Wednesday, August 26, 2009

Hari Ini, Kelmarin dan Semalam


Bila membaca majalah kurier pada Disember 1980, majalah pada bulan ini hanya membicarakan mengenai kenangan terhadap kesarjanaan Ibnu Sina. Majalah pada Disember 1980 ini dikeluarkan khusus untuk membicarakan mengenai sambutan kelahiran Ibnu Sina yang ke-1000. Hebat insan yang telah tiada seribu tahun dahulu masih lagi dikenang sehingga ke hari ini.

Bila mana mana membaca perihal Ibnu Sina yang hebat dalam pelbagai disiplin ilmu, kadangkala mengingatkan kita mengapa kita hari ini tidak dapat menjadi seperti beliau. Walaupun terdapat pandangan daripada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali yang menjawab segala persoalan falsafah dalam karyanya mengenai Ibnu Sina. Namun tokoh ini tetap disanjung kerana kepakaran, keilmuan dan ketokohan beliau dalam menjana perkembangan ilmu pada zaman tersebut. Saya pertama kali membaca mengenai Ibnu Sina. Sebelum ini saya beranggapan bahawa beliau hanya terlibat dalam bidang ilmu kedoktoran sahaja tetapi beliau berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu falasafah, kedoktoran, metafizik, kimia, dan banyak lagi.


Semalan setelah balik dari Pusat Islam selepasa solat Subuh, seperti biasa buka al-Quran sambil melayari laman-laman tertentu. Semasa membuka terdapat satu kad ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-25. Baru aku perasan rupanya semalan adalah hari lahir aku.

Terima kasih wahai isteri yang tidak pernah lupa tarikh dan ketika kenangan bersama. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengungkapkanya juga. Tiada party pada tahun ini, tiada nasi ayam, dan tiada Kenny Rogers. Minggu balik Penang rasanya ingin menyambut di Kenny Rogers.


Pada 18-19 Ogos lepas saya menghadiri satu seminar di USM Penang. Saya telah membentangkan satu kertas kerja mengenai Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawwuf: Satu Analisis. Saya tidak menjangkakan bahawa akan ditanya begitu banyak soalan dilontarkan, terkejut dan terkesima bila dipuji dan dikorek rabakkan oleh pendengar. Tidak mengapa kekurangan ini akan ada penambahbaikan. Terima Dr. Nizam Sahad kerana banyak membantu dalam menyelesaikan kertas kerja ini.

Rasa satu ketagihan selepas satu seminar untuk membentang kertas kerja. Seronok diprovokasi.



Monday, August 17, 2009

Red Devil

  1. MU memulakan langkah pertama dengan penuh bergaya dengan kemenangan pertama ke atas Birmigham dengan jaringan 1-0.
  2. Buat Liverpool salam takziah, Benitez jika hendakkan kemenagna janganlah terdesak kemenangan melalui penalti. Torres kata Liverpool pasukan elit, jadi kalah menang mesti dengan hormat.
  3. MU akan memulakan langkah seterusnya minggu hadapan dalam bulan Ramadhan jadi berkemungkinan pasukan yang ingin kemenangan berusahalah ada bulan Ramadhan nanti kerana RED DEVIL akan dibelengu dalam bulan rahmat itu.
  4. Jangan khuatir MU pasukan yang tidak peri kemanusian akan tetapi pasukan yang mementingkan kejuaraan. Beniez simpan dulu hajat untuk mengatasi MU.

Friday, August 14, 2009

Kesibukan Yang Menghambat

Bermula dari dua minggu lepas jadual padat dengan aktiviti-aktiviti sukan, ceramah, kuliah, kertas kerja seminar, kertas kerja melaksanakan program dan sebagainya.

Sekarang sedang menyiapkan slide untuk ceramah kursus Imam Muda UiTM Kelantan malam ini. Pada masa yang sama juga menyiapkan slide untuk perbentangan kertas kerja di USM minggu hadapan.

Pada masa yang sama juga sibuk menghantar para pelajar yang sakit demam ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakannya risau dengan H1N1 atau selesema Babi.

Petang ini selepas Jumaat ada dialog dengan Prof. Dr. Osman Bakar mengenai Islam & Demokrasi di Hotel Redel Kota Bharu. Banyak program dan harap-harap Allah berikan kesihatan kepada saya.

Thursday, August 13, 2009

yes, i do



" When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew "

Wednesday, August 12, 2009

Tahniah Abg Fizz (Wak Fizz & Wak Izza)

Tahniah buat Abg Ipar dengan kehadiran cahaya mata yang pertama. Cahaya mata penyejuk hati Abg Fiz dan Kak Long Izza dapat seorang putri. Tahniah di atas kurniaan rezeki ini.

