Friday, May 29, 2009

Constantinople ke Islambol


" Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."


Hari ini 29 Mei, satu tarikh bersejarah untuk kita kenang dan mengambil iktibar. Satu sejarah yang perlu diangkat menjadi ingatan seluruh umat Islam sewajarnya. Hadis di atas menyatakan dengan jelas bahawa pemimpin yang hebat dan tentera yang hebat akan membuka kota konstatinopel. Siapakah pemimpin tersbut?


Pemimpin yang hebat yang mempunyai tentera yang hebat berjaya menawan kota ini dari cengkaman Byzantium. Satu peperangan yang dahsyat, menggunakan pelbagai strategi dan tipu helah yang tidak dijangka oleh musuh malah mengejutkan bala tentera musuh yang meyakini kota ini tidak akan mampu ditawan. Tetapi mereka lupa bahawa Rasulullah telah mengucapkan perkara ini pada zaman baginda Rasulullah.


Sewajarnya hari ini kita meraikan dan menginsafi bahawa untuk mendapat kemenangan dan menjadi kuat mestilah kita menjadi seperti mana Sultan Muhammad al-Fateh lakukan.


Hari ini juga kita perlu merakayakan kejayaan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Kejayaan agung ini dicatatkan pada 29 Mei 1453 kota ini menjadi hak milik Islam. Siapa yang mengakatakan kita tidak hebat. Sekiranya umat Islam mampu mencontohi pemimpin dan tentera itu sudah pasti kita pada hari ini juga akan hebat seperti pasukan uthmaniyyah ketika itu. Hari ini genap 556 tahun kota ini dalam tangan kita.


Mari kita sematkan dalam jiwa dan pemikiran kita 29 Mei perlu kita rayakan, ini kerana hari kebanggaan kita.

Thursday, May 28, 2009

Aku Setuju Dengan Mu Atuk

Barca memang layak menang - Ferguson

Red Devil Tersungkur Di Kaki Syurga

Sejarah membuktikan sekiranya salah strategi akan menyebabkan kekalahan yang memalukan. Begitulah yang terjadi dengan Red Devil. MU bermain tidak menjadi malam tadi, kita dapat melihat permainan yang tidak seimbang. Barca bermain corak bertahan dan tidak bermain seperti sediakala.

MU pada awalnya membuat banyak serangan tetapi dikejutkan dengan jaringan awal Eto' menyebabkan kelumpuhan dibahagian tengah. Alex Ferguson sebenarnya perlu memasukkan lebih awal Tevez dan Barbatov tetapi beliau mencuba J.S. Park dan Anderson yang nampak kurang bertenaga untuk menjana bahagian tengah.

Ronaldo juga kurang menjadi kerana dikawal ketat oleh pertahanan Barca tidak seperti Messi yang dibiarkan bebas bergerak. Saya boleh katakan MU silap percaturan.

Tahun depan saya harapkan MU bertemu awal dengan Barca dalam satu kumpulan pusingan. Baru tahu siapa hebat sebenarnya.

Wednesday, May 27, 2009

Duka Lara

Bulan Mei 09, bulan yang banyak menguji diri aku. Apa tidaknya banyak ujian yang melanda dari aku melibatkan sumber kewangan.

  1. Bermula dengar tayar kereta yang baru ditukar benjol kerana isteri bawa kereta jatuh dalam lubang semasa pergi ke sekolah. Jadi tukar tayar baru yang lebih tahan dan berkualiti jenama Neuton. Aku serik menggunakan Good Year. Sudah dua kali tayar benjol. Terbang RM 1100 bulan ini untuk tayar kereta sahaja.
  2. Awal bulan dahulu baiki monting kereta toyota RM 600 dikenakan. Masa ni boleh cool lagi.
  3. Lepas bentang proposal, aku dikehendaki baiki bahagian-bahagian yang kurang mantap dan memuaskan. Tindakan masih belum diambil memandangkan minggu depan cuti sekolah. Aku mengambil perkiraan masa itu sesuai untuk mencari bahan untuk bab kedua. Tetapi apakan daya sebelum bermula ada satu lagi ujian terbaru menguji diri aku.
  4. Ujiannya ialah Laptop kesayangan yang dihadiahkan oleh ayahda ada masalah skrin pecah. Aku pun tak ingat masa bila laptop ni jatuh. Semasa menulis entri ini masih dalam keadaan hiba melihat laptop ini.

