Madya Haji Noor Awang Hamat. Bersama moderetornya Mohd Miqdad Aswad Ahmad al-Hafiz.

Pada pagi tadi satu program iaitu satu wacana khas untuk wanita telah diadakan. Wacana mengenai Undang-undang atau hak-hak eksklusif yang wanita miliki. Dengan wacana ini, dapatlah para peserta mendapat pendedahan mengenai hak diri mereka sendiri.

Para peserta yang terdiri daripada kakitangan UiTM Kelantan seperti pensyarah, staf pentadbiran dan para pelajar. Banyak isu diperbincangkan, walaupun terdapat isu yang sudah lama seperti kahwin misyar. Pelbagai tanggapan dan pertanyaan diberikan oleh para peserta kepada penceramah.

Antara isu-isu yang sempat dikupas oleh penceramah tad ialah, poligami, kahwin misyar, hak-hak selapas pencaraian dan banyak lagi. Insyaallah program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Insyaallah program wacana ini akan ada siri kedua mungkin dalam masa terdekat pada bulan puasa nanti.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

I love You So Much



Terimalah puisi ini untuk insan yang disayangi...



Sometimes I wake up
in the middle of the night
shivering from fright
feeling empty
feeling nothing
because I think about
how it would be
if you weren't here
And then I wonder
if you really know
how very much
you mean to me
how incredible
I think you are
how you are
a part of all my emotions
how you are
the deepest meaning in my life
Please always know
that I love you
more than anything else
in the world


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, August 6, 2008

Rindunya ku kepada mu





Perasaan yang hadir ketika ini, satu perasaan tidak terungkap dengan kata-kata. Hanya insan yang bercinta akan melalui perasaan begini. Alangkah indahnya jika kekasihku berada disampingku.


Biarlah aku menghitung hari, menunggu ketibaan hari bersejarah dalam hidupku. Setiap hari ku menantikan kehadiran penyeri kehidupan ini. Kuharap bahtera ini selamat sampai ke destinasinya iaitu mendapat keredhaaan Allah s.w.t.


Sekarang ini, isteri ku berada di Kampung kerana semalam telah ada satu temuduga penempatan guru. Berat hati untuk ku menghantarnya pulang. Alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar.
Selamat Hari Lahir Isteri Ku yang Ke 23.



Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Opps! Siapa Yang Kene

Alhamdulillah,
Hari ini telah berjalan satu program Opps! Shahsiah pelajar. harap-harap tiada pelajar Alumni LTDI yang terlibat.

Hari ini sempat jugak menyaman 6 orang pelajar secara keseluruhannya kesalahan seluar lusuh, rambut panjang, dan tidak memakai kad metrik.

ok kot selepas ni.?

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, August 5, 2008

Tajuk Cadangan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, di sini telah mendapat beberapa cadangan kepada para pelajar untuk menggalakkan penulisan dikalangan para pelajar kerana banyak menulis akan dapat memperbaiki mutu penulisan dan secara tidak langsung dapat menggalakkan kita berfikir.

Ada lebih kurang tajuk begini, saya bercadang supaya kita buat satu rencana tentang pengembaraan kita ke Istanbul, Turkey baru-baru ini. Apa yang pasti rencana tersebut dapat kita siarkan dalam akhbar untuk dijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang berminat.

Tajuk-tajuknya ialah:
  1. Menjejaki kegemilangan Tamadun Islam di Istanbul
  2. Pengembaraan menjejaki bumi Khalifah Uthmaniah
  3. Kehebatan Kerajaan Islam: Uthmaniah Dalam Kenangan
  4. Tolong tambah jika ada tajuk yang lebih menarik dan menyentuh jiwa dan sanubari.

Kenapa? mungkin kamu semua akan bertanya. Tujuannya ialah supaya kita mengetahui bahawa kehebatan Turkey pada masa dahulu bukanlah disebabkan hebatnya bangsanya tetapi kerana Khalifahnya berpegang teguh dengan Islam.

Ustaz harap kesemua alumni LTDI 2008 dapat laksanakan tugasan ini.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, August 4, 2008

Istanbul 3

Bersama dengan seorang Prof dari sebuah universiti di Ardene. Hebatkan seorang Prof yang rendah diri. lagi banyak ilmu lagi merendah diri.
Ketika ini berada di dalam sebuah tram menuju ke Istana Dolmabahce, saya bersama pelajar iaitu Krol dan Mat. Kedua-duanya orang kuat yang berjaya melaksanakan program ini.


