Monday, June 30, 2008

La Viva Espana



Sudah terjawab malam tadi, siapakah yang terunggul. German tunduk di tangan Sepanyol dengan jaringan 1-0.


Apapun tahniah buat Sepanyol yang sudah lama tidak memenangi kejuaraan ini, hampir 40 tahun.


p/s, Malaysia ku bila lagi nak mengamuk.

Sunday, June 29, 2008

EURO 2008 - FINAL MILIK SIAPA?






Pada malam ini, perlawanan akhir EURO 08 akan menjadi milik siapa sebenarnya, mampukah German mengekang asakan Sepanyol? kita tunggu dan lihat pada malam ini.

Pasukan pilihan saya pada malam ini ialah Sepanyol. walaupun pasukan kesukaan saya ialah Turkiye.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Saturday, June 28, 2008

Selamat Datang Ke UiTM Kelantan

Saya ucapkan selamat datang ke UiTM Kelantan semoga dengan kehadiran para pelajar ini dapat memeriahkan lagi Pusat Islam.

Satu pesanan terhadap kamu semua, jangan lupa niat dan matlamat pertama kita ke IPTA mana sekalipun. Mencari redha Rabbal Jalil adalah seutama-utama matlamat.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Istanbul 2





Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Istanbul, Turkey lebih kurang tiga hari yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana kasih sayangnya program ini dapat dijalankan.

Program ini terlaksana hasil daripada sokongan kuat Dato' Pengarah kampus UiTM Kelantan, Timbalan Pengarah UiTM Kelantan Tuan haji Syukri yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar, seterusnya PM Ustaz Zulkarnain yang memberi penerangan suasana di Istanbul, selain itu Ustazah Rokiah banyak membantu permudahkan urusan perhubungan dan juga kepada para pensyarah CITU serta Teacher Ishah, Puan Wan Norliza dan Hajah Aminah.

Saya tidak juga melupakan pasukan saya yang mempunya semangat yang cukup tinggi untuk melaksanakan program ini, pertamanya saudara Krol, Mat, Hisyam, Fatimah, Ira, Mun, Faten, Fad dan Nisa'. Kesemua ini pelajar yang perlu diberi penghormatan. Semua kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.

Apakah perasaan saya sekarang ini? inilah persoalan yang bermain difikiran lebih kurang tiga hari ini. Sebenarnya perasaan ini bercampur baur antara kegembiraan dan kesedihan. Gembira kerana hasil daripada program ini dapat beberapa perkara iaitu:

  1. Memperkukuhkan tali silaturrahim di antara pensyarah dan pelajar.
  2. Memperkenalkan kepada para pelajar mengenai sejarah Turkey khususnya mengenai Uthmaniyah.
  3. Bagi diri sendiri menambahkan rasa bertanggungjawab terhadap khalifah.
Kesedihannya ialah:

  1. Kebanyakan pelajar yang terlibat adalah Diploma semester enam, jadi saya sudah tidak dapat berjumpa lagi dengan mereka.
  2. Sedih sebab terpakasa berpisah dengan para pelajar yang sekian lama mendampingi.
  3. sedih disebabkan berpisah dengan suasana yang harmoni di Istanbul, pandangan yang cantik dan rakyatnya yang mesra.
  4. sedih disebabkan mengenang mengapa khalifah Uthmaniyah tumbang.
Banyak perkara yang ingin dicoretkan, saya akan tulis lagi di lain masa.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

Monday, June 16, 2008

Istanbul 1

Assalamualaikum,

Pada permulaanya program ini akan ke Mekkah, Madinah, dan Mesir atau (3M) namun terdapat beberapa perubahan disebabkan masalah utamanya iaitu kewangan. Jadi tempat lawatan antarabangsa ini ini ditukarkan ke Istanbul, Turkey

Sebelum memilih Istanbul sebagai destinasi terakhir, hampir dua tempat menjadi pilihan iaitu Syria dan Korea Selatan. Disebabkan beberapa masalah di antaranya ialah masalah selesama burung yang melanda Korea ketika itu maka tempat ini ditukar lagi.

Alhamdulillah, segala perancangan berajalan dengan lancar. Istanbul tempat yang selalu bermimpi di malam hari menemani tidurku dari zaman remaja lagi. Kenapa aku memilih Istanbul? akan tejawab pada 20 Jun 2008 ketika solat Jumaat di Masjid Biru.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.