Uian melanda apakah sebabnya? Ya Allah kuatkan jiwa aku.

Semoga MU menang malam ni, sekuran-kurangnya dapat jadi pengubat hati yang berduka lara.

Monday, May 25, 2009

Selamat Bersara Maldini


Paolo Maldini di antara pemain bola sepak Itali yang saya minati. Walaupun beliau bermain dengan kelab yang sentiasa bermusuhan dengan pasukan kesukaan saya, namun beliau di antara pertahan yang terbaik di dunia.

Pada hari ini, beliau telah meninggalkan pasukan yang dicintainya untuk bersara. Satu rekod yang mengkagumkan ialah beliau tidak pernah berpindah atau bermain dengan mana-mana kelab selain daripada AC Milan.

Paolo Maldini seorang lagenda dari Italia.

Sunday, May 24, 2009

Blogawan-Blogawan

Kita adalah di antara blogawan-blogawan dari seluruh dunia. Ada satu perkara menarik yang inngin dikongsi bersama kalian. Kita mungkin dikalangan blogawan remaja, pemuda, dewasa dan mungkin tidak kita ini seorang yang berpangkat warga emas.

Saya senaraikan beberapa blogawan sama usia dengan datuk dan nenek kita.

Blog van Maria Amelia Lopez, 97, Spanje (†).

Blog van Mortart, 84, Amerika.

Twitter van Ivy Bean, 104, Engeland.

Blog van Olive Riley, 108, Australië (†).

Blog van Donald Crowdis, 95, Canada.

Thanks:http://internationmusing.blogspot.com/

Ciri-Ciri Pemimpin Hebat

Menurut Plato suatu bangsa hanyalah akan selamat hanya bila dipimpin oleh orang yang dipimpin oleh “kepala”-nya (oleh akal sehat, ilmu pengetahuan dan hati nuraninya), dan bukan oleh orang yang dipimpin oleh “otot dan dada” (arogansi), bukan pula oleh “perut” (keserakahan), atau oleh “apa yang ada di bawah perut” (hawa nafsu).
Hanya para filosof, yang dipimpin oleh kepalanya, yaitu para pecinta kebenaran dan kebijaksanaan-lah yang dapat memimpin dengan selamat, dan bukan pula para sophis (para intelektual pelacur, demagog) seperti orang kaya yang serakah (tipe Qarun, “manusia perut” zaman Nabi Musa), atau tipe Bal’am (ulama-intelektual-penyihir yang melacurkan ilmunya kepada tiran Fir’aun).
Plato membagi jenis karakter manusia menjadi 3: “manusia kepala” (para filosofof-cendikiawan-arif bijaksana), “manusia otot dan dada” (militer), dan “manusia perut” (para pedagang, bisnisman-konglomerat). Negara akan hancur dan kacau bila diserahkan kepemimpinannya kepada “manusia otot-dada” atau “manusia perut”, menurut Plato.
Petikan dari kajian
Prof. Dr. H. PRIYATNA ABDURRASYID, Ph.D

Wednesday, May 20, 2009

Balik kampung

Saya akan bertolak pulang ke Penang besok hari. Selepas zohor rasanya. Pada kali ini tidak pulang ke Perlis dan keluarga dari Perlis akan datang ke Penang (Tok Wan rindu cucu).

Saya pulang disebabkan satu perkara. Pada hari Jumaat ada perbentangan cadangan tajuk sarjana. Harap-harap Allah memberi kemudahan kepada hamba yang dhaif ini.

Allhumma la sahla illa maja'ltahu.

