Thursday, May 29, 2008

Kelantan

Pada kali ini, tajuknya bukan mengenai politik di Kelantan tetapi lebih kepada sikap pemanduan rakyat Kelantan. Perkara begini seringkali terjumpa di setiap jalan raya di Kelantan. Sungguh kecewa sebenarnya. Sikap pemandu terdapat beberapa sikap atau lebih teruk lagi tidak ada moral.

Saya hanya hendak bawakan contoh yang terjadi kepada diri ini.
  1. Jalan dua lorong: Jika memandu secara perlahan perlulah ke link kiri tetapi kat sini tidak pemandunya buat do know jer.
  2. Had laju 90 km: Sudah jalan raya tunjuk 90 km apa tunggu lagi bawalah seperti dibenarkan tetapi kat sini tidak, memandu bawah 60 km jer kawasan yang boleh laju.

Hairan mungkin sebab apa la jadi macam tu?


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya। Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil।

Tuesday, May 27, 2008

Ada Jodoh Ke?

Masihkah ada jodoh dengan Manchester United? itulah persoalan yang bermian di fikiran penyokong Manchester United. Namun apa yang terjadi perlu diterima kita sebagai penyokong MU tidak kisah datang dan pergi pemain tetapi yang pentingnya ialah masa depan MU itu sendiri.

p/s David Beckham pi Real madrid pun hati den tak kisah.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Busuknya Hati

Busuknya hati adalah tajuk entry kali ini, bukan hendak marah kepada sesiapa tetapi ada cerita kurang enak daripada dugong-dugong di Shah Alam.

Sudahlah aku difitnah di Shah Alam, ada di Kelantan pun masih hendak buat lagi. Aparaa dugong ingat mati ke tidak ni. Dahla dari sudut pengurusan lembab cakap pulak terabur itupun jangan sibuk nak ceramah Islam Hadhari, kalaulah cara dugong begitu maka patut diperslahkan mengapa masyarakat masih lagi tidak faham Islam Hadhari.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Dialog Antarabangsa Di Istanbul

Program ini sedang dalam proses pelaksanaannya yang direncanakan oleh para pelajar persatuan JPPIH (Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Islam Hadhari) UiTM Kelantan.

Pada awal rancangan ini hendak membuat lawatan ke Makkah, Madinah dan Syria namun disebabkan faktor kos yang terlalu tinggi maka terpaksalah merubah rancangan ini. Beberapa kali rancangan bertukar di antara tempat yang menjadi pilihan ialah pertamanya Mesir kemudian Korea Selatan, Japan, China dan akhir sekali pihak pelajar memilih ke Istanbul kerana beberapa sebab di antaranya adalah mengenai faktor sejarah Uthmaniah.

Insyaallah progran ini akan bermula 18 Jun 2008 hingga 24 Jun 2008.


Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Banci Penduduk

Hari ini saya bersama dengan seorang pelajar praktikal dari UKM saudara Abd Aziz membuat bancian di sekitar Kg Belukar dan Desa Permai. Bancian ini bertujuan untuk membolehkan solat Jumaat diadakan di dalam Kampus UiTM Machang.

Alhamdulillah, tugas pada hari ini selesai, besok ke Kg. Pasir Rawa.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Salah Tafsir

Tajuk penulisan kali ini mengenai pengalaman saya mengajar di sebuah pusat pengajian IPTS, mengapa saya mengajar kerana ingin mencari pengalaman mengajar dan bagaimana cara hendak menguruskan pelajar.

Baru 2 bulan mengajar sudah terjadi satu perkara yang rasanya cukup mengejutkan diri saya dan para pensyarah. Tidak perlu saya ceritakan di sini apa yang terjadi. Jelasnya perkara ini terjadi kerana salah faham para pelajar terhadap pelajaran yang saya ajarkan.

Seorang pelajar mengadu hal ini pada pihak pengurusan megenai perihal saya yang selalu menceritakan hal perkahwinan. Di sini saya ingin jelaskan bahawa kebetulan pada hari itu tajuk atau topik yang dibincangkan adalah mengenai pembinaan keluarga. Jadi mestilah membicarakan mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan alam perkahwinan, tetapi oleh kerana ada dikalangan pelajar yang salah faham disebabkan mereka tidak membeli buku teks kita yang disalahkannya.

Perkara begini memang merbahaya, boleh menjatuhkan air muka saya. Tetapi saya rasa tenang sedikit namun begitu dalam hati terasa tawar bila mengajar. Mudah terkenang perkara sebegitu.

Apa-apa pun perlu habiskan kelas sebelum 6 Jun 2008. Sudah malas melayan pelajar manja.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Wednesday, May 21, 2008

Sudah Pergi....

Pada tanggal 23 April 2008, pada jam 8 malam telah prgi seorang insan yang amat ku sayangi. Sedih yang teramat sangat ku alami. Hanya pada hari ini aku mampu untuk mencoret sedikit walaupun setelah lama aku inginkan.

Setiap kali pulang ke kampung Bangsal Lebah, aku teringat sangat dengan Tok Wan aku, setiap kali kenangan datang melingkari ingatan aku. Bila setiap kali berbicara mengenai Tok Wan, air mata denga lajunya turun membasahi pipi. Apa kan daya...aku rindu sangat dengan Tok Wan.

Perasaan ku teramat sukar untuk mengawal hati ku ini. Tok Wan pernah bertanya kepada sepupu bila aku hendak balik, sepatutunya aku balik terus, tetapi aku berjanji akan pulang hujung minggu. Memang aku pulang dengan meratapi jenazah Tok Wan.

Itulah satu perkara yang tak akan aku lupa, setiapa kehendak orang tua mestilah didahulukan.

Al-fatihah untuk Tok Wan dan Tok.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.