Monday, February 23, 2009

Signifikan? Berarak Hari Maulid

Sudah terlalu lama persoalan ini bermain difikiran tetapi hari ini perlu ditulis juga moga dapat menjadi bahan diskusi dengan para pelajar di sini.

Membuat perarakan pada hari Maulidurrasul yang sudah sekian lama menjadi amalan tradisi masyarakat Islam khususnya Melayu membuat perarakan sambil membawa sepanduk menyatakan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Adalah dengan membawa sepanduk sudah cukup rasa cinta kepada Rasulullah? Bukan niat di sini menulis untuk berbahasa mengenai hukum bida'ah menyambut hari kebesaran ini, tetapi apakah signifikannya membuat perarakan dengan rasa cinta tehadapa Rasulullah?

Sudah terlalu lama perkara ini berlaku, pelbagai sepanduk dengan pelbagai kata-kata hikmat dilakarkan. Namun apa yang berlaku adalah sealiknya.

Setiap perarakan yang dijalankan kononnya untuk menyatakan cinta diri kepada Rasulullah akan tetapi perkara asas masih belum terjawab dengan sempurna. Dengan menghadiri perarakan bercampur lelaki dan wanita, wanita bergaya menarik perhatian lelaki dengan make up yang mengghairahkan. Adakah ini perbuatan yang menunjukkan cinta kepada Rasulullah?

Setiap tahun program ini dilaksanakan tetapi masjid tetap juga kosong, gejala sosial sentiasa meningkat setiap tahun.

Pada pandangan aku, sudahlah, hentikan perkara yang membuang masa ini daripada perarakan lebih baik membuat perkara yang disarankan oleh Rasulullah. Mudah, cepat dan tepat.

3 comments:

annur huda said...

salam ustaz..

saya ade terbaca ttg sambutan ini, katanya harus, tapi rujukan tidak tahu lah dr mana..mengenai hukum sambutan maulidur rasul ini..

harap ustaz boleh merujuknya, sya sendiri jadi keliru...

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/03/maulidur-rasul.html

muqayankabut said...

Terima kasih Annur,

Saya sudah merujuk laman yang telah diberikan. Saya tidak pertikaikan dari sudut sejarah yang diberikan, yang menjadi argumennya ialah adakah dengan penganjuran perarakan itu menambahkan CINTA kpd Baginda Rasul?

annur huda said...

pandangan saya, mmg pun, perarakan tidak menunjukkan kerinduan dan cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW..

andai kita sayang Nabi kita, ckuplah mengamalkan apa yang telah ditinggalkan untuk kita sebagaui umatnya..kerana Nabi sgt sygkan umatnya, namun apa yang berlaku..sebaliknya..