Ulama' Dan Pramugari

Pada suatu hari,seorang ulama menaiki kapal terbang kerana urusan kerjanya. Setibanya waktu solat, Dia pun masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk. Tetapi tandas itu terlalu kecil jadi dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut tetapi diperasan oleh seorang pramugari.
Pramugari: Pak cik tak boleh buat begitu kerana nanti sinki kotor.
Ulama : (Dengan suara yang lembut) berapa kali saudari mencuci muka sehari?
Pramugari: (Dengan muka yang angkuh) biasanya dua atau tiga kali sehari.
Ulama : (Dengan muka yang rendah diri) saya mencuci kaki saya lima kali sehari.Ini bermakna kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.
Ps: Kisah ini daripada kiriman Tuan Bolok. Terima Kasih

Tuesday, May 19, 2009

Permata Hati Bonda Dan Ayahda

Hari ini umur anakda 8 bulan. Kehidupan diisi dengan pelbagai tingkah laku yang baru dipelajari. Semoga anakda berada dalam rahmat Allah s.w.t. walid dan ibu doakan untuk anakda Nor Rahadatul 'Aish.
video

Monday, May 18, 2009

Di Luar Lingkaran RTM 1

Malam ini satu kupasan isu yang cukup menarik diikuti. Isu Liberalisasi beberapa sektor yang diumumkan oleh Dato Seri Najib baru-baru ini menjadi tajuk kupasan pada malam ini. Pelbagai pandangan menyokong dan kontradik ada dalam perbahasan ini.

Adakah liberalisasi ini akan berjaya untuk mewujudkan kemajuan dan kesan positif terhadap rakyat. Adakah rakyat mendapat nikmat sebenar dari liberalisasi tersebut? Bagaimana rakyat termiskin dapat memahami dan mendapat kesan liberalisasi yang diwar-warkan oleh pihak kerajaann? Tidak lupa juga kepada orang asli, adakah mereka juga mendapat kesan yang baik daripada dasar baru ini?

Dan dua ahli panel menyatakan dasar penswastaan itu gagal sama sekali kerana tidak membantu rakyat. Contoh mudah ialah Telekom atau TM. Caj meningkat dan servis teruk.

Adakah benar? Apa pandangan anda sebagai rakyat Malaysia?

Saturday, May 16, 2009

Syukran Arsenal

Syukran jazilan ila Arsenal. Terima kasih Arsenal. Thanks To Arsenal.

Satu agi gelaran untuk MU, kepada Alex Ferguson terima kasih.

Selamat Hari Guru

Dalam perjalanan kehidupan kita sudah tentu tidak dapat dipisahkan dengan guru. Guru merupakan teman yang paling akrab dalam hidup kita. Banyak guru banyak pengalaman dan pembelajaran dapat ditimba daripada mereka.

Selamat hari guru kepada ibuku seorang Teacher Buni guru bahasa Inggeris. Ibu juga menjadi guru di rumah dan di sekolah. Emak panggilan mesra di rumah dan di sekolah disebut Teacher. Kenangannya banyak kali dirotan dan dicubit dihapan kelas mahupun perhimpunan. Terima kasih emak kerana memberi didikan sehingga boleh menjadi insan. Rotan mu depan perhimpunan telah memberi kesan sepanjang perjalanan hidup ini.

Guru al-Quran rasanya paling banyak bermula dengan Tok Cah, nenek saya yang masih mengajar al-Quran sehingga ke hari ini. Kemudian Teacher Fauziah mengajar Alif, Ba, Ta. Selepas habis muqaddam belajar lagi al-Quran dengan Ustaz Suhaimi atau digelar Abg Mi. Seorang garang dan penuh ketegasan. Saya habis al-Quran buat pertama kalinya dengan beliau. Pengalaman belajar dengan beliau ialah susah hendak ubah sekiranya terdapat satu dua kesalahan dalam pembacaan. Kesannya sampai ke hari ini bacaan al-Quran lengkap dengan tajwid dan makhraj menjadi sempurna kerana ketegasan beliau.

Seterusnya belajar dengan Ayah dan Ibu Ustaz Suhaimi. Belajar dengan ayahnya mudah diubah tempat baca dan ibunya memag garang dan susah diubah tempat baca. Walaupun habis al-Quran agak lambat lebih kurang darjah 5, tapi pada umur 12 tahun sudah pernah menjadi imam di masjid dan di surau. Lambat tapi bacaan tepat tidak seperti kanak-kanak hari ini, habis awal tetapi tidak sehebat mana bacaan mereka.

