Ramadhan kali ini aku menyambutnya di sebuah negeri digelar Serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim. Pada tahun ini ada lagi perbezaanya berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Di mana sebelum ini selepas habis belajar di Darul Quran aku menjadi Imam di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar iaitu pada tahun 1426H, selepas itu aku manjadi imam di UiTM Puncak Perdana. sekarang ini masih lagi seorang imam di UiTM Kelantan.
Banyak perbezaan yang wujud namun apa yang ingi n aku perkatakan ialah satu perbezaan yang menjadi satu kelebihan berbanding UiTM lain ialah, UiTM Kelantan terdapat ramai budak sekolah agama yang boelh diharapkan untuk membantu menjadi Bilal mahupun Imam. Terdapat juga pelajar yang hafiz al-Quran. Memang unik UiTM Kelantan.
Semoga perkara ini akan terus berlaku dan menjadi contoh kepada UiTM lain, insyallah.
No comments:
Post a Comment