Monday, December 14, 2009

Saat Penantian Telah Tiba

Suatu pagi 14 Disember 2006, di Bayan Baru, Pulau Pinang. Tiba di Bayan Baru satu tempat kiranya agak asing jika hendak dibandingkan dengan bandar lain. Hati ada sedikit debaran walaupun riak wajah tidak tergambar dengan hal itu. Tiba lebih awal daripada dijanjikan.

Melangkah masuk ke dalam dan solat sunat dua rakaat tahiyat al-masjid dan wuduk kerana menjadi kewajipan sebagai hamba menurut perintah Yang Maha Esa. Sementara menanti detik perubahan yang akan menjadi sejarah hidup yang sukar dilupakan. Tertidor seketika kerana menanti tuan pendaftar perkahwinan.

Tiba pendaftar perkahwinan di pagi Jumaat di Masjid Besar Bayan Baru. Masjidnya besar. Aku menghampirinya bersama-sama saudara mara. Aku makin hampir dengan beliau dalam keadaan sopan dan santun. Berada dihadapan beliau menyemak boring yang telah diisi terlebih awal.

Tuan Pendaftar bertanya “Cuba kamu tengok balik nama dan alamat adakah betul?”

Sang Teruna menjawab “Ya, semua betul”.

Tuan Pendaftar meminta Sang Teruna Istighfar, “tiga kali”.

Sang Teruna pun menyahut, “astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”.

Tuan Pendaftar berkata “Istighfar penuh la”.

Sang Teruna tidak menjawan tetapi tersenyum, dan hati kecil ketawa. Apa beza istighfar panjang dan pendek? Sang Teruna akur dengan perintah tuan Pendaftar.

Aku berpusing ke kiri untuk ijab dan qabul oleh bakal bapa mertua. Tuan Pendaftar melihat. Ayah Majid juga meminta aku bersyahadah dan beristighfar, aku menyahut.

Ayah menikahkan anaknya Nor Hafizah bersama aku, dan aku terus menyahut dengan hati penuh debar tetapi bibir sempat mengukir senyum kepada abah yang berada disamping aku.

Aku lafaz semula untuk kali pertama. Saksi pertama Wak Kamal kata sah, dan saksi kedua atok Johor, minta ulang sekali lagi. Aku serba salah. Rekod akan tercalar jika menjadi dua kali.
Aku tetap akur untuk melafaz untuk kali kedua. Sah? Ya kedua-dua saksi menjawab.

Alhamdulillah, satu bisikan suara kedengaran di telinga, Miqdad engkau telah bertambah tanggungjawab, jadi laksanakan tanggunjawab ini. AKu terkedu seketika.

Saat terindah dikisahkan, menjadi rujukan sepanjang masa. Buat Isteriku terima kasih kerana menjadi peneman hidup dikala susah dan senang bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kali kedua.

9 comments:

saljuhumairah said...

Assalam,

Ingatkan malam tadi terus balik penang. Sungguh mencabar kewibawaan.

Anonymous said...

slmt ulangtahun perkahwinan ustz.
=)

muqayankabut said...

Tuan Sham,

Balik pagi besok untuk konferen di Penang, tak pi ka.?

Laralia,

Terima kasih, bila kamu pulak?

saljuhumairah said...

Selamat eniversari...semoga"bercinta sampai kesorga"...

Dah diundang dan teringin nak pegi.Tak boleh pegi ust. proses membuat jadualwaktu kelas..dan telah terpaksa rela oleh arahan ketua jabatan.

Takot jadi macam sem lepas. sampai hujung sem tak bereh lagi jadual waktu student..

Alhamdulillah kompleks baru akademik dah siap banyak membantu..

Tapi ust. balik natni bleh buat confrence kat Anjung plak sambil pekena kopi panas..+capati,.

Nur Sabrina said...

Assalamualaikum..selamat ulang tahun perkahwinan ustaz..smga bhgia dunia dan akhirat..

muqayankabut said...

Ana Muslim,

Terima kasih di atas utusan doa, moga doa itu dapat merahmati kita semua.

Unknown said...

Tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan..
Ingatkan kome nikah sorang lagi..hee

srikandi said...

hehe..selamat hari ulang tahun perkahwinan ustaz,semoga berbahagia hingga ke akhirnya..

Nida n' Hanafi said...

Salam Miq..

Alamak sorrylah Mak Su dan Pak Nep lambat wish Selamat Ulang Tahun Perkahwinan..

Tahniah buat kalian, semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang RAMAI...aminn.