Tamat al-Quran dengan guru di kampung dan saya sambung lagi mengaji al-Quran dengan Tuan Haji Awang Noh, pada ketika itu umur saya 13 tahun, asal Kelantan. Banyak pelajaran daripada beliau diterima seperti waqaf Jibril dan tashil. Ini semua dalam pelajaran Qiraat. Dengan beliau saya sempat habiskan al-Quran dua kali dalam sebulan. Pada ketika itu bacaan saya cukup baik.

Seterusnya belajar menghafal dengan Ustaz Fatah Yassin. Saya sempat menghafal dua juzuk hasil tunjuk ajar beliau. Pada ketika ini saya berumur 14 tahun. Di antara amalan yang masih diingati sehinggak kini ialah solat hajat hafaz al-Quran yang diajar oleh beliau.Selepas itu saya belajar kitab-kitab fiqh dan tasawuf daripada beliau.

Selepas SPM terus ke Darul Quran tempat pengajian yang menjadi idaman pada masa tadika lagi. Saya tidak mengisi borang UPU, hanya Darul Quran sahaja berada di hati. Alhamdulillah. Belajar dengan Syeikh Tolbah, sempat habis 30 juzuk al-Quran bersama beliau. Selalu beliau berpesan kepada diri ini "Ya Miqdad jangan tinggal bacaan al-Kahfi malam atau pagi Jumaat". Pesanan ini menjadi pegangan sehingga kini. Bersama beliau juga sempat mengambil sanad bacaan al-Quran.

Ini semua adalah guru-guru al-Quran yang banyak sekali berjasa kepada diri ini. Tanpa mereka semua tiada diri ini untuk diletakkan sebagai pembaca al-Quran tegar. Dari kecil umur 6 tahun bercita-cita untuk menghafal al-Quran alhamdulillah tercapai hasil daripada bimbingan guru-guru semua. Saya percaya setiap kali saya membaca al-Quran guru-guru akan mendapat pahala.

Saya sentiasa mendoakan semoga tuan guru-tuan guru berada dalam keadaan mardha tillah. Doakan keampunan untuk guru-guru kita selepas setiap kali solat. Insyaallah ilmu itu akan menjadi berkat.

21st Century Breakdown




Ini satu lagi album terbaru dari kumpulan Green Day. Album harus dimiliki kerana rasanya lebih baik dari album terdahulu.

Hebatnya album ini kerana menyentuh nilai dan isu sejagat khususnya mengenai American. Melihat kepada penghasilan album ini menunjukkan nilai kebebasan mampu memberikan yang terbaik jika hendak dibandingkan di sini.

Boleh lihat di sini. Gelora emosi garang Green Day

Friday, May 15, 2009

H1N1 Baru Tiba Di Malaysia

Penyakit yang menjadikan dunia menjadi huru hara baru-baru ini telah mula tiba di negara kita yang dicintai melalui seorang pelajar dari US. Seebelum ini kita hanya mendengar dari akhbar-akhbar dan berita mengenai beberapa orang yang ada tanda-tanda penyakit tersebut. Tetapi pada kali ini memang benar.

Satu nasihat kepada abg ipar dan bapa saudara yang berada jauh diperantauan supaya dapat menjaga diri dengan sebaik mungkin. Doa banyak-banyak.

Kepada rakan-rakan yang akan pergi ke luar negara dalam bulan ini dan bulan depan semoga kalian berada dalam selamat pergi dan pulang. Solat hajat banyak-banyak.

Penyakit tidak kenal siapa, tetapi jika terkena jangkitan anggap ini sebagai dugaan dan ujian daripada Allah.
Manchester United So Much Stronger With Cristiano Ronaldo - Arshavin

Sesungguhnya tidak ku sangka keluar juga kenyataan yang teramat benar ini. Adakah CR7 akan kekal dengan MU? Ini tidak menjadi persoalan besar kepada Alex Ferguson. Seperti mana pernaha dinyatakan sebelum ini oleh EX-MU, Steve Bruce "sukar kepada mereka yang pernah bermain di bawah Alex untuk bermain dengan pasukan lain", banyak contoh dapat dilihat.

CR7 fikir banyak kali, Real sudah menjadi kelab yang lemah sekarang ini.

Monday, May 11, 2009

Manchester United Makin Hampir!




