Genetik atau faktor keturunan banyak member kesan kepada setiap individu. Dalam permainan bola sepak aspek genetic ini tidak boleh diabaikan. Rata-rata pemain bola sepak hari ini juga ayah atau atuk mereka terlibat secara langsung dengan bola sepak.
Saya juga di antaranya bermain bola sepak seawal umur 6 tahun, mewakili sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar ketika berumur 10 tahun, bermain untuk sekolah Men. Agama al-Islahiah pada tingkatan satu mewakili bawah 15 tahun dan tingkatan dua mewakili bawah 18 tahun sekolah. Kemuncak dalam penglibatan bola sepak boleh dikatakan pada tingkatan 4 dan 5 mewakili skuad negeri.
Saya sampai ketahap ini oleh kerana beberapa factor di antaranya genetic abah seorang pemain bola untuk JKR Kedah pada masa Azrai Kor menjadi pemain. Abah pernah bermain bersama beliau. Kini beliau merupakan jurulatih Kedah.
Karier sebagai pemain bola tidak sehebat Afiat (adik). Beliau memang lebih laju dari abangnya. Semasa sekolah rendah satu pasaukan denganya. Dia bermain diposisi penyerang dan abgnya di tengah. Semasa di darjah 6 hanya mampu naib juara kawasan Kayang sahaja tetapi pada tahun adik sekolah berjaya menjadi johan kawasan.
Karier saya malap seketika bila mendapat kemalangan jalan raya selepas SPM dan terlantar di hospital pada masa yang sama ibu bapa menunaikan haji. Saya patah paha kiri dan dimasukkan besi sampai hari ini masih berada dalam tuan yang bertuah ini. Semasa belajar di Darul Quran juga tidak dapat mewakili kerana factor tidak kenal dengan baik orang-orang DQ. Kroni juga ler. Tak dapat wakili DQ.
Banyak rakan sepermainan zaman sekolah bermain untuk negeri dan kebangsaan. Pada awal bercita-cita untuk menjadi pemain bola tetapi akhirnya kecewa kerana sukan ini hanya untuk kenalan-kenalan sahaja. Bukan kepada pencinta bola sepak. Siapa kenal dia dpat mewakili pasukan Perlis.
Pengalaman bermain bola sepak semasa pekerjaan ialah pernah bermain untuk JaiPs negeri Perlis, Yayasan Islam Negeri Perlis. Sekarang ini pernah cuba untuk turun pemilihan untuk wakili UiTM Kelantan tetapi rasa…lupakan.
Nanti sambung bab lain. Ini permulaan baru.
4 comments:
wah,ustaz,makin maju menulis.hehe..jeles ah.hebat tulisan ustaz skang.tenang je saya baca.bagus2 ustaz..
ceh..sy dah dgr cte ni dulu..haha..disebalik ustaz men bola sepak tu,ada penyokong setia kan?hehehehehe...
peace!!
dgr cte uitm mcg pun ada h1n1 ust?uh..takotnya..
Pak Nep dan Pak Din main Softball sbb fed up susah sangat nak terpilih dlm team bola. Last2 kitaorg main untuk team negeri. Pak Nep dapat rasa gak wakil MASUM main kat Thailand. Akhirnya semua terkubur bila Pak Nep accident dan tangan terkehel.
Srikandi al-khindiah,
Tulisan dulu banyak buah fikiran yang tidak puas hati hasil daripda jiwa yang tidak tenteram semasa memikirkan semula kisah yang pernah berlaku di UiTM Shah Alam. Sebab itu tulisan penuh dengan konfrontasi.
Paknep al-Sofbaliah,
Mungkin sebab Paknep tak de kenalan dalam pasukan bola sepak negeri kot, hehe.
Seronok main sofbal di Masum, banyak pengalaman. Tetapi sofbal saya tidak ada pengalaman langsung jika sebut bola sepak, takraw dan badminton boleh la.
Nanti boleh kita main futsal di johor yer.
Post a Comment