Tuesday, January 18, 2011

Apakah Peranan Akhbar?

Akhbar atau surat yang setiap hari mengkhabarkan sesuatu perkara yang telah terjadi atau yang akan terjadi. Akhbar pada hari ini cuba mencari selera baru melihat kepada cara memikat pembaca, dengan meletakkan berita-berita yang tidak memberi pulangan idea kepada pembaca.

Jika melihat sepintas lalu dalam seminggu ini, boleh dikatakan berita di akhbar melaporkan perkara yang ingin disangsikan bagi menarik perhatian pembaca. Cerita dan cara pengkhabaran tidak seimbang di antara tuntutan rohani dan jasmani. Tidak perlu melihat kepada akhbar Metro dan Kosmo yang sudah tentu melaporkan di muka hadapannya berita sensasi seperti goreng pisang panas. Panas hanya untuk seketika buat tatapan remaja dan pembaca yang dahagakan perkara sensasi.

Sebagai melaporkan berita, seharusnya berita yang ingin dilaporkan seharusnya meletak nilai agama atau moral sesuatu berita dihadirkan di dada akhbar, bukan untuk tujuan ekonomu semata-mata.


2 comments:

Nida said...

Salam Ustaz..

bagi mereka kebenaran jatuh nombor dua..

muqay said...

Salam Maksu,

Apabila kebenaran tidak menjadi keutamaan. Bencana akan muncul menimpa masyarakat.