MU makin hampir. Hampir ke arah mana? Jawapannya ialah hampir ke arah menacapai kejuaraan dengan mengkembirikan lawan-lawanya.


Barca, awas jika bertemu MU, awasilah CR7.

Saya masukkan dua salinan dari dua akhbar, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebab apa nanti orang kata pulak kita tak faham baca bahasa orang putih.

Thursday, May 7, 2009

Impian Hanya Tinggal Kenangan


Banyak impian sudah menjadi kenyataan. Ini mungkin keberanian melaksanakan segala impian yang dicapai. Saya ada satu impian yang entah bila akan tercapai.


Impian nampak mudah tapi tidak mudah seperti disangka. Sekarang tengah mencari jalan bagi merialisasikan impian hangat ini.


Jika pergi ke Mesir mungkin sudah tercapai taoi pergi Indonesia pun sekejap sahaja. Gambar di atas menjelaskan segala-galanya.


Wednesday, May 6, 2009

Ke Mana Sudah Pergi Sayang?

United ke akhir Liga Juara-juara

Berita yang dinantikan oleh sekalian pencinta, sayang seribu kali sayang Arsenik sudak terjerumus mengikut langkah Liverpool. Apa yang hendak tolong Wenger? Boleh ker tolong Banitez?

Van Persie hanya mampu menjaringkan gol melalui penalti sahaja. Jika penalti beri sahaja kepada Safii Ali pasti masuk juga.

Sayang jangan sedih, jangan kecewa kerana sesungguhnya cinta ku hanya satu. Sayang jangan lupa doakan kejayaan Kekanda untuk berada dalam sihat dan selamt.

Towkey Wong, apa celita? Arsenik ka Liverpool sepatutnya dipersalahkan. Sayang jangan marah. Inikan adat dunia. Yang kuat dihadapan, yang lemah tercirit dibelakang.

Lalala.

Hercules


Tuesday, May 5, 2009

Surat Muhammad s.a.w Kepada Hercules

Hadis riwayat Abu Sufyan r.a, ia berkata: Aku berangkat ke Syam pada masa perdamaian Hudaibiah, iaitu perjanjian antara diriku dan Rasulullah saw. Ketika aku berada di Syam, datanglah sepucuk surat dari Rasulullah saw. yang ditujukan ke Hiraklius, Penguasa Romawi.

Yang membawa surat itu adalah Dihyah Al-Kalbi yang langsung menyerahkannya kepada Penguasa Basrah. Selanjutnya, Penguasa Basrah menyerahkan kepada Hiraklius. Hiraklius lalu bertanya: Apakah di sini terdapat seorang dari kaum lelaki yang mengaku sebagai nabi ini?

Mereka menjawab: Ya! Maka aku pun dipanggil bersama beberapa orang Quraisy lainnya sehingga masuklah kami menghadap Hiraklius. Setelah mempersilakan kami duduk di hadapannya,

Hiraklius bertanya: Siapakah di antara kamu sekalian yang paling dekat nasabnya dengan lelaki yang mengaku sebagai nabi ini? Abu Sufyan berkata: Lalu aku menjawab: Aku.

Kemudian aku dipersilakan duduk lebih dekat lagi ke hadapannya sementara teman-temanku yang lain dipersilakan duduk di belakangku. Kemudian Hiraklius memanggil juru terjemahnya dan berkata kepadanya: Katakanlah kepada mereka bahwa aku akan menanyakan kepada orang ini tentang lelaki yang mengaku sebagai nabi itu. Jika ia berdusta kepadaku, maka katakanlah bahwa ia berdusta.

Abu Sufyan berkata: Demi Allah, seandainya aku tidak takut dikenal sebagai pendusta, niscaya aku akan berdusta. Lalu Hiraklius berkata kepada juru terjemahnya: Tanyakan kepadanya bagaimana dengan keturunan lelaki itu di kalangan kamu sekalian?

Aku menjawab: Di kalangan kami, dia adalah seorang yang bernasab baik. Dia bertanya: Apakah ada di antara nenek-moyangnya yang menjadi raja?

Aku menjawab: Tidak. Dia bertanya: Apa kamu sekalian menuduhnya sebagai pendusta sebelum dia mengakui apa yang dikatakannya? Aku menjawab: Tidak.