Saya sebenarnya telah mengajukan satu tajuk tesis mengenai kajian sejarah Uthmaniah tetapi tidak diluluskan. Mungkin ada hikmahnya tetapi tetap satu hari nanti akan aku tulis sebuah buku mengenai Uthmaniah.

Cintaku pada Turkey sukar dilupakan, apatah lagi rindu yang sering kunjung tiba tanpa henti. Menarik perhatian hati. Apakan daya bumi khalifah disengsarakan oleh manusia yang tidak berhati perut.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Telah berlalu beberapa perkara

Alhamdulillah, telah berlalu beberapa perkara yang cukup memenatkan iaitu:

  1. Kursus KPO
  2. Kursus Motivasi
  3. Balik Penang hantar isteri balik ada temuduga
  4. Ceramah setiap hari
  5. Barang keperluan baby..hehe bakal jadi walid tak lama lagi.

Tetapi ada lagi perkara yang belum diselasaikan iaitu:

  1. Proposal tesis belum lg siap.
  2. Carta organisasi CITU
  3. Proposal Seminar
  4. Seminar wanita dan undang-undang

Banyak perkara tak dapat diselesaikan. Bertangguh...

Harap-harap selepas ini dapat selesaikan.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, July 21, 2008

Kursus Pengurusan Organisasi 2008

Alhamdulillah, satu kursus pada semester ini telah dilalului dengan baik. Apa yang hendak disampaikan kepada para pelajar dapat juga diberikan.

  1. Belajarlah daripada kejayaan kepimpinan dahulu.
  2. Renungkan sejarah keruntuhan tamadun-tamadun dahulu walaupun tamadun itu pernah menguasai dunia.
  3. Ambil iktibar daripada saranan Rasulullah dan ikut cara kepimpinan baginda.
  4. Memperkukuhkan kekuatan rohani dalam diri.

Semua perkara ini diberi penjelasan dan kupasan bersama dengan sejarah-sejarah yang telah ditulis. Alangkah baiknya sekiranya para pelajar memahami intipati sejarah kenapa ia ditulis dan dipelajari.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Thursday, July 17, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, kenapa tajuk entri saya kali ini? ini kerana bebera perkara telah terjadi semalam yang menyebabkan saya runsing. Akan tetapi semua perkara yang menyakiti kepala ini sudah selamat. Syukur kepada Allah yang telah menyelamatkan saya.

Program Pengurusan Organisasai ini akan diadakan pada hari ini hingga hujung minggu ini akan diadakan di Kem Desa Mahmud, Pasir Mas. Dilantik sebagai fasilatator dan penceramah. Alhamdulillah dapat lagi satu pengalaman di sini di atas kepercayaan pihak atasan terhadap saya.

Semoga menjadi yang terbaik kulakukan di sana.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, July 16, 2008

Tunggu Dan Lihat

1) Semalam telah berlangsung satu majlis yang bersejarah di UiTM Kelantan iaitu perasmian perpustaakan yang dilaksanakan oleh Tuanku Sultan Kelantan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

2) Hari ini ada perjumpaan (meeting) selesai tengah hari, kepala aku kembali hanging memikirkan apa yang diperkatakan. Aku harap bukan aku yang terperangkap. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, tolong hamba Mu ini daripada perangkap dan fitnah yang akan atau telah dikenakan kepada aku. Hindarilah perkara sebegini terjadi daripada aku.

Aku kembali risau. Hanya mampu berdoa sahaja.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, July 9, 2008

Kehebatan Dolmabahce Palace

Dolmabahçe Palace, the first European-style palace in Istanbul, was built by Abdülmecid between 1842 and 1853, at a cost of five million Ottoman gold pounds, the equivalent of 35 tons of gold. 14 tons of gold was used only to adorn the interior ceiling of the palace. The world's largest Bohemian crystal chandelier, a gift from Queen Victoria, is at the center hall. The palace has the largest collection of Bohemian and Baccarat crystal chandeliers in the world, and even the staircases are made of Baccarat crystal.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.