Wednesday, February 25, 2009

Rumi Love


Love
~
Love makes bitter things sweet.
Love turns copper to gold.

With love dregs settle into clarity.
With love suffering ceases.

Love brings the dead back to life.
Love transforms the King into a slave.

Love is the consummation of Gnosis.
How could a fool sit on such a throne?

Monday, February 23, 2009

Wujudkah Perbezaan?

Ini juga kisah yang menarik untuk dikongsi bersama kalian. Pagi tadi ada satu mesyuarat pelaksanaan sambutan selamat hari jadi Rasulullah. Aku bukan anti tetapi bertanya.

Ada seorang dikalangan ajk memberi cadangan supaya ketua selawat nanti mesti dikalangan orang Kelantan jangan beri kepada orang Kedah.

"Kenapa"? salah seorang ajk bertanya.

Kata ajk tadi "Orang Kedah selawatnya tidak sama seperti orang Kelantan", lagunya susah hendak diikut.

maka hasil daripada cadangannya, tukarla ketua selawat tadi daripada orang Kedah kepada orang Kelantan.

Aku terpikir, selawat orang Kelantan lagu mana? hah!

lucu!

Pelik Tetapi Benar

Satu perkara yang menarik akan tetapi pelik. Ini bukan perkara yang lawak atau suka-suka aku nak tulis tetapi ia kisah benar. Boleh kita fikirkan. Mukmin berdoa supaya Allah memelihara kemungkaran. Hah! aku baru dapat. Ada ke tak sebenarnya manusia jenis ini.

Signifikan? Berarak Hari Maulid

Sudah terlalu lama persoalan ini bermain difikiran tetapi hari ini perlu ditulis juga moga dapat menjadi bahan diskusi dengan para pelajar di sini.

Membuat perarakan pada hari Maulidurrasul yang sudah sekian lama menjadi amalan tradisi masyarakat Islam khususnya Melayu membuat perarakan sambil membawa sepanduk menyatakan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Adalah dengan membawa sepanduk sudah cukup rasa cinta kepada Rasulullah? Bukan niat di sini menulis untuk berbahasa mengenai hukum bida'ah menyambut hari kebesaran ini, tetapi apakah signifikannya membuat perarakan dengan rasa cinta tehadapa Rasulullah?

Sudah terlalu lama perkara ini berlaku, pelbagai sepanduk dengan pelbagai kata-kata hikmat dilakarkan. Namun apa yang berlaku adalah sealiknya.

Setiap perarakan yang dijalankan kononnya untuk menyatakan cinta diri kepada Rasulullah akan tetapi perkara asas masih belum terjawab dengan sempurna. Dengan menghadiri perarakan bercampur lelaki dan wanita, wanita bergaya menarik perhatian lelaki dengan make up yang mengghairahkan. Adakah ini perbuatan yang menunjukkan cinta kepada Rasulullah?

Setiap tahun program ini dilaksanakan tetapi masjid tetap juga kosong, gejala sosial sentiasa meningkat setiap tahun.

Pada pandangan aku, sudahlah, hentikan perkara yang membuang masa ini daripada perarakan lebih baik membuat perkara yang disarankan oleh Rasulullah. Mudah, cepat dan tepat.

Tuesday, February 17, 2009

Macam-Macam Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kelebihan. Pelbagai kelebihan yang wujud ini membuat negara yang dicintai menjadi tumpuan masyarakat dalam dan di luar negara. Persoalannya adakah kelebihan yang ada hari ini mampu bertahan sekiranya pelbagai perkara yang berlaku dalam negara pada hari ini.


Banyak perkara yang berlaku dan tidak perlu disenaraikan di sini, kes skandal, rasuah, masalah moral remaja sebagai contoh.

Runsing, siapa yang benar siapa yang salah.

Sunday, February 15, 2009

Lamunan dan Belaian Hindustan

Kepada rakan-rakan peminta hindi song boleh download lagu di sini

http://downloadhindisongs.blogspot.com/

nostalgia kembali membasahi jiwa.

Tidak Terhad Cara kasih Sayang

Pelabagai kisah yang berlaku pada bulan ini, ialah mungkin menunjukkan kelainan rasa kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Di sini menunjukkan bahawa cara dan bagaimana untuk meraikan atau menyatakan kasih sayang tidak terhad. Oleh demikian manusia mempunyai kebebasan untuk menyatakan kasih sayangnya dalam pelbagai cara. Terpulang kepada individu adakah mahu cara tradisional atau modernisasi.

Seperti di bawah ini?

Nikah ala Tarzan di Hari Kasih Sayang

Thursday, February 12, 2009

Jiwa Tenang



Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.

Rum:15

Monday, February 2, 2009

Romance Love Quotes


" Love from one side hurts, but love from two sides heals."
William Shakespeare