Thursday, July 2, 2009

Cemburu Para Ustaz

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain. (Muslim: 1352).

Dunia mempunyai penghuni yang pelbagai di antaranya ialah Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ketiga-ketiga makhluk ini diciptakan oleh Maha Besar Pencipta. Setiapnya mempunyai kelebihan yang tidak ternilai dek pemikiran dan akal manusia.

Manusia seperti mana hadis di atas sudah pasti mempunyai sikap yang baik mahupun buruk. Dalam hadis di atas jelas manusia hanya diizinkan untuk berasa iri hati, cemburu dan dengki terhadap dua perkara di atas sahaja. Manusia adalah makhluk terhebat dengan memiliki segala "perkakasan" untuk menjadi hebat iaitu nafsu.

Dalam perkara di atas dengki yang dimaksudkan di atas bukanlah bermaksud bermusuhan dan menjatuhkan individu daripada kelebihan yang dimiliki seperatut dengki yang diizinkan sdi sini ialah kita lebih berusaha untuk menjadi lebih baik dengan menuntut ilmu. Perkara ini tidak terjadi pada hari ini. Dengki di atas terhadap orang yang memiliki harta dan belanja di jalan Allah dan Orang berilmu mengajar ilmu kepada masyarakat.

Hari sikap cemburu tidak dapat dielakkan oleh sesiapa termasuk ustaz atau orang yag mengerti perihal agama. Cemburu dengan seseorang kerana keterampilan dan diminati oleh masyarakat makin menjadi-jadi. Para ustaz lebih-lebih lagi sampaikan keluar kenyataan mengkritik untuk menjatuhkan seseorang, membuat fitnah dengan melibatkan wanita dan banyak lagi. Puak ustaz walaupun menuntut ilmu agama dengan mempunyai ijazah tinggi sekalipun tidak dapat menangkis serangan sikap sebegini. Sewajarnya lagi tinggi belajar lagi wara' dan lebih beradab.

Puak ustaz sebegini yang menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap para ustaz yang rajin, mudah berkira (tidak pentingkan bayaran), dan diminati ramai kerana keserasian ilmu yang disampaikan. Cemburu sehinggakan sanggup cah keting (tikam belakang) sesama ustaz makin ketara akhir-akhir ini. Jika anda mempunyai rakan-rakan ustaz pasti anda akan mendengar pelbagai cerita yang kurang menarik.

Cemburu dibolehkan sekiranya bertepatan dengan pesanan kekasih Allah tapi apakan daya nafsu lebih didahulukan. Jangan kita jadikan cemburu melebihi atas persaudaraan sehinggakan boleh memutuskan silaturrahmi.

Apa dah jadi oh ustaz cemburu mengkaburi hati

Apa dah jadi oh ustaz bila ceramah Tanya pitis

Apa dah jadi oh ustaz pangkat menjadi idaman

Apa dah jadi oh ustaz sikap senohong ikan duri

Mula-mula pembohong selepas tu mencuri (klien ajak kahwin)

Apa dah jadi oh ustaz suka temberang dan auta

Apa dah jadi oh ustaz ulamakah anda?

Jika ulama' su' atau ulama hasanah?

Wednesday, July 1, 2009

Manchester United 2




MU sudah dapat seorang pemain yang hampir mirip pemainannya dengan C.Ronaldo. Jika Benzema lebih baik daripada C.Ronaldo maka sudah pasti MU pada musim 09/10 akan lebih hebat daripada musim lepas.

Manchester United 1

(Kemaskini)
Benzema tidak ke MU tetapi ke Real Madrid kerana penawaran harga yang lebih menarik yang ditawarkan oleh Real Madrid.
Tidak mengapa, ramai lagi pemain yang terbaik berada di sana. Ini juga mungkin satu strategi dilaksanakan oleh Alex Ferguson untuk menumpukan perhatian terhadap Ribery. Setelah Real Madrid mendapatkan Benzema mungkin kewangan mereka untuk memilki Ribery tidak mencukupi. Jika ini yang difikirkan oleh Alex Ferguson maka memang beliau seorang pengurus yang hebat.
MU sudah akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada si Ronaldo. Adakah Karim akan menjadi pemain Muslim yang pertama di MU? Kita tunggu dan saksikan kehebatan MU musim ini.