Dia bertanya: Siapakah pengikutnya, orang-orang yang terhormatkah atau orang-orang yang lemah?

Aku menjawab: Para pengikutnya adalah orang-orang lemah. Dia bertanya: Mereka semakin bertambah ataukah berkurang?

Aku menjawab: Bahkan mereka semakin bertambah.

Dia bertanya: Apakah ada seorang pengikutnya yang murtad dari agamanya setelah dia peluk karena rasa benci terhadapnya?

Aku menjawab: Tidak.

Dia bertanya:Apakah kamu sekalian memeranginya?

Aku menjawab: Ya.

Dia bertanya: Bagaimana peperangan kamu dengan orang itu?

Aku menjawab: Peperangan yang terjadi antara kami dengannya silih-berganti, terkadang dia mengalahkan kami dan terkadang kami mengalahkannya.

Dia bertanya: Apakah dia pernah berkhianat?

Aku menjawab: Tidak. Dan kami sekarang sedang berada dalam masa perjanjian damai dengannya, kami tidak tahu apa yang akan dia perbuat. Dia melanjutkan: Demi Allah, aku tidak dapat menyelipkan kata lain dalam kalimat jawaban selain ucapan di atas.

Dia bertanya lagi: Apakah perkataan itu pernah diucapkan oleh orang lain sebelum dia?

Aku menjawab: Tidak.

Selanjutnya Hiraklius berkata kepada juru terjemahnya: Katakanlah kepadanya, ketika aku bertanya kepadamu tentang nasabnya, kamu menjawab bahwa ia adalah seorang yang bernasab mulia. Memang demikianlah keadaan rasul-rasul yang diutus ke tengah kaumnya.

Ketika aku bertanya kepada kamu apakah di antara nenek-moyangnya ada yang menjadi raja, kamu menjawab tidak. Menurutku, seandainya ada di antara nenek-moyangnya yang menjadi raja, aku akan mengatakan dia adalah seorang yang sedang menuntut kerajaan nenek-moyangnya.

Lalu aku menanyakan kepadamu tentang pengikutnya, apakah mereka orang-orang yang lemah ataukah orang-orang yang terhormat. Kamu menjawab mereka adalah orang-orang yang lemah. Dan memang merekalah pengikut para rasul.

Lalu ketika aku bertanya kepadamu apakah kamu sekalian menuduhnya sebagai pendusta sebelum dia mengakui apa yang dia katakan. Kamu menjawab tidak. Maka tahulah aku, bahwa tidak mungkin dia tidak pernah berdusta kepada manusia kemudian akan berdusta kepada Allah.

Aku juga bertanya kepadamu apakah ada seorang pengikutnya yang murtad dari agama setelah ia memeluknya karena rasa benci terhadapnya. Kamu menjawab tidak. Memang demikianlah iman bila telah menyatu dengan orang-orang yang berhati bersih.

Ketika aku menanyakanmu apakah mereka semakin bertambah atau berkurang, kamu menjawab mereka semakin bertambah. Begitulah iman sehingga ia bisa menjadi sempurna.

Aku juga menanyakanmu apakah kamu sekalian memeranginya, kamu menjawab bahwa kamu sekalian sering memeranginya. Sehingga perang yang terjadi antara kamu dengannya silih-berganti, sesekali dia berhasil mengalahkanmu dan di lain kali kamu berhasil mengalahkannya. Begitulah para rasul akan senantiasa diuji, namun pada akhirnya merekalah yang akan memperoleh kemenangan.

Aku juga menanyakanmu apakah dia pernah berkhianat, lalu kamu menjawab bahwa dia tidak pernah berkhianat. Memang begitulah sifat para rasul tidak akan pernah berkhianat.

Aku bertanya apakah sebelum dia ada seorang yang pernah mengatakan apa yang dia katakan, lalu kamu menjawab tidak. Seandainya sebelumnya ada seorang yang pernah mengatakan apa yang dia katakan, maka aku akan mengatakan bahwa dia adalah seorang yang mengikuti perkataan yang pernah dikatakan sebelumnya.

Dia melanjutkan: Kemudian Hiraklius bertanya lagi: Apakah yang ia perintahkan kepadamu?

