Monday, May 21, 2012

Aliran Politik Orang Muda

Dewasa ini, pemikiran politik dikalangan orang muda di Negara ini semakin hari semakin berkembang. Perkembangan ini mulai menampkan kematangan para belia dalam memikirkan keperluan politik dalam kehidupan. 

Dalam senarai analisa secara rambang kita dapati pecahan kepada pemikiran politik orang muda terbahagi kepada beberapa aliran iaitu:

1. Aliran Deras. Golongan ini merupakan golongan yang sentiasa merasai diri mereka adalah sebahagian dari perubahan politik dalam Negara. Mereka ingin muncul dan dikatakan sebagai sebahagian dalam sejarah membentuk Negara demokrasi baru. Kumpulan ini jelas akan menggunakan apa sahaja jalan untuk menunjukkan sokongan dan bantahan secara deras atau diertikan sebagai kelompok muda yang mempunyai semangat yang membara dalam membawa arus politik lebih baik dari semasa ke semasa.

2. Aliran pertengahan. Golongan ini lebih kelihatan dari kalangan para mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti yang sederhana seperti sentiasa berwacana dan berdiskusi. Boleh dikatakan dikalangan mereka juga menolak perhimpunan awan atau demontrasi jalanan. Walaupun demontrasi jalanan itu mempunyai hak untuk dilaksanakan secara aman. Kumpulan ini tidak seagresif kumpulan pertama. Namun kumpulan ini juga mempunyai ketua dan pimpinan yang saya kira sebagai ulat buku sahaja. 

3. Aliran bawah. Aliran ini jelas kelihatan dikalangan mereka yang tidak ambil peduli mengenai politik dalam Negara. Mereka hanya menyibukkan diri dengan hal yang berbentuk individu sahaja. Kebanyakan mereka ini selepas tamat belajar, bekerja dan mereka inilah kelompok oportunis yang sentiasa mencari peluang untuk membodek sana sini. Seharusnya kelompok ini hanyalah semasa di universiti tidak pernah terlibat dalam aktiviti kampus bahkan sentiasa mementingkan diri sendiri. Setelah mereka bekerja mereka inilah yang akan menjadi alat dan hamba kepada sesiapa sahaja. Disebabkan mereka hanya mementingkan perut masing-masing. Apa yang mereka fikirkan adalah gaji, kenaikan pangkat dan menaikkan nama.

Oleh demikian, golongan ketiga inilah yang paling berbahaya, kerana mereka kekurangan alat untuk menganalisis berita-berita mahupun peluang-peluang yang terhidang. Golongan ketiga ini jugalah kebanyakan mereka menjadi sebahagian kakitangan kita.

Monday, May 14, 2012

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Syarahan Perdana Tan Sri Musa Hassan

Hari semalam telah diadakan satu syarahan perdana yang disampaikan oleh mantan Ketua Polis Negara. Syarahan semalam berkaitan dengan kemakmuran masyarakat Malaysia. Satu tajuk untuk mewujudkan rasa keyakinan dan kepercayaan untuk melahirkan daan mengekalkan kemakmuran negara. Tajuk ini amat penting dan seharusnya difikir untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah negara kita sebagai penyumbang ke arah pembentukan negara yang lebih baik.

Namun demikian, terdapat fakta-fakta baru yang diperolehi daripada beliau. Sudah tentu maklumat itu terdapat pada beliau kerana beliau seorang anggota polis dan mantan ketua Polis. Sudah tentu maklumat itu berada dalam lingkungan beliau. 

Rumusan daripada syarahan semalan ialah:

  1. Kestabilan politik menjamin kemakmuran negara yang berbilang kaum.
  2. Beliau menceritakan mengenai sejarah 13 Mei, supaya sejarah itu tidak berulang. 
  3. Beliau turut juga merasa kekesalan di atas beberapa pindaan undang-undang seperti ISA dan perhimpunan awam.
  4. Negara selamat tanpa rasuah dan beliau amat menekankan intergriti dalam pentadbiran negara.
Sebenarnya banyak lagi yang diungkapkan, sudah pasti soalan-soalan panas mengenai mantan Timbalan Perdana Menteri juga dipersoalkan.