Nama tajuk di atas mungkin nampak pelik, tetapi tidak pelik kerana tuan punya blog berkahwin dengan orang jawa. After mangan Turu. Betul kot.

Monday, August 10, 2009

Sandiwara Alex Ferguson

Manchester United hanya mendapat kekalahan melalui sepakan penalti. Jika setiap pasukan yang menang melalui sepakan penalti sudah pasti kemenangan itu tidak mempunyai nikmat yang sebenanr. Biarpun pertandingan ini MU tidak mengambil berat seperti pertandingan EPL. Akan tetapi kekalahan menyebabkan ada pihak menyatakan ini mungkin kerana ketiadaan Ronaldo dan Tevez.

Musim ini MU sudah pasti mempunyai musuh peribadi seperti Man. City seperti yang diungkapkan oleh Tevez setelah perpindahan beliau ke sana. Namun, saya tetap percaya walaupun ada kekurangannya seperti mana MU kehilangan David Beckham satu ketika dahulu. Penyokong MU tidak perlu mengelajat dengan kekalahan malam tadi. Itu hanyalah sandiwara yang ditunjukkan oleh Alex Ferguson kepada pasukan EPL.

*Petang semalam HEP kalah dengan pasukan Pensyarah 5-3 dalam pertandingan piala Dato' Hussin. Tapi aku dapat dua jaringan.

Sunday, August 9, 2009

Cerita Bola Sepak

Genetik atau faktor keturunan banyak member kesan kepada setiap individu. Dalam permainan bola sepak aspek genetic ini tidak boleh diabaikan. Rata-rata pemain bola sepak hari ini juga ayah atau atuk mereka terlibat secara langsung dengan bola sepak.

Saya juga di antaranya bermain bola sepak seawal umur 6 tahun, mewakili sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar ketika berumur 10 tahun, bermain untuk sekolah Men. Agama al-Islahiah pada tingkatan satu mewakili bawah 15 tahun dan tingkatan dua mewakili bawah 18 tahun sekolah. Kemuncak dalam penglibatan bola sepak boleh dikatakan pada tingkatan 4 dan 5 mewakili skuad negeri.

Saya sampai ketahap ini oleh kerana beberapa factor di antaranya genetic abah seorang pemain bola untuk JKR Kedah pada masa Azrai Kor menjadi pemain. Abah pernah bermain bersama beliau. Kini beliau merupakan jurulatih Kedah.

Karier sebagai pemain bola tidak sehebat Afiat (adik). Beliau memang lebih laju dari abangnya. Semasa sekolah rendah satu pasaukan denganya. Dia bermain diposisi penyerang dan abgnya di tengah. Semasa di darjah 6 hanya mampu naib juara kawasan Kayang sahaja tetapi pada tahun adik sekolah berjaya menjadi johan kawasan.

Karier saya malap seketika bila mendapat kemalangan jalan raya selepas SPM dan terlantar di hospital pada masa yang sama ibu bapa menunaikan haji. Saya patah paha kiri dan dimasukkan besi sampai hari ini masih berada dalam tuan yang bertuah ini. Semasa belajar di Darul Quran juga tidak dapat mewakili kerana factor tidak kenal dengan baik orang-orang DQ. Kroni juga ler. Tak dapat wakili DQ.

Banyak rakan sepermainan zaman sekolah bermain untuk negeri dan kebangsaan. Pada awal bercita-cita untuk menjadi pemain bola tetapi akhirnya kecewa kerana sukan ini hanya untuk kenalan-kenalan sahaja. Bukan kepada pencinta bola sepak. Siapa kenal dia dpat mewakili pasukan Perlis.

Pengalaman bermain bola sepak semasa pekerjaan ialah pernah bermain untuk JaiPs negeri Perlis, Yayasan Islam Negeri Perlis. Sekarang ini pernah cuba untuk turun pemilihan untuk wakili UiTM Kelantan tetapi rasa…lupakan.

Nanti sambung bab lain. Ini permulaan baru.

Friday, August 7, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang



Selamat Hari Lahir yang ke-24 Sayang. Abg doakan Dinda sihat selalu dan berada dalam kerahmatan Illahi hendaknya. Umur panjang ada keberkatan, lapang rezeki ada keberkatan. Kesemuanya perlukan rahmat dan redha Allah.

Seminggu sebelum menyambut hari lahir ibunya, 'Aish sudah dapat berjalan dengan lebih banyak. Sebelum walidnya terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan cepat.

Hari ini, mulut walidnya asyik memekik dari jauh, 'Aish jangan panjat ! sebab walidnya asyik membaca tiba-tiba terkejut. Walid faham 'Aish ajak walid berjalan tetapi sekarang musim yang tidak mengizinkan sayang, musim penyakit bertebaran. Nanti bulan puasa kita jalan-jalan balik kampung.