Aku menjawab: Dia menyuruh kami dengan salat, membayar zakat, bersilaturahmi serta membersihkan diri dari sesuatu yang haram dan tercela.

Hiraklius berkata: Jika apa yang kamu katakan tentangnya itu adalah benar, maka ia adalah seorang nabi. Dan aku sebenarnya telah mengetahui bahwa dia akan muncul, tetapi aku tidak menyangka dia berasal dari bangsa kamu sekalian. Dan seandainya aku tahu bahwa aku akan setia kepadanya, niscaya aku pasti akan senang bertemu dengannya.

Dan seandainya aku berada di sisinya, niscaya aku akan membersihkan segala kotoran dari kedua kakinya serta pasti kekuasaannya akan mencapai tanah tempat berpijak kedua kakiku ini.

Dia melanjutkan: Kemudian Hiraklius memanggil untuk dibawakan surat Rasulullah saw. lalu membacanya. Ternyata isinya adalah sebagai berikut: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, dari Muhammad, utusan Allah, untuk Hiraklius, Penguasa Romawi. Salam sejahtera semoga selalu terlimpah kepada orang-orang yang mau mengikuti kebenaran.

Sesungguhnya aku bermaksud mengajakmu memeluk Islam. Masuklah Islam, niscaya kamu akan selamat. Masuklah Islam niscaya Allah akan menganugerahimu dua pahala sekaligus. Jika kamu berpaling dari ajakan yang mulia ini, maka kamu akan menanggung dosa seluruh pengikutmu.

(Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat ketetapan yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah).

Selesai ia membaca surat tersebut, terdengarlah suara nyaring dan gaduh di sekitarnya. Lalu ia memerintahkan sehingga kami pun segera dikeluarkan. Lalu aku berkata kepada teman-temanku ketika kami sedang menuju keluar, Benar-benar telah tersiar ajaran Ibnu Abu Kabasyah, dan sesungguhnya ia benar-benar ditakuti oleh Raja Romawi.

Abu Sufyan berkata: Aku masih terus merasa yakin dengan ajaran Rasulullah saw. bahwa ia akan tersiar luas sehingga Allah berkenan memasukkan ajaran Islam itu ke dalam hatiku.

(Muslim:3322)

Aku Remaja




Aku hari ini terdengar lagu dari Kumpulan Greenday dari Radio Mix.fm. Greenday kumpulan yang rasanya aku mula mendengar pada awal sekolah menengah agama. Pada Masa tu aku sudah bosan mendengar Metalica. Jadi tukar rasa. Memang tidak merugikan. Jika orang tanya pada aku pasal nasyid, hanya senyum bermain dibibir saja.




Ada dua album yang masih ku rasakan album terbaik untuk mereka pertama Dookie and Nimrod. Banyak lagi album yang memang menyentap jiwa pendengar.




Aku Fikirkan

Aku fikirkan tapi tidak tahu apa yang anda fikirkan mengeanai umat Melayu khususnya di Malaysia. Boleh juga dikatakan umat umumnya di seluruh dunia. Apa aku fikirkan mengenai masalah umat ini dari sudut agama. Aku tidak menyentuh mengenai ekonomi dan politik walaupun ada perkaitannya. Tapi aku lebih suka kepada perbahasan agama kerana umat Melayu umunya beragama Islam. Perkaitan antara bahasa dan kefahaman agama.

Persoalan kenapa Umat Melayu Lemah Dalam BerAgama, Suka Berhibur Dan Berlibur?
  1. Ini mungkin disebabkan dengan konsep kefahaman agama, mereka tidak memahami agama dengan jelas.
  2. Kenapa mereka tidak bersolat, ini kerana mereka tidak memahami bahasa Arab. Jadi mereka solat pun tiada guna.
  3. Kenapa mereka tidak tahu membaca al-Quran, ini kerana mereka belajar tajwid dalam baasa Melayu dan tidak dalam bahasa Arab.
  4. Kenapa mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat dan jitu, ini kerana mereka tidak memahami bahasa arab.
  5. Kenapa khutbah di Malaysia kurang menarik, kerana khutbah itu dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu tidak Islam.
  6. Kenapa remaja hari ini tidak berakhlak, ini kerana semasa belajar fardhu ain dalam bahasa Melayu tidak diajar dalam bahasa Arab.
  7. Jadi kelemahan orang Melayu dalam agama adalah kerana tidak menguasai bahasa Arab. Benarkah?

