Friday, September 14, 2012

Isu Doa Majlis Rasmi

Dalam sehari dua ini menjadi sedikit heboh apabila Naib Canselor Universiti Malaya mengeluarkan arahan membaca al-Fatihah oleh pengerusi majlis menggantikan bacaan doa untuk majlis rasmi di Universiti.

Terdapat pelbagai komentar mengenai isu ini. Terdapat dua sisi komentar tersebut antaranya yang bersetuju dan paling tinggi ialah yang tidak bersetuju. Bahkan terdapat juga golongan yang menuduh Naib Canselor anti Islam. Saya kira tuduhan tersebut agak berat dan keterlaluan.

Pertama perkara yang perlu diketahui ialah membaca doa majlis rasmi adalah harus merujuk kepada majlis yang tidak dicampuri agenda maksiat. Jika dalam majlis rasmi itu terdapat nyanyian dan tarian tidak seharusnya terdapat bacaan doa, malah menampakkan penghinaan kepada amalan membaca doa.

Kedua, Doa itu sunnat dibaca, bukan doa itu wajib. Jadi doa tidak hanya dalam program rasmi bahkan perlu pada setiap masa dan keadaan.

Ketiga, digantikan dengan bacaan al-Fatihah, ini lebih dari doa-doa biasa. Al-Fatihah adalah ibu segala doa bahkan juga ia adalah sebaik-baik doa.

Keempat, menuduh VC sebagai anti Islam tidak wajar bahkan penuduh begitu mempunyai akhlak yang buruk dengan menuduh secara sembrono. Seharusnya rujuklah dalam sunnah Nabi Muhammad adakah Nabi membaca doa memilih majlis atau bagaimana doa baginda. Itu harus dirujuk.

Kesimpulannya, doa majlis tiada masalah tetapi yang bermasalah sekiranya majlis tersebut terdapat aktiviti maksiat.

Saturday, September 8, 2012

Ingrid Mattson dan Pelajarnya

"Saya akui bahawa saya boleh berlaku amat kejam kepada mahasiswa saya. Kadangkala, saya meminta mereka supaya mengulangkaji  pertanyaan  atau penyataan  mereka sehingga tiga kali sehinggakan suara mereka benar-benar teredengar jelas."

Merenung kembali kata-kata Puan Ingrid Mattson. Dari situ jelas menunjukkan bagaimana proses pembelajaran yang dilakukan oleh beliau memberi kesan kepada para mahasiswa beliau. Kaedah ini dilaksanaakan bagi memberi ruang kepada pelajar tersebut memahami akan persoalan sebelum memberi jawapan. 

Ingat hanya tiga kali ulangan, tetapi apa yang menyedihkan berlaku pada hari ini, pelajar kitaa kurang bercakap dalam kelas. Apabila disoal, tiada yang sukarela untuk menjawab. Seperti ada ketakutan dalam diri mereka. Kelihatannya mereka tiada keberanian, mungkin juga mereka kurang deria rasa untuk menjawab persoalan kerana tidak berminat akibat dari keterpaksaan kehadiran. Itulah realiti mahasiswa pada hari ini. 

Jika Puan Ingrid Mattson boleh mengarahkan para pelajarnya untuk mengulang soalan yang diberikan sebanyak tiga kli kenapa kita tidak melaksanakannya untuk pelajar kita?