Sunday, August 29, 2010

Trend @ Cari makan?

Berceramah, memberi tazkirah atau perkara yang seumpama dengannya adalah bertujuan untuk memberi kebaikan kepada khalayak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kemuskilan pada hari ini, dan saya kira juga perkara ini mungkin telah berlaku sejak dahulu lagi.

Pada hari ini, terdapat kebanyakan atau segelintir daripada kalangan agamawan berceramah seperti bercerita dongeng dan terdapat juga keliru antara ustaz atau pak lawak? Adakah trend para agamawan begini mendatangkan hasil yang baik kepada masyarakat.

Pada penelitian saya, bahawa trend ini lebih kepada mencari populariti, dari sudut kesedaran mungkin tidak tercapai.

Ini sekadar pandangan berkisar trend masyarakat hari ini lebih menyukai ceramah berbanding pengajian talaqi atau menadah kitab.

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah


Buat masa dan ketika ini, ketepikan perkara remeh temeh dalam ibadah. Perbuatlah berdasarkan keyakinan anda. Usah fikirkan apa yang mereka katakan. Terus maju dan banyakkan amalan di bulan ini.

Rencam

Hari demi hari melintasi detik waktu. Setiap waktu itu menjadi hak milik indidvidu dalam bentuk kebebasan bagaimana mereka harus mengawal dan mengurus masa, oleh kerana masa itu hak milik Allah dikurniakan kepada hambanya tidak kira manusia mahupun tumbuhan dan haiwan.

Di sini tiada hak sesiapa pun jika akan hak untuk memilki apa yang mampu dan tiada siapa juga berhak untuk menyuruh dan memerintah membuat sesuatu jika diluar paksaan. Jika ada ini diktator namanya.

Jika beberapa isu remeh temeh seperti etika pakaian hendak dipertikaikan. Apa yang masih berbaki kepadaa golongan bawahan. Jika baju untuk melawa pun dikira status. Persoalannya adakah pemakaian juga dikira sebagai status dalam masyarakat? Pakaian mahal, berjenama dan diseterika lentik melambangkan kehebatan atau melambangkan kebaikan jika memakai pakaian sebegini?

Aku juga mengira isu pakain ini sebenarnya tidak perlu diangkat untuk menjadi isu, berikan kebebasan selagi mana menetapi etika pemakaian Islam. Apa yang ada sekiranya pakaian cantik malah menutup aurat tetapi asyik bergosip dan mengumpat ke hulu ke hilir.