Monday, July 21, 2008

Kursus Pengurusan Organisasi 2008

Alhamdulillah, satu kursus pada semester ini telah dilalului dengan baik. Apa yang hendak disampaikan kepada para pelajar dapat juga diberikan.

  1. Belajarlah daripada kejayaan kepimpinan dahulu.
  2. Renungkan sejarah keruntuhan tamadun-tamadun dahulu walaupun tamadun itu pernah menguasai dunia.
  3. Ambil iktibar daripada saranan Rasulullah dan ikut cara kepimpinan baginda.
  4. Memperkukuhkan kekuatan rohani dalam diri.

Semua perkara ini diberi penjelasan dan kupasan bersama dengan sejarah-sejarah yang telah ditulis. Alangkah baiknya sekiranya para pelajar memahami intipati sejarah kenapa ia ditulis dan dipelajari.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Thursday, July 17, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, kenapa tajuk entri saya kali ini? ini kerana bebera perkara telah terjadi semalam yang menyebabkan saya runsing. Akan tetapi semua perkara yang menyakiti kepala ini sudah selamat. Syukur kepada Allah yang telah menyelamatkan saya.

Program Pengurusan Organisasai ini akan diadakan pada hari ini hingga hujung minggu ini akan diadakan di Kem Desa Mahmud, Pasir Mas. Dilantik sebagai fasilatator dan penceramah. Alhamdulillah dapat lagi satu pengalaman di sini di atas kepercayaan pihak atasan terhadap saya.

Semoga menjadi yang terbaik kulakukan di sana.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, July 16, 2008

Tunggu Dan Lihat

1) Semalam telah berlangsung satu majlis yang bersejarah di UiTM Kelantan iaitu perasmian perpustaakan yang dilaksanakan oleh Tuanku Sultan Kelantan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

2) Hari ini ada perjumpaan (meeting) selesai tengah hari, kepala aku kembali hanging memikirkan apa yang diperkatakan. Aku harap bukan aku yang terperangkap. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, tolong hamba Mu ini daripada perangkap dan fitnah yang akan atau telah dikenakan kepada aku. Hindarilah perkara sebegini terjadi daripada aku.

Aku kembali risau. Hanya mampu berdoa sahaja.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, July 9, 2008

Kehebatan Dolmabahce Palace

Dolmabahçe Palace, the first European-style palace in Istanbul, was built by Abdülmecid between 1842 and 1853, at a cost of five million Ottoman gold pounds, the equivalent of 35 tons of gold. 14 tons of gold was used only to adorn the interior ceiling of the palace. The world's largest Bohemian crystal chandelier, a gift from Queen Victoria, is at the center hall. The palace has the largest collection of Bohemian and Baccarat crystal chandeliers in the world, and even the staircases are made of Baccarat crystal.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, July 2, 2008

Oh Dunia...

Oh dunia,
cantik..indah..
berapa lama boleh kutatapi..
bolehkah aku biarkan..
seperti tiupan angin..

Oh Dunia..
Aku merasainya..
dalam jiwa..
jejaknya melakar dalam hati..
peritnya..ah dunia..

Oh Dunia
Bila ku cuba lupakan..
kau datang...kenapa..
indah sangatkah..
cantik sangatkah..
biarkan aku...

Oh Dunia
aku tahu...
di mana aku..
aku...?
aku cuba jejaknya lagi..
biarkan aku...
aku tak mahu lemas..
benarkah apa yang aku lakukan..


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Tuesday, July 1, 2008

Filem Jodha Akbar



Filem ini baru sahaja saya menontonnya hari ahad yang lepas. Apa yang hendak saya kongsikan bersama mengenai filem ini ialah wujud konsep kefahaman Islam Liberal dalam penyampaian ceritanya.


Saya bukan anti filem hindustan tetapi saya di antara penggemar filem bollywood sejak dari kecil mengikuti perkembangan bollywood, tetapi kali ini sukar saya nak menghadam filem sebegini.


Saya sebutkan di sini beberapa perkara yang dirasakan sebagai pelik iaitu:



  1. Seorang Muslim boleh berkahwin dengan seorang wanita beragama hindu.

  2. Rumah seorang Muslim boleh menyimpan berhala isterinya yang beragama hindu.

Adakah filem ini, heronya Akbar (Hitrik Roshan) sanggup menggadaikan Islam kerana seorang wanita?


Adakah pengarah filem ini nak menyatakan bahawa semua agama itu sama sahaja?


Jika ini yangmenjadi matlamatnya, cukup bahaya bagi penggemar filem Hindustan yang tidak mempunyai asas Islam yang kukuh. Harap lembaga fatwa kebangsaan dapat membuat keputusan mengenai filem ini.



Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Kuliah Subuh

Alhamdulillah, pada pagi tadi sempat saya sampaikan kuliah subuh kepada para pelajar baru sempena minggu mesra siswaperingkat UiTM Kelantan.

Apa yang disampaikan kepada adik-adik tadi saya cuba mengaitkan matlamat hidup dengan sejarah umat Islam daripada zaman awal Islam hingga khalifah yang terakhir Uthmaniyah. Intipati yang dihuraikan lebih kepada kenapa tamadun Islam runtuh sebelum digantikan dengan tamadun Islam yang baru dan akhirnya tumbang juga pada khalifah Uthmaniyah.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Hari kegembiraan


Pada hari ini, satu peristiwa yang boleh dianggap sebagai satu bersejarah pada Pusat Islam UiTM Kelantan iaitu majlis perkahwinan seorang anak pensyarah di sini.


Ini kerana satu kisah cinta dari zaman kanak-kanak telah bersatu juga akhirnya. Pasangan yang berjaya diijabkabulkan padapagi tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Walaupun pengantin lelaki ada sedikit kegugupan.


Saya faham, detik inilah yang paling manis jika seseorang ingin ingatkan. Detik ketika melafazkan ijab qabul. Sebab saya juga pernah melaluinya pada hujung tahun lalu.


Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus dan Balqis


Semoga pasangan ini bahagia kita doakan bersama.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.