Thursday, April 22, 2010

Ujian daripada Allah

Ujian daripada Maha Esa pasti dilalui oleh setiap insan, tidak kira jantina lelaki atau wanita, kaya atau miskin, kacak atau hodoh dan tua atau muda. Ujian tidak kenal siapa, bagaimana firman Allah banyak menyebut mengenai ujian.

Beberapa berita mengejutkan dapat diterima pada bulan ini, dimulai dengan atuk di Johor sakit, kemudian pengasuh kepada isteri sakit dan mengejutkan juga dua hari yang lepas mengenai kematian suami kepada seorang ustazah tanpa mendengar khabar sakit.

Amat-amat mengejutkan, aku terpana seketika ketika membantu mengemaskan rumah ustazah, di rumahnya hanya ada anak-anak beliau dalam keadaan terkejut. Aku membantu mengemas rumah sementara menanti jenazah dibawa pulang ke rumah dari hospital jaraknya hanya 5 minit dari hospital.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

6 comments:

Nida said...

Salam Miq..

Lama Mak Su tak ke sini...

Bila berjauhan ini rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan keadaan yang berlaku di Malaysia... namun apakan daya hanya doa yang mampu dikirimkan buat insan2 tersayang..:(

LUKISAN PENA said...

Semoga roh ust. dicucuri rahmat..

ramai staff hea tak dapat pegi..sebab hari permulaan exam...

Btol ust...Intel tahan lasak sikit..walaupun tengok AMD agak cemerlang dari segi performance..

cuma INTEL mahal sikit..

muqay said...

Salam Maksu,

Miq lama tak menulis sebab mood tak de, banyak sebab kepala dok pikir macam2, hujung bulan ni balik johor tengok atuk.

muqay said...

Tuan Sheikh Hisham,

Perbezaan antara intel dan amd seperti anak dara kg dengan model miss universe.

Intel nampak mahal tapi berkualiti, tapi amd murah tiada harga seperti model cantik tiada apa. hehe.

LUKISAN PENA said...

wah..btol2..
berfalsafah...

srikandi said...

sampaikan slm takziah kepada ustzh ea ustaz..