Nothing To Lose

Puuas


Hari ni sudah puas, setelah dua hari tidak ada line internet di ofis dan di rumah. Hari ini baru dapat semangat untuk bekerja lebih cepat. Betul atau tdak tak tahu lagi.

Keutamaan Al-Quran

Dari 'Aishah daripada Muhammad s.a.w. bersabda: Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan menghafalnya maka ia akan bersama utusan-utusan Tuhan (Para Malikat) yang mulia. Dan perumpamaan orang yang membacanya, menelitinya dan berusaha keras untuk al-Quran maka ia akan mendapat dua ganjaran. (Bukhari)

Hadis daripada 'Aishah menjelaskan kepada kita mengenai keutamaan pembaca dan penghafal al-Quran. Rasulullah menggambarkan bahawa penghafal al-Quran adalah seperti berdampingan dengan para utusan Allah iaitu Malaikat. Keutamaan golongan ini adalah disebabkan mereka menjadi seorang yang sanggup untuk menghafal dan menjaga al-Quran. Mereka diberi kedudukan seistimewa kerana mereka adalah yang memegang amanah Allah iaitu menjaga kalamullah.

Bagaimana kedudukan ini boleh sama dengan orang kebanyakan yang tidak menghafal al-Quran. Bagaimana mereka ini menanggung beban menjaga hafalan supaya tidak hilang dari ingatan. Adakah mereka ini golongan yang boleh kita bersangka buruk kepada mereka sedangkan mereka adalah salah satu golongan yang berada disamping para utusan Allah. Perkara ini ingin coretkan.

Di mana-mana IPTA pada hari ini terdapat pelbagai pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan terdapat juga pelajar yang menghafal al-Quran yang menyambung pelajaran di sini. Baru-baru ini terdapat seorang pelajar baru dan beliau merupakan seorang hafiz. Dia berasa tidak selesa ketika berada di sini kerana terdapat pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dengan dirinya seperti cara pergaulan. Dia rasa tertekan, serba salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti tetapi Alhamdulillah sempat berjumpa dengan ustazah untuk memberi nasihat.

Tetapi apa yang hendak saya kongsikan disini terdapat seorang inidividu ini menyoal dan memperlekehkan tindakan pelajar ini dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Beliau menyatakan pelajar ini perasan baik. Rasanya dirinya yang terbaik dan mengangap yang kurang baik. Kata-kata ini menyebabkan saya menjawab dengan kata-kata yang agak keras. DIa mempersoalkan mengenai akhlak.

Ya memang mereka golongan ini golongan terbaik, mereka membaca dan mengulan al-Quran sekurang-kurangnya satu hari satu juzuk.

Ya mereka memang hebat kerana mereka juga bersukan seperti pelajar lain tetapi boleh saja menghadiri solat jemaah.

Ya mereka memang terbaik walaupun mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti mereka tetap solat berjemaah.

Ya mereka memang terbaik walaupun tidur lewat menonton bola sepak tetapi boleh saja solat subuh berjemaah di masjid.

Ya mereka memang terbaik di antara yang terbaik. Mereka juga menonton wayang tetapi boleh saja solat berjemaah di masjid KLCC.

Ya mereka memang terbaik menonton konsert di KLCC tetapi boleh saja solat berjemaah subuh di Masjid KLCC.

Ya mereka bukanlah baik sangat sehingga dijamin masuk syurga tetapi mereka adalah seperti insan biasa yang mempunyai sedikit kelebihan.

Adakah kita boleh nafikan golongan ini dengan menyatakan bahawa mereka hanya perasan baik?

Tetapi itulah hakikat sebenar reality hari ini, individu yang ingin menjaga pergaulan dianggap sebegini rupa.