Saturday, April 24, 2010

The Audacity of Hope



Sebuah buku hasil daripada penulisan seorang bakal presiden pada ketika itu. Buku yang panas menurut New York Times. Boleh dikatakan bahawa jika terdapat seorang pemimpin itu hebat atau tidak lihat berapa buah buku yang dihasilkan.

Buku ini saya telah menamatkan pembacaannya empat bulan lepas, tetap tidak dapat dikongsikan di sini kerana malas menulis. Penyakit utama ketika ini. Aduh!. Pada keadaan sebelum membaca buku ini, saya ingin ceritakan seorang rakan dikalangan ahli akademik bertanya, kenapa kita perlu membaca buku ini? Buku yang membicarakan sekitar peribadi seseorang yang belum tentu lebih baik daripada Bush.

Saya kira, setiap buku erlu dibaca, kenapa buku ini harus dibaca adalah disebabkan beliau mempunyai beberapa perbezaan dan persamaan. Disebabkan itu, perlu kita menilai bagaimana seorang ahli politik Amerika berfikiran dan dibandingkan dengan ahli politik di negara-negara lain.

Buku ini terbahagi kepada sembilan bab. Dalam sebuah buku yang mencapai 409 muka surat, saya ingin berkongsi mengenai tinggi nilai dan etika yang dapat dijadikan contoh kepada kita.

Bagaimana Barack ditegur oleh datuknya supaya membasuh kotak susu sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Bagaimana masyarakat Amerika pada ketika itu berfikir mengenai isu kebersihan. Jika hendak dibandingkan di sini, sampah hanya dibuang merata-rata hatta pemandu kereta mencampak puting rokok keluar begitu sahaja, tanpa memikirkan alam sekitar dan perasaan pemandu kereta lain.

Barack terkejut dengan teguran tersebut, kesan daripada membilas kotak susu itu dapat menghilangkan bau busuk yang akan berlaku hasil daripada cairan susu yang masih berbaki. Mengakibatkan pemungut sampah juga akan merasai bau busuk tersebut.

Beginilah pemikiran mereka berkaitan dengan kebersihan. Saya cadangkan supaya buku ini dapat dibaca kerana mempunyai satu kelainan daripada buku-buku hasil penulisan pemimpin yang lain.

Thursday, April 22, 2010

Ujian daripada Allah

Ujian daripada Maha Esa pasti dilalui oleh setiap insan, tidak kira jantina lelaki atau wanita, kaya atau miskin, kacak atau hodoh dan tua atau muda. Ujian tidak kenal siapa, bagaimana firman Allah banyak menyebut mengenai ujian.

Beberapa berita mengejutkan dapat diterima pada bulan ini, dimulai dengan atuk di Johor sakit, kemudian pengasuh kepada isteri sakit dan mengejutkan juga dua hari yang lepas mengenai kematian suami kepada seorang ustazah tanpa mendengar khabar sakit.

Amat-amat mengejutkan, aku terpana seketika ketika membantu mengemaskan rumah ustazah, di rumahnya hanya ada anak-anak beliau dalam keadaan terkejut. Aku membantu mengemas rumah sementara menanti jenazah dibawa pulang ke rumah dari hospital jaraknya hanya 5 minit dari hospital.

Al-Fatihah buat Allahyarham.