Benarkah berbahasa Arab lebih nampak ke Islamannya dan berbahasa Melayu nampak kejumudannya?

Oleh demikian, bagi meningkatkan pegangan dan kefahaman orang Melayu terhadap Islam maka kita perlu mengArabkan apa yang menjadi persoalan di atas.

Cukup Menyesakkan

Minggu ini satu minggu yang amat menyesakkan. Kekusutan minda memikirkan perkara-perkara yang belum diselelesaikan baik perihal diri mahupun keluarga. Pergerakan amat terbatas memandangkan sibuk menghabiskan bacaan kitab-kitab yang akan dijadikan bahan analisis sarjana.

Telah berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka.
  1. Sudah dua kali anakda sakit kerana pengasuh tidak mengikut saranan aku cara memberi makan. Kusut bila anak sakit.
  2. Kepala sakit tidak cukup tidur, dua minggu berlarutan sebegini.
  3. Kerja di pejabat, semakin lama bekerja sudah naik bosan, tidak faham.

Beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang ke kampung minggu ini untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.
  1. Perlu habiskan kitab yang dibaca sebelum pulang, bolehkah? bahasa arab hanyalah sederhana. Ya Allah permudahkan urusan hamba mu ini.
  2. Perlu memastikan anakda diberi cara makan yang sesuai. Banyak kali diterangkan kepada pengasuh baru faham.
  3. Kertas kerja program untuk sekolah menengah belum buat lagi. Hari ini boleh kot?
  4. Maaf kepada para pelajar yang mengajak, menjemput, memujuk dan merayu supaya aku sertai lawatan, ustaz minta maaf banyak-banyak. Ada banyak sebab ustaz tidak boleh menyertai program tersebut. (Sabah,Jakarta, Bali,)
  5. Insyaallah hujung tahun ini ke Acheh, boleh pergi sama.

Perlu balik kampung minggu ini, bagi menenangkan fikiran yang hampir tidak menjadi apa yang yang dirancangkan.

Friday, May 1, 2009

Billu Barber




Sepasang suami isteri hidup dalam kesusahan pada masa yang sama mempunyai dua orang kecil masih bersekolah rendah. Keluarga kelihatan susah tetapi bahagia disebalik gurau senda atau perli memerli antara suami, isteri dan anak-anak beliau. Billu miskin kerana berkahwin dengan wanita kasta lebih rendah daripadanya.




Billu seorang tukang gunting rambut, tidak mempunyai kedai dan alatan yang mencukupi atau bahasa mudahnya tiada alatan terkini untuk digunakan untuk memotong rambut. Dalam filem ini terdapat satu adegan menempelak golongan aristokrat yang rasuah. Adegan ini ditunjukkan melalui permohonan pinjaman oleh Billu bagi membeli alatan terbaru. Namun kerana tidak memberi rasuah maka permohonan beliau ditolak.




Hendak dijadikan cerita, pada satu hari Sahir Khan seorang pelakon tersohor di India ingin membuat pengambaran di kampung Billu. Masyarakat kampung mendapat tahu dan mereka ingin menemui bintang filem ini yang menjadi pujaan mereka. Pada masa yang sama anak-anak dan isteri beliau juga mendesak hendak berjumpa dengan Sahir Khan. Seperti kebiasaan bintang filem India mempunyai protokol sekiranya hendak berjumpa dengan mereka.




Filem ini wajar ditonton kerana dapat memberi gambaran jelas mengenai keluarga masyarakat India, miskin, meminati hiburan, memuja pelakon, rasuah, kasta dan ras. Jika kita meneliti dan membandingkan kita dapati dengan jelas bahawa masyarakat ini tidak akan maju kerana terpengaruh dengan hiburan yang melampau. Mungkin satu hari nanti negara kita berlaku perkara yang sama sekiranya kita tidak mendepani isu ini dengan serius.






Ps: Baru beli dua hari lepas.