Saturday, June 28, 2008

Istanbul 2





Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Istanbul, Turkey lebih kurang tiga hari yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana kasih sayangnya program ini dapat dijalankan.

Program ini terlaksana hasil daripada sokongan kuat Dato' Pengarah kampus UiTM Kelantan, Timbalan Pengarah UiTM Kelantan Tuan haji Syukri yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar, seterusnya PM Ustaz Zulkarnain yang memberi penerangan suasana di Istanbul, selain itu Ustazah Rokiah banyak membantu permudahkan urusan perhubungan dan juga kepada para pensyarah CITU serta Teacher Ishah, Puan Wan Norliza dan Hajah Aminah.

Saya tidak juga melupakan pasukan saya yang mempunya semangat yang cukup tinggi untuk melaksanakan program ini, pertamanya saudara Krol, Mat, Hisyam, Fatimah, Ira, Mun, Faten, Fad dan Nisa'. Kesemua ini pelajar yang perlu diberi penghormatan. Semua kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.

Apakah perasaan saya sekarang ini? inilah persoalan yang bermain difikiran lebih kurang tiga hari ini. Sebenarnya perasaan ini bercampur baur antara kegembiraan dan kesedihan. Gembira kerana hasil daripada program ini dapat beberapa perkara iaitu:

  1. Memperkukuhkan tali silaturrahim di antara pensyarah dan pelajar.
  2. Memperkenalkan kepada para pelajar mengenai sejarah Turkey khususnya mengenai Uthmaniyah.
  3. Bagi diri sendiri menambahkan rasa bertanggungjawab terhadap khalifah.
Kesedihannya ialah:

  1. Kebanyakan pelajar yang terlibat adalah Diploma semester enam, jadi saya sudah tidak dapat berjumpa lagi dengan mereka.
  2. Sedih sebab terpakasa berpisah dengan para pelajar yang sekian lama mendampingi.
  3. sedih disebabkan berpisah dengan suasana yang harmoni di Istanbul, pandangan yang cantik dan rakyatnya yang mesra.
  4. sedih disebabkan mengenang mengapa khalifah Uthmaniyah tumbang.
Banyak perkara yang ingin dicoretkan, saya akan tulis lagi di lain masa.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

No comments: